Sunday, October 10, 2010

Dugaan sungguh!

Baru beberapa hari lepas saya bercerita kisah Sofie yang semakin sihat. Baru la rasa ingin gembira dengan kesihatan Sofie. Agak lama saya menyepi,kan? Menyepi dari melihat blog sendiri, menyepi dari ber'blogwalking'.... sangat sibuk ok! 

Sofie sakit lagi... Sofie tak sihat... saya pun jadi macam tak sihat, tapi buat2 sihat jer. Sakit kepala tau! Rasa macam nak demam, tapi tak jadi demam. Beberapa hari lepas Sofie sembelit. Makan banyak, tapi kurang minum air. Sudahnya, nak poo-poo pun susah. Sian la tengok dia...rasa nak mengalir air mata. Sofie nangis2 meneran nak keluarkan poo-poo tu. Dan bila berjaya keluarkan, memang amat keras najis dia. Sian betul anak umi ni. Lepas ni Sofie kena rajin makan buah ye.... minum air banyak2. 

Lepas daripada Sofie kena sembelit tu, Sofie demam pulak. Perut kembung tak pasal2, nampak la perut Sofie tu macam buncit sikit. Dah bawa Sofie jumpa doktor kat klinik kesihatan, tapi doktor kata Sofie demam biasa. Ada sikit jangkitan pada tekak, sebab dia tengok tekak Sofie merah. Dan doktor kata, perut Sofie biasa je. Ni yang musykil ni, apesal umi dan abi Sofie rasa perut Sofie kembung semacam. Saya cuma sapu perut Sofie dengan minyak telon, lepas tu amalkan bagi Sofie makan madu dengan minyak habatus sauda`.

Sebenarnya kan, Hijaz pun demam jugak. Mana tak pening saya dibuatnya. Tapi, saya tak risau sangat Hijaz ni. Dia demam bersebab. Sebabnya, Hijaz baru dapat suntikan untuk setahun. Tu sebab demam. Saya sekadar bagi dia minum ubat yang dibekalkan, sapu lendiran bunga raya. Tapi..... sedikit risau sebab batuk Hijaz tak sembuh lagi. Takut2 dapat lelah pulak.... Ada petua tak, nak sembuhkan batuk baby setahun ni selain bagi ubat?

Bila dah 2 anak kecil saya demam dan meragam....cuba bayangkan.... Suami saya tiada di rumah. Ada program perkemahan di sekolah selam 2 hari, 1 malam. Dan malam itu, saya panggil dia balik rumah sebab dah tak larat nak layan ragam anak2 kecil yang sedang demam. Sofie pun bukan main hebat ragamnya bila abinya tiada di rumah. Nangis2, batuk2, sampaikan kaki tangan dia jadi biru. Dah lama Sofie tak macam tu. Kalau sampai kaki dan tangan Sofie biru, ini bermakna Sofie tak cukup oksigen. Hidung Sofie block akibat flu. 

Sofie pandai buang hingus. Senang sikit. Tapi, malam tu, memang tak dapat ampun dah... Saya naik panik. Mujur suami saya dah sampai rumah. Terus bawa pergi klinik sebab saya tahu Sofie perlukan nebulizer. Bila doktor dah bagi nebulizer, alhamdulillah, Sofie nampak lebih bertenang dan gembira. 

Siang esoknya hari Sabtu, abisofie masih berada di sekolah. Hijaz yang masih demam, Sofie juga masih demam. Saya juga bagai mahu demam. Ya Allah.... dengan ragam 2 anak kecil ini, ada kalanya membuatkan kesabaran saya hilang. Mujurlah saya boleh fikir waras. "Ini anak kecil, Fiza! Sabar sikit!" Saya tinggikan suara dengan Sofie, minta dia sabar sikit, maklumlah, adik pun minta perhatian kita juga. Dah dia menangis teresak2, sebab sangka umi marah. Sian Sofie... Saya pujuk la dia balik, peluk dia, minta maaf dengan Sofie sebab tinggikan suara..... Sensitif anak dara ni!

Bayangkan, Sofie menangis minta perhatian, Hijaz pun minta dukung... Dah sudah, saya terpaksa dukung 2 orang sekaligus. Ampunnnn, amat tidak larat. Pandai anak2 umi ni, bila didukung, diam.....siap gelak2, seronok! Adoi...umi tak larat, sayang!!!!! Masa tu rasa nak menjerit, "Abi.... lekaslah balik!!!!!!!" Bahu ni dah nak patah dah, pinggang  dah nak bengkok... Abi balik, nak minta urut satu badan ok!

Akhirnya, suami saya balik dah agak lewat petang. Dia pun kepenatan, sebab malam sebelum tu dia tak tidur. Lepas maghrib, dia pun terus lena....kita nak minta urut pun tak sampai hati. Anak menangis pun, dia tak dengar dah.... Sian kandaku, penat ye. Tidurlah kanda! :-)

Saya berharap, esok2 Sofie makin sihat. Boring jugak saya asyik nak bercerita pasal Sofie yang sering sakit tu. Bukan apa, takut pembaca bosan dengan cerita saya. Saya pun berharap, Hijaz lebih sihat esok hari. Sian anak debab umi ni....

Percaya atau tidak, ini 2 orang budak yang sedang demam bermain bersama. Macam budak tak demam je kan. Masa ni, dorang tengah leka bermain, bolehlah umisofie pergi dapur buat apa yang patut.

9 comments:

  1. mencabarnye situasi k.fiza.saya le bayangkan cane.mmg kadang2 saya pun hilang sikit sabo.tertinggi suara..tapi,pastu mmg akan pujuk balik.hehe.nak2 kalu hubby tkde rumahkan..mmg ni la part yang org bekerja tataukan..24/7 dgn anak,mmg ada masa kita pun haru biru kepenatan wpun di rumah.

    dugaan nak besarkan anak..
    moga keduanya cepat sihatye..uminya pun jaga kesihatan..uminya kena lagi kuat dan sihat..

    ReplyDelete
  2. Saya doakan moga sofie dan hijaz cepat sembuh...Amin.

    ReplyDelete
  3. aduh..
    susah hatikan bila anak2 sakit..
    kalau yang sorang ni je pun dah susah hati sangat...
    tak pe, harap hijaz dengan sofie cepat sembuh...

    ReplyDelete
  4. owh.. alangkan ayesha demam sorang saya macam nak pengsan. sebab dia nak peluk je. apatah lagi dua anak sekaligus demam. sabarlah fieza.. banyak pahala tu.. :D

    ReplyDelete
  5. kesiannya hijjaz ngan sofie..semoga bertambah sihat cepat2 ye..kesian kfiza ye..macam tu lah kan,bila nak tengah nak m'besar..byk sungguh dugaannya...sabar ye kak fiza...

    ReplyDelete
  6. semoga hijaz & sofie cepat sembuh ye...sian umi tapi umi kuat kan kan kan?heheheeh...
    sabar ye kak..izwa pun kalo anak2 tak sihat rs mcm nak nagis, x boleh tido mlm sbb risau tak tentu pasal..

    ReplyDelete
  7. kesianhya fiza...saya pun penahmerasakannya...semua demam termasuk saya... bila ambik mc sbb xlarat nak p kerja...xsampai hai pulak nak hantar anak2 nursery sbb meraka pun demma dan xlarat...risau kalau2 nursery xboleh melayan karenah mereka..akhirnya..saya jugaklah (yg mc ini) menjaga anak2 yg juga tak sihat..hhuuuhhuu...larat tak larat.....gagahkan jua..itulah pengorbanan kita sebagai ibu kan..kan.kan..
    agak2 kalau orang lelaki...boleh ker? hhaahhahaha

    kalau ikut ajaran mak saya..by kalau batuk sgt2 dan bimbang bagi ubat spital xbaik2...cuba ambik isi limau nipis...uli sampai sebati dengan kapur dan lumurkan ke leher dan dada bby..insya allah....ok skit batuknya..tapi kena buat tiap2 harilaa....

    kalau berhingus..tumuk kunyit muda..titik minyak masak skit dan sapu kat atas kening dan batna idung..bagi ingus cepat kering....jgn kt ujung igung...nnti sumbat idung..sian pk nk nafas xbleh


    semoga anak2 cepat sihat....
    sgt memahami kalau dgr ank2 xsihat...kita penat...kan..

    ReplyDelete
  8. fiza kalo anak demam or tak sehat...mmg kite yg kelam kelibot jadinyer...dadif pon same....ngn batok...flu lagi...huh mmg kite pon leh jd tak sehat juge..:(

    ReplyDelete
  9. Salam Fiza
    pengorbanan seorang ibu amat tinggi bilainya, pengorbanan seorang ayah amat mahal harganya. saya bagai terbayang kekalutan Fiza saat itu. Mujur suami Fiza cepat balik kan.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....