Sunday, November 28, 2010

Berlibur di Lentang

Bercerita tentang aktiviti cuti sekolah....
Hari Sabtu semalam, kami merancang mahu bawa anak ke Wet World, Shah Alam, tapi memandangkan ianya hari Sabtu, dan tahu dah pasti ramai umat manusia di sana. Jadi kami ubah plan nak satu tempat yang lebih menarik menggantikan Wet World. Wet World kita pergi lain hari ye anak2!

Kami berniat mahu menyertai aktiviti Family Day blok saya ni, berlangsung di Hulu Yam. Tapi, bila sampai sana, tengok keadaan yang rasa macam tak best, kami batalkan. Teruk betul kami ni,kan? Hehehe...bukan tak mahu bermasyarakat, tapi, dengan anak2 kecil yang berdua tu, saya jadi susah nak join program macam tu. 

Akhirnya, kami putuskan untuk pergi ke Hutan Lipur Lentang, sebab mind set anak2 nak mandi sungai. Jadi kena cari jugak tempat untuk bermandi manda.

Pintu masuk Hutan Lipur Lentang

Amat seronok bila sampai sana. Serisu! Ini kali pertama saya jejakkan kaki ke Lentang. Selama ni dok dengar cerita je, tapi tak pernah pergi. Rupa-rupanya, kalau dari Gombak tidaklah jauh mana..... Boleh pegi selalu ye bang!


Sebelum tu, seronok ajak anak2 jalan2 kat jambatan gantung yang terdapat di situ. Gayat jer... huhuhu. Dan lepas tu, layan je anak2 saya bermain air, bermandi-manda.... Ikhwan, Amniy, Sofie dan Hijaz, macam tak pernah dapat air. Bukan main seronoknya bermain air sungai yang sejuk dan dingin itu.

Lagi gambar mereka berkubang....

Tiba2, sedang seronok melayan anak2, saya terjumpa dengan seorang sahabat Ratuhati.com. Amat teruja ok! Seronok sangat jumpa dia. Dia tegur saya dulu, sebab perasan Hijaz. Saya macam nak tegur, tapi, takut salah orang. Rupa2nya betul.... hehe. Dia ialah Miu Miu aka Zakirah. Seronok sangat jumpa awak, Zakirah. Lain kali ada rezeki kita jumpa lagi yer. Boleh berpiknik2 kat Lentang! Hehehe.....

 Bergambar kenangan bersama Zakirah, Aleesya dan suaminya.

Balik petang, sampai rumah Asar.... huh! Amat penat ok, berkelah bersama anak2, tapi kepuasan, keseronokan dan kegembiraan jelas terpancar.... ceh, kunun! Yang pasti banyak2 sungai yang pernah saya mandi, Lentang memang BEST! Lain kali boleh pergi lagi.....

9 comments:

  1. salam fizah,

    terlampau xcited mandi sungai la ni... sampai post dua n3 yang sama ye..

    Lentang ni kat mana ye..

    ReplyDelete
  2. sonoknnye akak...lame sgt dah tak mandi sungai ni..anak2 apetah lagi..langsung tak penah..hikhikhik

    ReplyDelete
  3. wow..bestnya mandi air terjun..dapat jumpa kawan tu yg best tu..^_^

    ReplyDelete
  4. salam ibuIntan,
    haah la...baru perasan terpost 2x. hehe...excited beno si fiza ni kak, dah padam satu post dah.
    Lentang ni kat Pahang kak... :-)
    tq ye kak, sudi baca celoteh saya.

    ***********************************************************************************************
    lyana,
    anak2 mmg tak reti penat...hehehe. letih nak pujuk time balik. terpaksa umpan, pujuk, lain kali dtg lagi...heeee. terutama anak sulong kak fiza tu...

    ***********************************************************************************
    ayu,
    rindunya dgn ayu, kot2 la lepas ni jumpa ayu pulak,kan...bestnyer la...

    ReplyDelete
  5. syoknyer.. lama dah akak x ke sana padahal bila ulang-alik balik kg memang lalu situ.. Kena singgah nih!:)

    ReplyDelete
  6. syoknya mandi sungai. lentang ni tempat yang ariss aka umi ayip pergi tu ke?

    zarin kalau dapat pergi piknik camnie mmg asyik nak berendam je la. badan dh biru kesejukan tetap nak duk dlm air juga..

    kalau dekat dr gombak bolehla pergi lepas nie...eheheheheh

    jom kita pergi ramai-ramai, baru meriah :)

    ReplyDelete
  7. kak fiza!! seronok jumpe akak tau!
    hehe tak sangka. rasa cam mimpi pon ade. ehehhe
    maaflah saya ni tak berape reti nak bersosial. malu2 pon jugak.

    nanti ada rezeki kite jumpe lagi ye. berkelah sama ke. boleh ajak kawan2 RH yang lain.
    lentang nyaman kan.

    aleesya takut air pulak! ekekek
    hijaz cool je, sofie lagi la.. seronok betul dia! sopan pulak tu! suami saya kate comel bila dia salam gitu. memang pon! teserlah ayu cik sofie.

    ReplyDelete
  8. seronoknya tgk fiza mandi manda bersama anak2...namanya pon unik...'lentang' :)

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum Fizah
    bestnya
    akak yang duduk Pahang ni pun
    just tengok je
    masa anak2 dan suami turun.:)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....