Ikhtiar Saya
Rasa banyak yang saya nak ceritakan dalam entry kali ni. Nak cerita tentang usaha dan ikhtiar saya berkaitan dengan surat mahkamah semalam, nak cerita tentang perangai anak dara saya juga. Atau patut ke saya ceritakan dua-dua sekali dalam satu entry? Ok jugak tu....
Cerita pertama saya, berkaitan usaha yang saya ambil terhadap
surat mahkamah yang saya ceritakan tempuh hari. Setelah saya menelefon kawan saya yang bertugas sebagai Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Biasiswa dan Pinjaman, atas pertolongan suami, saya telah membuat surat rayuan penangguhan saman dan bayaran ke atas saya. Dan saya emailkan surat tersebut kepada pihak berkenaan. Email lebih mudah, cepat dan confirm sampai. Tak perlukan khidmat posmen untuk menghantarnya. Dibawah, saya copy paste sebahagian dari isi kandungan surat:
3. Justeru, di sini saya ingin membuat rayuan penangguhan terhadap tempoh saman yang telah ditetapkan. Di sini juga saya mengemukakan beberapa alasan terhadap rayuan saya :
i) Saya telah mengutamakan tuntutan daripada pihak PTPTN terhadap wang pendahuluan yang diterima seawal memulakan pengajian berjumlah RM1500, sebelum menerima tawaran dari Kerajaan Negeri Selangor. Saya tidak menyedari bahawa hanya yuran semester pertama sahaja yang ditolak, dan bukannya termasuk pendahuluan di atas. Pihak PTPTN telah mengenakan caj tinggi hingga menaikkan jumlah lebih RM200 daripada asalnya dalam tempoh singkat.
ii) Saya masih tidak mempunyai pekerjaan setelah cuba mencari peluang yang sesuai. 2 tahun setelah menamatkan pengajian, hanya sedikit pembayaran dapat dibuat dan pembayaran terhenti selepas itu. Tanpa saya sedari, mungkin hikmah saya tidak mendapat pekerjaan yang dicari adalah atas sebab di bawah.
iii) Pada 2007, lahir anak perempuan saya dan dia disahkan mengalami Sindrom Down beserta masalah jantung berlubang jenis AVSD with Pulmonary Hypertension. Anak saya masih menjalani rawatan susulan di Institut Jantung Negara. Tumpuan penuh terpaksa diberikan kepada anak sepanjang mula kelahirannya di atas nasihat doktor pakar daripada Hospital Sg. Buloh.
iv) Semenjak 2007, saya kerap menemani anak di wad hospital pada tempoh panjang kerana sering sakit. ( minima 4 hari dan maksima 14 hari bagi setiap kali kemasukan ). Justeru saya mengambil keputusan untuk menjaganya sepenuh masa sehingga dipastikan kesihatannya mengizinkan saya bekerja. Sehingga kini rawatan susulan di Hospital Sg. Buloh juga masih berterusan.
v) Usaha untuk mencari pendapatan sendiri telah dilakukan tetapi dengan berlakunya hal yang tidak dapat dielakkan, pulangan tidak dapat membantu saya membayar balik pinjaman. Justeru, kesemua tanggungan terutamanya untuk anak istimewa saya ditanggung oleh suami berseorangan.
4. Saya juga memohon maaf kerana tidak bertindak memberi respon kepada peringatan pihak tuan/puan. Kecuaian tersebut diakui dan saya bertanggungjawab di atas perkara tersebut. Sememangnya beberapa masalah dalaman telah saya alami, dan itu tidak menjadi sebab menghalang pihak tuan menjalankan tanggungjawab terhadap saya.
5. Saya berharap pihak tuan dapat menimbangkan permohonan saya, dan saya turut mengharapkan jawapan positif daripada pihak tuan. Bagi pihak saya, ini sahaja yang mampu dilakukan setakat ini.
Saya sangat berharap semoga ada respon positif dari pihak berkenaan.....
**********************************************************************************
Kisah Sofie
Ok, cerita kedua saya... kisah Sofie yang sangat lucu dan semakin bijak. Oh... dialah penawar kala saya duka. Dia penghibur hati saya. Tiap aksi dan perbuatan dia membuatkan saya tersenyum bangga. Kala hati sedang resah, bila melihat Sofie buat itu ini, saya seolah lupa akan masalah lain.
Ini kisah sewaktu saya ingin menunaikan solat Isyak tadi.... biasanya saya memang akan menyediakan Sofie satu sejadah khas... sejadah kecil itu khas buat Sofie. Sofie suka mengikut perilaku orang, disebabkan sering melihat abi dan umi bersolat, Sofie sekarang sangat cerdik meniru aksi abi dan uminya. Memandangkan Sofie belum pandai berjalan, lihatlah gaya Sofie sujud bagaimana..... sangat2 lucu.
Mula2 elok je bersujud di sejadah yang di sediakan.
Sangat tak puas hati, berpindah sujud ke sejadah umi pulak. Bertuah anak gadis saya ni. Mujur saya belum solat.
Akhirnya, semua sejadah dah renyuk. Kononnya nak lipat setelah selesai solat. Padahal masa tu saya baru nak solat.
Lucu,kan? Oh Sofie...begitu la dia selalu. Andai terlihat saya hamparkan sejadah untuk bersolat, cepat-cepat dia datang ke arah saya untuk 'berjemaah' bersama saya. Mujur saya ada sediakan dia sejadah. Tapi... tu la.... kadang2 masa saya sedang bersolat, tiba2 dia akan beralih ke sejadah saya pula. Adakalanya, kalau keadaan sangat teruk, saya terpaksa berhenti solat untuk mengalihkan Sofie jauh sikit dari saya. Sofie, Sofie....
Harapan dan cita2 saya, saya akan menyediakan satu telekung comel buat anak gadis saya apabila dia besar sikit nanti. Bila dia sudah mampu berjalan, pasti saya akan sediakan untuk dia. Semoga dia membesar sebagai anak solehah yang comel....hehe...
Sebenarnya ada lagi hal berkaitan Sofie yang melucukan....tapi, nantila...saya akan ceritakan di lain entry.
emm..bagus gak k.fiza wat surat gtu.menyatakan alasan yg kukuh.bukan kita suka2 tak nak kerja dan tak bayarkan..
ReplyDeletehehe..comel je sofie.sejuk ati umi ek,rajin solat..
moga dipermudahkan segala urusan...amin..
ReplyDeletesofie...lawakla..nak sujud tapi muka lapik dgn tgn..perasan tak fleksiblenya kaki dia..sama mcm nabila..
Salam Fiza...
ReplyDeleteSaya pun masih ada lagi hutang pinjaman pelajaran MARA yang belum langsai. Tapi saya awal2 lagi dah buat surat rayuan untuk membuat penjadualan semula dengan menyertakan sekali segala dokumen berkaitan aina agar permohonan saya diluluskan. Alhamdulillah, mereka sangat bertimbangrasa. Lagipun saya hanya perlu bayar 1/2 daripada jumlah keseluruhan pinjaman.
moga dapat pertimbangan dari pihak ptptn kan kak fiza.. btw, sejuk hati lady tengok sofie..
ReplyDelete:)
ash,
ReplyDeletetu la...semoga diluluskan. bukannya kita sesaja sesuka hati nak goyang kaki dok rumah,kan?
sofie selalu gitu...hehe
**********************************************************************
k.ieda,
semoga ye,kak. amin....
anak2 DS ni mmg fleksible,kan kak?
nabila pun boleh buat cam tu gak,kan?
**********************************************************************
kak sue,
fiza buat pinjaman kerajaan negeri, bukan PTPTN. guna duit PTPTN masa dorg bg wang pendahuluan rm1500 tu je. tu pun ker. neg. dah potong sikit dari pinjaman fiza sebyk 20%, alhamdulillah. cuma tak de pendapatan nak bayar....
**********************************************************************
lady,
ni bukan surat utk PTPTN, utk ker. neg...