Salam semua,
Dah beberapa hari saya tak masuk blog ini, dan dah lama juga saya tak ber'blogwalking'. Rindu sangat nak jalan2 blog kawan, tapi...alasan biasalah. :-)
Entry lepas bercerita tentang Sofie yang telah menjalani pemeriksaan mata. Dan ekoran dari itu, mata Sofie amat2 tidak sihat. Sangat kesian dengan keadaan Sofie sekarang. Selepas doktor mata buat pemeriksaan pada mata Sofie, kesannya, mata Sofie sekarang dah sepet sebelah kanan, sentiasa berair, dan kelopak mata Sofie juga bengkak dan merah. Pada mulanya saya sangkakan Sofie sakit mata, tapi bila lihat kondisi mata Sofie yang sebegitu, Sofie seakan2 kena jangkitan pada mata.
Saya tak tahu apa yang doktor lakukan pada mata Sofie. Semasa Sofie bersama doktor hari tu, mereka arahkan abisofie keluar, dan hanya tunggu di luar. Mungkin mereka masuk ubat... saya tak tahu nak kata. Yang jadi persoalan saya sekarang, katanya mata Sofie yang bermasalah ialah mata sebelah kiri, tapi kenapa mata belah kanan teruk dikerjakan.
Saya sedih tengok mata Sofie sebegitu. Dah hampir 4 hari, saya perlu merujuk Sofie kepada doktor dengan segera. Saya dah tak tahan, seolah2 saya menanggung semuanya seorang diri. Saya tak mahu mata Sofie jadi apa2 yang tidak menyenangkan. Cukuplah Sofie hanya perlu memakai kacamata, janganlah ada perkara2 tak baik berlaku pada mata Sofie....
Mata Sofie lebih kurang begini keadaannya. Tapi, ni Sofie kena gigit semut. Kejap je dah baik.
p/s: nanti bila saya dah settlekan problem USB kamera saya, saya tunjukkan gambar Sofie.....
Kesiannya sofie..kak, jgn biar lama-lama takut kang melarat lak. akk g lah bawak dia jmpa doc cepat.xpun akk jmpa blk doc yang buat pemeriksaaan mata sofie arituh...tanya diorang.kenapa leh jadi camtuh.
ReplyDeleteaisya pun kena pakai cermin mata gak.huhuhu
kesiannya sofie..ish..camne leh jadi mcm tu pulak..kena tnya balik dgn dr tu kut kak..
ReplyDeletekesiannya sofie..cpt bawak pegi check fiza.. takut jd makin teruk nanti..
ReplyDeletekesian Sofie..harap takde apa2 perkara buruk berlaku. Amin
ReplyDeleteKesiannya kat sofie, mesti pedih mata dia tu. Masa aina check up mata aritu ada 3 jenis ubat yang diorang titikkan ke dalam mata aina, pedih kot sebab aina menangis2 je. Biasa klu baby diorg akan guna cara manual dimana mereka akan bedung anak kita dan suruh kita keluar. Suami sy pernah tanya kat doktor camne mereka buat, bila dengar doktor tu citer camna memang ngeri ar.. patutlah si aina terjerit2 kat dalam tu...
ReplyDeletesian sofie.moga cept baik ye yang..
ReplyDeletek.fiza jgn selalu sush hati ye..sofie pun sedih tgk umienya pun susah hati nti
hugs for sofie. take care mommy too.
ReplyDelete