Monday, June 28, 2010

Untuk Kesekian Kalinya ke Gedangsa

Salam pagi Isnin...pagi yang hening penuh barokah....
Entry ini tentang kisah semalam, tapi baru ini ada kesempatan untuk dikemaskini dalam blog. Semalam badan amat penat dan letih. Pulang dari Felda Gedangsa agak lewat petang, jadi niat untuk meng'update' malam tadi terbantut kerana badan dan mata amat perlukan rehat.

Selepas Sofie menjalani pembedahan, sudah hampir 3 bulan, dan keadaan Sofie benar2 pulih, saya membawa Sofie berjumpa Kak Raw untuk menyambung sessi terapi dengannya. Sampai di rumah Kak Raw apabila terdengar azan Zohor, dan kami menunaikan solat Zuhur dulu di masjid berdekatan. Masih ada beberapa pesakit lagi yang belum menjalani rawatan dan menunggu giliran. Saya membawa Sofie ke atas, ternyata Kak Raw masih ingat pada Sofie. Nampak saya di muka pintu, Kak Raw menegur saya bertanyakan hal Sofie.

Bila tiba giliran Sofie, ternyata Sofie amat takut. Dia menangis pada mulanya. Setelah Kak Raw mengurut badan Sofie, senyap pula dia, Mungkin rasa selesa dan enak badan diperlakukan sebegitu. Kak Raw kata, nampak Sofie makin sihat. Badan makin berisi.... alhamdulillah. Dengan izin Allah, selepas selesai pembedahan besar itu, ternyata Sofie lebih sihat dari sebelum ini.

Gambar di atas sewaktu Kak Raw ingin menjalankan terapi ke atas Sofie. Abi Sofie membantu Kak Raw. Saya, sedang mengambil gambar. Sofie menangis ketika ini.... Kesian juga, tapi saya terpaksa degilkan hati demi melihat Sofie terus sihat...

Selesai mengurut, sessi membalut badan Sofie dengan bandage. Sofie kelihatannya agak pelik...mungkin sudah terlalu lama tak berbalut.

Selesai balut.... Sofie perlu diberdirikan selama 10 minit dahulu untuk tujuan pengaliran oksigen dalam badan. Tapi, kali ini Kak Raw tak balut satu badan. Cuma ambil dari bahagian dada ke bawah sahaja. Biasanya, Sofie akan jadi seperti mummy. hehe... sangat kesian dengan Sofie. Tapi kali ni....Sofie lebih selesa sebab bahagian kepala tak berbalut. Nak tengok macam mana Sofie dibalut keseluruhan badan, click sini atau sini.

Abi dan abang Sofie kena layan Sofie bermain, untuk tarik perhatian dia. Kalau tak buat macam ni, Sofie akan menangis.

Selesai tugas di Gedangsa, kami terus pulang ke Rawang. Alhamdulillah Hijaz beri kerjasama yang baik sepanjang perjalanan. Elok pulak Hijaz tidur dalam car seat Sofie, dan saya memangku Sofie. Terima kasih sayang...beri kerjasama yang baik untuk umi dan kak chik.

13 comments:

  1. Assalamualaikum fiza,
    Saya doakan sofie terus sihat dan ceria :-)

    ReplyDelete
  2. Waalaikum Salam...
    Kak Mahani, terima kasih yer...

    ReplyDelete
  3. salam kak fiza
    kuatkan akak n keluarga.
    tak boleh tengok sofie, rasa nak menangis, dia memang kuat!
    banyak pahala akak kan..

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah nanti Sofie akan terus sihat...

    ReplyDelete
  5. salam..terharu dg ketabahan fiza..hope sofie sentiasa sihat hendaknya..

    ReplyDelete
  6. salam hani,
    insya Allah...doakan akak terus kuat ye. mudah2 ada ganjaran buat akak n keluarga di sana nanti.

    **********************************************************************
    amirah,
    terima kasih...saya berharap saat ini sofie boleh berjalan seperti kanak2 normal.


    **********************************************************************
    rina,
    kena takuat dan tabah, rina. kalau tak sofie pun tak mampu harung semua ini.

    ReplyDelete
  7. semoga sofie terus sihat yer sayang..

    ReplyDelete
  8. haaa sofie.... nampak lampin... hehehe....
    pandai abang sofie nak layan sofie tak bagi nangis ye... :)

    ReplyDelete
  9. berapa umur sofie, teringin bawa anak ke situ, tp suami tak yakin.

    ReplyDelete
  10. sayang sofie..tabahnyer dia... Semua sayangkan sofie...

    ReplyDelete
  11. nieda,
    terima kasih, aunty nieda...
    aunty doakan sofie terus ceria yer..

    **************************************************************************
    sya,
    abang2 sofie mmg sayangkan sofie. jadi peneman dan kawan...hehe

    **********************************************************************
    JMY,
    terima kasih sudi singgah...
    cuba la dulu. saya dan suami dulu pun tak yakin. bukan ada unsur2 alam ghaib pun. sekadar urutan saraf je. Alhamdulillah...sofie makin sihat. oh ye, umur sofie 2 tahun 6 bulan.

    **********************************************************************
    ummi zunnurain,
    alhamdulillah dina. ramai doakan kesejahteraan sofie...

    ReplyDelete
  12. hepi tgk sofie ceria dan sihat =) budak kecik mmg sukakan kalu kena urut =)
    ceria2 slalu ye sofie.jgn main kat tangga.nti jatuh,kena marah ngan umi =)

    ReplyDelete
  13. ash,
    dah kena marah dah pon.
    hehe...padan muka dia!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....