Tuesday, June 08, 2010

Kad2 yang Sofie ada


Hari ni, ntah kenapa saya membelek-belek segala kad2 janji temu Sofie dengan hospital. Oh...banyak sungguh janji temu Sofie! Dari Sofie berusia 1 hari sehingga sekarang, 2 tahun 6 bulan, Sofie dan hospital tidak lagi dapat dipisahkan. Mana mungkin Sofie akan berpisah dengan hospital. Adakalanya, saya sudah bosan dengan keadaan ini. Tapi, apa kan daya....saya harus harungi jua. Ini sudah tertulis buat saya dan Sofie. Sofie yang tabah, terus kuat berhadapan dengan doktor2 yang merawatnya.

Kad-kad Hospital

Kad Janji Temu IJN

Ini kad janji temu IJN. Kad ini sebenarnya merupakan kad yang berapa ntah...saya pun tak ingat. Ada saya simpan yang lain sebagai simpanan saya. Janji temu dengan IJN telah dibuat sejak usia Sofie sebulan..... dan sekarang, setelah Sofie melewati saat2 kritikal, hubungan dengan IJN masih terjalin. Semuanya demi melihat perkembangan Sofie. Sebelum kelahiran Hijaz, andai ada janji temu bersama IJN, saya akan turut serta. Tapi, sejak kelahiran Hijaz dan Ikhwan pun sudah bersekolah, andai ada janji temu dengan IJN, saya pasrahkan pada abi Sofie. Selalunya, Sofie akan pergi bersama suami saya sahaja.
Janji temu seterusnya bersama Cardiology Paed : 26/07/2010

Kad Janji Temu HSB

Hadiah istimewa dari Hospital Sungai Buloh (HSB) ini punya nilai estetika tersendiri. Bagi saya kad biru ini terlalu istimewa. Tak tahu kenapa. Sofie pernah kehilangan kad biru ini akibat kecuaian salah seorang staff HSB. Dia menggantikan dengan yang baru, tapi saya sangat sedih kerana kehilangannya. Tak lama kemudian, seorang hamba Allah menelefon saya mengatakan dia jumpa dengan kad biru Sofie ini. Saya mengucapkan terima kasih, dan saya sangat2 gembira dapat bertemu kembali dengan kad biru yang penuh dengan nilai tersendiri. Saya minta dia menghantar kad tersebut di Klinik Pakar Kanak-kanak. Kad ini sudah umpama buku kecil. Tebal sekali. Sudah 5 atau 6 kad...... Janji temu sangat banyak.....
Janji temu akan datang.....
Pead Doctor : 20/07/2010
ENT : 25/08/2010
Speech Therapy : 25/08/2010

Sebenarnya, ada satu lagi janji temu yang perlu di aturkan semula. Iaitu janji temu dengan Occupational Therapy. Tapi, disebabkan Sofie sudah lebih 3 bulan tidak menjalani terapi, saya perlu rujuk kembali ke doktor kanak-kanak untuk diatur kembali tarikh janji temu. Bukan saya sengaja tidak membawa Sofie pergi terapi. Tapi, ini disebabkan Sofie telah menjalani pembedahan yang sangat besar dalam hidup Sofie akhir bulan Mac lalu. Saya terpaksa merehatkan Sofie dari melakukan aktiviti lasak bagi memulihkan Sofie. Saya juga diminta oleh juruterapi Sofie supaya Sofie merehatkan diri dari menjalani terapi. Nampaknya keadaan Sofie hari ini semakin pulih, dan saya perlu aturkan kembali bertemu dengan juru terapi.

Kad Janji Temu dan Perkembangan Sofie dari KK

Kad comel ini, semua bayi akan peroleh sebaik sahaja dilahirkan. Sofie masih perlu jumpa dengan kakitangan KK Bt. Arang, supaya mereka dapat memantau perkembangan Sofie. Adakalnya saya agak bosan membawa Sofie bertemu mereka. Tapi, demi kebaikan Sofie, saya bawa juga. Janji temu terdekat ke KK Bt. Arang ialah 10/06/2010.

Sewaktu asyik membelek-belek kad-kad tersebut, saya terjumpa pula kad seperti gambar di bawah.......
Kad Kenal Diri OKU

Kad ini tak semua anak ada. Sangat istimewa! Lihatlah....wajah Sofie ketika bayi. Sofie mengambil gambar berukuran pasport kerana ingin mendaftarkan diri sebagai ahli di Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kalau lihat di atas kad tersebut tertulis "Kad Kenal Diri Orang Kurang Upaya". Oh... adakah Sofie kurang upaya? Mereka harus tukar istilah Orang Kurang Upaya. Mari kita fikirkan istilah yang lebih tepat dan sedap di dengar..... Saya buntu untuk fikirkannya.

Dengan kad2 tersebut, Sofie mampu menjadi seperti sekarang. Walau Sofie belum mampu berjalan sebagaimana kanak2 seusia dia, saya bangga menjadi umisofie, dan suami saya juga sangat berbangga menjadi abisofie. Adik beradik Sofie juga bangga menjadi abang2 dan adik kepada Sofie. Dan......lihat Sofie sekarang...... sudah semakin besar dan semakin manja anak dara saya sekarang. Semakin garang, suka merajuk, suka tolong umi kemas rumah dan kemas kain. Sofie juga paling suka memanjat tangga sekarang, sehinggakan saya terpaksa menutup lampu tangga pada waktu malam........

Inilah Sofie sekarang, sebelum pembedahan

Sofie selepas menjalani pembedahan...sangat ceria dan aktif!

7 comments:

  1. salam fiza ... Ammar pon ada koleksi kad tersendiri ... kadang sampai confuse ... tiap2 bulan ada appt utk Ammar ... ni lah kelebihan anak2 kita ... hehehe

    btw dear ... Ammar pon blom boleh jalan lagi ... still bertatih pegang furniture, paling2 pon setapak dua (tanpa dibantu) pastu jatuh ...

    ReplyDelete
  2. semuanya ini untuk kebaikan sofie juga kannn...:) alhamdulillah sofie berjaya mengharunginya...alhamdulillah juga sofie makin aktif...;)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah sofie semakin sihat..

    ReplyDelete
  4. suka tengok pic sofie yg sekarang makin ceria n nampak makin sihat...

    ReplyDelete
  5. moga sofie terus membesar sihat dan ceria...

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah..sofie makin sihat dan ceria..suka tengok pic latest sofie....semoga sentiasa sihat dan ceria ye..

    ReplyDelete
  7. salam Fiza
    alhamdulillah Sofie berjaya mengharungi dugaan ini. Begitu jua buat umi dan abi Sofie. Hanya Allah yang tahu bahu yang memikulnya.
    Temujanji hospital ni Fiza,kalau diikutkan,memang terlupa kalau kita tak ingatkan betul2.maklumlah banyak bahagian yang kena pergi,kan.Saya pun kerap juga terlupa.Nak atur temujanji baru tu yang kadang2 rasa macam give up.Tapi kita tak boleh give up,kan Fiza?
    Saya setuju OKU,Orang kurang upaya tu ditukar..yang terbaru ada cadangan kpada orang kelainan upaya...PUisi saya bertajuk Nyanyi Sunyi di tertak saya dalah lukisan jiwa seorang OKU,:)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....