Friday, October 22, 2010

2 Cerita 1 Entry-Hijaz dan Sofie-

Sorry semua, saya sibuk melayan Hijaz yang terkena bisol kat belakang kepala. Merengek jugak la budak tomei2 tu. Aduhai, kesian sangatlah dengan itu budak debab. Muka tomei2, belakang kepala berbisol pulak. Suami saya kata, "Eh, bukan bisol ni. Kalau bisol, besar...." Saya jawab, "Ye ke? Tak kisah la, nak jugak bawa Hijaz gi jumpa doktor." Dan atas nasihat kawan2 blogger dalam entry lepas, saya bawa juga Hijaz jumpa doktor. Risau juga, dia pun tak boleh nak tido. Posisi tido pun asyik mengiring dan meniarap je.

Masa bawa jumpa doktor kelmarin, kata doktor, "Ini memang bisol." Saya pun puas hati dengan teka teki selama ini. Bisolkah, atau bukan? Sah, ianya bisol. Kata doktor, ia mungkin terjadi pada tempat2 yang selalu Hijaz baring, mungkin di tilam, mungkin di buaian, mungkin gigitan serangga dan hama. Dan biasanya, untuk budak sekecil ini, bisol akan terbentuk. Dan paling saya takut, belakang kepala merupakan tempat yang paling cepat kuman nak akses hingga ke otak. Oh tidak! Harus dielakkan!. 

Doktor ni jugak kadang2, statement dorang menakutkan saya. Hehehe.... katanya, takut2 bila bisol ni besar, banyak nanah, kita tak boleh dah nak guna ubat sapu je. Kena buat dressing, cuci itu ini, korek sana, korek sini, bersihkan lagi...alahai, siannya anakku itu. Dah la kecik lagi. Mesti sakit sangat. Paling dahsyat, bila statement doktor, "Paling takut bila kuman bisol ni sampai ke otak la. Lepas tu, macam2 la kena buat." Sambil tersenyum manis si doktor itu. Hehehe...maunya tak takut!

"Tapi, ibu jangan khuatir. Bisol kat kepala Hijaz ni belum sampai macam tu sekali. Kita bagi antibiotik untuk matikan kuman, dan ubat sapu. Insya Allah, paling lama 3 hari akan pulih. Antibiotik kena habiskan" Huh...! Lega seh.... bila doktor tenangkan hati kita begitu. Sebabnya, masa doktor terangkan tu, muka saya dah berkerut seribu. Dia faham la kot apa yang saya rasakan. 

Ini ubat yang Hijaz dapat masa gi jumpa doktor. Antibiotik dan krim sapu.

Insya Allah, lepas ni kepala Hijaz comei balik. Sekarang macam dah tak sedap dah bila cium kepala Hijaz. Tapi, umi tetap suka cium kepala itu budak debab.... :-D

**********************************************************************************************************************************************************************************************************
Ni kisah Sofie yang cantik manis tu pulak. Hamboi...anak dara sorang ni, lepas pulih dari sakit itu hari, selera makan kembali meningkat. Alhamdulillah... sangat gembira ok! Satu perkembangan yang sihat tau. Pergi KK 2 minggu lepas, nurse sana dah bising. "Ini apa pasal, berat tak mo naik2. Umo sudah mau 3 tahun, berat badan serupa budak satu tahu maa." Adoi la ini nurse. Sudah bising dia. Bukan dia tak tahu Sofie macam mana. Saya dah terangkan beribu riban kali pun, dia tetap nak samakan Sofie dengan budak normal. Mana boleh yang.... 

"Ini kira berat badan sudah naik, kira sudah ok la jugak, nurse." Saya jawab macam tu la. Naik tak banyak mana, tapi, ada sikit peningkatan, kira cukup Alhamdulillah. Mana boleh comparekan Sofie dengan budak normal ok! Sofie yang baru selesaikan masalah AVSD with pulmonary hipertension, dengan congenital hypothyroidismnya, mana boleh sama dengan Hijaz atau budak normal lain. Betul tak? Give time la....

Dan satu hal lagi, saya telah berjaya menukarkan susu asal Sofie kepada susu yang lain. Sudah seminggu lebih mencuba. Sofie sukakan rasa susu baru ini. Saya tukar sebab selera makan Sofie bertambah, jadi saya tukar dengan susu yang murah sedikit. Tak larat nak beli susu mahal tu.

Setelah menjalankan ujikaji selama seminggu, poo-poo Sofie cantik, dan Sofie juga boleh terima susu baru ini, saya putuskan untuk Sofie teruskan dengan susu baru. So, selamat tinggal Pediasure, selamat datang Sustagen! Terima kasih la Sofie sebab memahami keadaan abi dan umi. Hehehe..... 

So, saya minta sangatlah, janganlah ada mulut2 yang kata lagi, "eh, kenapa tukar?". "eh susu Pediasure kan ok. Rugilah tukar." "kan doktor suruh guna susu Pediasure. Macam mana berat bada Sofie nak naik mendadak....???" Cukuplah, saya tak mahu dengar lagi. 

Ini keputusan saya. Muktamad! Dan janganlah ada yang kata saya ni tak mahu berkorban untuk anak... huhuhu. Sedih hati saya. :-(  Saya dah buat yang terbaik untuk dia. Lagipun antara saya dan suami, suami saya sorang je kerja. So, harap memahami la keadaan kami ni. Anak2 lain lagi....

Lagipun, salah satu cara saya untuk menambahkan berat badan Sofie adalah dengan menambahkan kalori dalam makanan Sofie. Itu arahan doktor. Kaedah memasak makanan Sofie, semuanya jenis goreng dan tumis. Perlukan sedikit minyak dan lemak. Contoh, kalau bubur tu, saya akan tambah sedikit santan. Kalau makan roti, saya bakar roti dengan mentega, dan makan bersama keju. Ok je kan?

Susu Sofie, kini dan dulu.....hehe.

Tu je la kot untuk entry kali ini. Terpanjang pulak bebel. Maklumlah, 2 cerita dalam satu entry. Ok, daaa.....

10 comments:

  1. buat aje yg terbaik utk anak2..guna power INSTINCT IBU..hehe...get well soon pada anak2 fiza...

    ReplyDelete
  2. insyallah hijaz akan cepat sembuh.alhamdulillah sofie dah sihat..:D

    ReplyDelete
  3. nak bagi berat badan naik kena rajin bg makan nasi..yg lain2 tu lambat sikit nak tambah berat badan.

    ReplyDelete
  4. rasanya berat bdn aisyahpun kurang dari sepatutnya, tp mcm tak risau sebab bila bg makan dia makan, menyusupun byk..ok ke ?

    ReplyDelete
  5. kak ok ke sustagen..ina ingat nak tukar gak ni susu Nabila..sebab rasa tak berbaloi..dah la poo poo keras..lepas tu berat pun tak naik.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikumm

    semoga hijaz dan sofie cepat sembuh ye :)

    ReplyDelete
  7. Salam Fiza
    tak pe yang penting, Allah tahu, Fiza dan suami dah berusaha yang terbaik mengikut kemampuan Fiza dan suami. Allah kan tidak mebebani kita di luar batas kita,pedulikanlah kata orang Fiza.
    maaf kalau saya agak emo sikit,sebab yang melalui nya kita, kan. Untuk menjaga anak istimewa ni bukan sedikit pengorbanan yang dilakukan.saya nangis ni baca entry Fiza sebab bila baca bab susu Sofie, saya teringat dulu macam mana ibubapa saya berkorban menjaga adik saya yang dikategorikan OKU juga.

    ReplyDelete
  8. dear, u just go ahead to do what make sense. nak puaskan hati semua orang penatlah kita. i have a special son who is now 10yrs old. if i was about to follow what they 'want' and what they 'think' good for my son...i think my son will not be what he is now. trust your mother instinct dear. insyaAllah things will be ok.

    ReplyDelete
  9. Della,
    mmg pun...mmg guna mother instinct power...hehe. udah selamt ku tukarkannya.... :-D

    ********************************************************************************************
    izwa,
    tq so mush dear!
    harap izwa juga lebiuh sihat ok!

    ***********************************************************************************************
    kak ieda,
    mmg bagi juga makan nasi kak. yg lain2 pun bg juga.

    *******************************************************************************************
    JMY,
    dulu sofie tak brp nak makan. tu yg risau je. skrg ni selera makan dah meningkat. alhamdulillah.

    ********************************************************************************************
    ina, nabila guna pediasure juga ye. bg akak, ok je sustagen ni. sofie pun rasanya. boleh try dulu pada nabila, kalau ok, nak tukar, tukarlah...

    ********************************************************************************************
    lady,
    tq lady.
    alhamdulillah...

    *******************************************************************************************
    Mys Dear,
    Waalaikum salam,
    alhamdulillah...sihat semuanya. terima kasih ye kak.

    ******************************************************************************************
    kak ummu,
    terima kasih kak. ooo, adik akak istimewa jugak ye. ye la, dugaan kita ni lebih kurang je. yang penting kita sentiasa gembira demi melihat anak terus gembira. lama dah tak jengok kak ummu....

    ****************************************************************************************
    ComeyBelako,
    tq kak...ni tgh gunakan instinct mother power jugak ni. hehe..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....