Apa lagi nak dikata, selain syukur Alhamdulillah dengan ujian yang menimpa kita. Itu tanda Allah sayangkan kita. Allah beri peringatan percuma supaya kita sentiasa ingat pada-Nya. Tak kira dalam keadaan kita sakit, sihat, suka, duka, kita wajib ingat pada Allah melebihi insan2 lain.
Saya diuji lagi. Minggu lepas saya demam, rentetan dari itu B saya pula ada ketulan susu yang sampai sekarang tak mahu cair. Mungkin sudah menjadi nanah, kata doktor. Bukan saya tak pernah alami saat seperti ini. Biasanya, saya akan tuamkan dengan air suam, dan keadaan akan kembali reda bila Hijaz menyusu. Tapi, kali ini kedaan berbeza. Ketulan seperti tak mahu cair. Keadaan saya makin sakit dan terasa badan makin lemah. Malam semalam saya sudah berjumpa dengan doktor. Doktor kata, saya agak terlewat untuk bertemu dengannya. Doktor cuma bagi tempoh 2 hari untuk saya makan ubat antibiotik dan ubat bengkak. Lepas dari itu, sekiranya masih belum surut, saya akan di refer ke hospital untuk menjalani minor operation membuang bengkak itu.
Oh tidak!!!!!! Macam2 perkara saya perlu fikirkan sekiranya saya menjalani pembedahan. Anak2 saya masih kecil. Hijaz perlukan saya. Hijaz menyusu dengan saya sepenuhnya. Saya belum kenalkan Hijaz dengan susu formula lagi kerana niat di hati ingin menyusukan Hijaz sepenunhnya sehingga Hijaz berusia 2 tahun. Hijaz tak boleh berjauhan dengan saya. Sofie juga perlukan saya. Siapa yang akan menjaga anak2 saya ini sekiranya saya di hospital? Suami saya dah kehabisan cutinya. Kesian dia.....!!!!
Kalaulah ada rawatan yang boleh saya usahakan tanpa saya tinggal di hospital.... akan saya cuba. Asalkan kosnya dibawah kemampuan saya. Kesian Hijaz. Dia tak puas menyusu hanya di belah B sahaja. Dia tak kenyang. Asyik menangis minta sebelah lagi . Saya tak boleh bagi. Takut Hijaz dijangkiti kuman pula. B yang sakit, terpaksa saya perah susunya, dan buang. Saat buang susu perahan di sinki, air mata saya gugur. Sayangnya.... saya perah dapat 5oz, dan saya buang begitu saja. Tapi, nak buat macam mana.... tak kan saya nak beri Hijaz minum susu tu pula.....
Saya mohon Allah beri saya jalan untuk memulihkan diri saya. Supaya saya dapat menyusukan Hijaz seperti biasa.....
Saya juga mohon, semoga Allah sembuhkan anak kedua saya, Amniy. Amniy demam dah seminggu. Dah 2 kali bawa jumpa doktor. Biasanya Amniy demam dalam 2 atau 3 hari jer. Tapi, kali ni, dia betul2 lemah. Risau hati saya. Malam tadi, lepas solat maghrib, saya duduk di sisi Amniy. Air mata saya mengalir melihat wajah anak teruna saya itu. Saya cakap dengan dia, "umi rindu nak tengok Amniy main macam biasa. Umi rindu nak tengok Amniy sepahkan rumah....sihatlah, sayang!"
Amniy dengar apa saya katakan. Saya usap2 kepala Amniy. Tapi, dia asyik nak tidur. Ntah la....hati saya gundah gulana sekarang. Tiba2, malam tadi, anak sulong saya, Ikhwan pula demam. Ya Allah! Lepas satu, satu.... saya bagai dah pasrah. Kenapa lah anak2 saya ni asyik demam jer. Kadang2 hati ini bagai hilang arah tuju bila terlampau memikirkan hal anak. Suami sering saja peringatkan saya, "sabar....ingat Allah banyak2. Ini ujian." Hari ini Ikhwan terpaksa tidak ke sekolah kerana demam....
Semoga saya tabah menghadapi semua ujian ini. Terima kasih Ya Allah, Kau dekatkan diriku pada-Mu. Ku mohon semoga Kau sembuhkan diriku dan anak2ku...
sabar ye kak fiza..kuatkan semangat k.fiza..semoga anak2 cepat sembuh..k.fiza juga..xtahu nk bg idea mcmana sbb xpenah ada mslh mcm ni...dugaan semua ni...
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeleteSabar Fiza, tabahkan hati.
"Sesungguhnya jika Allah mencintai seorg hamba maka Dia tenggelamkan hamba itu dalam cubaan. Barangsiapa yang tidak pernah mengalami musibah maka ia jauh daripada kasih sayangNya..."
~Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang Lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun...Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya~
salam Fiza
ReplyDeleteMasyaAllah,sungguh Allah itu sayangkan kamu. dugaan demi dugaan datang,silih berganti bertandang,moga kita tetap menggenggam ketabahan...
dapat kubayangkan keperitan rasa itu.namun saya bersyukur sebab doktor yang check Fiza itu alert dengan keadaan Fiza...
semoga ada jalan penyelsaian untuk Fiza,sekeluarga...
sabar ye fiza...pastia de hikmahnyer...
ReplyDeleteberat mata memandang berat lg bahu memikul...Allah takan uji dgn sesuatu di luar kemampuan kita.Akak yakin Fiza mampu melaluinya.
ReplyDeletesabar ye fiza...sedih ayu baca cerita fiza..bak kata kawan2 yang lain, ye sekarang ni fiza sedang diuji..ayu yakin fiza kuat utk hadapi dugaan ni...bawa byk2 bersabar ye...skrg mmg musim anak2 tak berapa sihat...moga fiza tabah ye..
ReplyDeleteAduh..mesti sakit kan kak bila nak menyusu..huhu..
ReplyDeleteKlu ikutkan lama ke kak nak operate tuh? buat kat mana? kat HKL ke? skrg musim demam..semua sakit2..Nabila pun sama kak..hurm..risau betul kat dia..huhu..Sabar yek kak..
salam, Fiza....
ReplyDeletexpernah dengar pula B berketul tu...akan menjadi nanah...kalau orang2 tua ....dia kata itu susu...susu xakan pernah jadi nanah....basi pun tak...
kenapa boleh jadi bengkak? sebab bby tak menyusuke sebelum tu Fiza?
saya dulu pun pernah, bby xnak menyusu selama 2 hari...bukan main keras dia...saya pam skit...buang susu yang keluar sebanyak 2-3 auns tu...sbb org tua kata susu lama dalam tu, bby akan kembung. lepastu, saya bagi jugak..mula2 tu mengeras jugak...saya bagi dan bagi jer bby menyusu...
lepas tu ilang ketul tu...
tapi kalau dah doktor kata begitu...saya xtahulah...Fiza dah bagitau org tua kat kg? myb mereka ada cara nak buat..
saya doakan moga Fiza sentiasa tabah dan B tu akan surut ketulantu dan xperlu operate.....
Syafa Killah
semoga tabah menghadapi ujian allah kak..kuatkn semangat demi anak2 trcinta..
ReplyDeletesimpati dgn keadaan akak sekeluarga..izwa 1 family pun x brape sihat,batuk,selsema..anak2 yg paling teruk..
semoga cepat sembuh akak & anak...
allah s.a.w takkan uji hambanya jika dia tahu kita tidak mampu hadapinya..
ReplyDeleteakak insan yg terpilih diuji..
sabar kak... Allah maha mendengar semoda Allah permudahkan jalan dan berikan kesihatan yg baik pada akak sekeluarga..
ReplyDeleteatun,
ReplyDeleteterima kasih. doa dari atun dah cukup buat akak.....sorry akak tak reply msg atun kt fb tadi. akak tak de dpn pc...
**********************************************************************
ummu sofea,
terima kasih atas tazkirah. saya rasa sgt dihargai. betapa saya lupa yg Allah sentiasa sygkan saya...
**********************************************************************
kak ummu,
doakan fiza terus kuat ye kak...
kdg2 cengeng fiza susah nak hilang.
**********************************************************************
cik puan akish,
terima kasih.
kenapa kita nak masuk blog awak tak boleh masuk....??
**********************************************************************
mys dear,
kadang2 rasa tak tertanggung semua dugaan kak...
**********************************************************************
ayu,
ye...mmg pun. paling risau kesihatan anak2. sampai tak boleh nak tidur malam kita ni.
**********************************************************************
noina,
tak tahu bila operatenye,ina. kalau boleh nak ubat cara kg dulu. nabila dah sihat ke?
**********************************************************************
shafida,
tu yg saya pelikkan tu. Hijaz tak pernah putus menyusu. mcm mana tah boleh jadi. saya dah beritahu mak. tgh usahakan ubat cara kg dulu. tak nak operate2 ni....mudah2 makbul doamu.
**********************************************************************
izwa,
terima kasih izwa. semoga family izwa cepat sembuh juga.
**********************************************************************
lady,
doakan akak yer....
k.fiza, sedeyyy saya.
ReplyDeletesayu hati baca luahan k.fiza.
saba k?insyaallah,allah pasti tolong kita dlm kesusahan.doa byk2 k?..
k.fiza,amniy demam da seminggu ek? kalu berlarutan,bawa gi klinik,check darah.maaf..bkn nak risaukan k.fiza,tapi takut demam lain. skang ni,macam2 la sakit.
doc penah pesan,demam bkn penyakit. tapi,penyakit yang buatkan kita demam.
saba ek k.fiza..faham sgt ape k.fiza rase. saya anak sorang pun,anak sakit,tak makan minum,hati kita tak pernah senang..
risau je.
saya nak balik kg 5 ari,tk der tenet.nti da balik saya dtg jengah ye.
ashra,
ReplyDeletedah 2 kali bawa Amniy gi klinik. tapi doc tak kata apa. demam biasa. risau juga hati ni. nak kena bawa lagi.
ooo...nak balik kg yer...ok2. dah balik dari kg nanti terjah lagi!
ape lagi ye boleh dikata selain suruh akk sabar..akk kuat..akk tabah..akk penah hadapi dugaan lebih besar dari ini..so insyaallahh semua akan back to normal..
ReplyDeletesha doakan yg terbaik buat akk dan keluarga :)
Bengkak tu dah jadi nanah ye? aduh, mesti sakit kan? sabar ye fiza, kuatkan semangat... skrg ni pun musim demam, saya pun dah 3x demam ni... sian hijaz tak kenyang susu, aina dulu kalau tak puas menyusu saya akan suap makan supaya kenyang, untuk sementara ni cubalah bagi hijaz makan dulu sebelum menyusu...
ReplyDelete*just my opinion...
saya pun pernah sebelah kanan ada ketulan susu yg takkeluar.Jumpa dr pakar dia picit bagi keluar,sakitnya hny tuhan yg tahu...
ReplyDeleteAlhamdulillah tak kena operate sebab balik rumah, tuam dgn air panas/minyak panas...lama2 ok
sha,
ReplyDeletetu la...akak pernah hadapi perkara paling besar dlm hidup akak. doakan akak ye,sha...
**********************************************************************
kak sue,
mcm tu la yg doktor katakan. risau pun ada kak...fiza cuba usahakan cara perubatan alternatif dulu. insya-Allah....kita usaha, Allah sembuhkan.
**********************************************************************
ila-ali,
terima kasih atas kunjungan anda. salam perkenalan. saya dah tuam dgn air panas....susu tak nak juga cair. saya cuba juga cara lain bg kurangkan bengkak....terima kasih yer....
fiza macam mana skrg...
ReplyDeletestill lg ke bengkak2 tu..
ayu pernah mengalami bengkak mcm tu..
apa yg ayu buat :
- tuamkan dengan air panas..
fiza letak air panas dlm botol n golek2kan kat sekeliling B..
-selang selikan dengan ice pack juga kalau tgk B dah surut juga..
-sambil2 tu kena selalu urut utk melancarkan pengeluaran susu..
- yg ayu tau susu tak akan bertukar menjadi nanah atau apa2 sewaktu dengannya..kena bagi juga baby + anak menyusu juga utk mengurangkan bengkak..
- seelok2nya fiza mandi ngan air suam dan alirkan air tu kat bhgn yg bengkak ye..
-fiza boleh tukar posisi menyusukan anak..cthnya : kalau sebelum ni fiza bagi hijaz menyusu secara baring @ duduk, cuba tukar kedudukan..macam ayu, ayu tukar posisi menyusu danial menyusu atas badan ayu (agak2 fiza boleh faham tak) ayu baring di atas katil, n danial baring atas ayu (ala2 mcm superman plak) so, dia akan menyusu dari atas..sbb masa ayu kena B bengkak tu kat bhgn atas B...jd bila danial menyusu dari atas, alhamdulillah, lama kelamaan bengkak tu surut..
- fiza ada guna pam tak kalau hijaz tak menyusu..salah satu faktor berlakunya bengkak susu ni adalah disbbkan B tidak dikosongkan sepenuhnya...jd, kalau anak tak menyusu, fiza boleh perah..
**maaf ye terpanjang plak ayu reply...btw, sayang nya susu yg fiza perah tu buang..huhu..tak pe, insyaallah ada rezeki lain utk hijaz ye..nanti ayu reconfirmkan balik ttg pemberian susu kalau time bengkak tu ye.. ayu call hana, tapi tak berjawab..nnt ayu reply kat sini ye..take care..**