Thursday, November 11, 2010

TQ, Izwa dan Cermin mata Sofie

Sebelum pembuka cerita tentang kisah kesihatan Sofie, saya ingin mengucapkan terima kasih pada adik yang saya kenal melalui maya, bermula perkenalan di forum Ratuhati.com, bawa ke FB dan terus menjadi sahabat blogger, kerana sangat baik hati sebab dia telah mengirimkan pada Sofie set permainan masak2. Hehe... terima kasih untuk IZWA. Akak sangat2 terharu bila tengok kiriman tu dari Izwa. ( Akak tepek gambar kemudian ye, sebab USB masih belum ada ).

**********************************************************************************************************************************************************************************************************

Kisah Sofie yang manis pulak.....
Minggu ni, minggu yang sibuk bagi Sofie. Saya pun jadi letih tengok dia. Isnin, appointment di IJN, selasa petang ada Occ. Therapy dan Khamis pagi ke HSB, utk check mata. Sofie pergi lagi dengan abisofie. Sian dia, bangun awal pagi, terus mandi dan bersiap untuk bertemu doktor2 yang merindui Sofie. Kihkihkih... Ada ke doktor yang rindukan Sofie ni. Mengarut jer....

So, hari ni,selepas pulang dari hospital, abisofie beritahu satu berita yang mengejutkan saya. Sedih juga sebenarnya. Mata Sofie tidak berapa baik di sebelah kiri. Mata hitam masih goyang dan tak fokus. Untuk melihat objek2 halus, sukar bagi Sofie. Dan doktor telah putuskan Sofie perlukan kacamata. Terus abisofie tempah kacamata khas buat Sofie. Harga, RM350... harga hospital. Di luar, mungkin lebih mahal.

Alahai, saya cuba membayangkan, anak dara saya itu mengenakan kacamata. Abisofie kata, sangat cute. Sebab di hospital tadi, Sofie telah mencubanya. Hehehe...dalam terkejut dan sedih, saya sedikit gembira sebab terbayangkan Sofie yang cute itu mengenakan kacamata. Saya redha...untuk kebaikan Sofie, semua itu perlu.

Agak2, muka Sofie ada tak se'cute' budak ni? Hehehe... Ke lagi cute?
Image ihsan google.

Satu lagi, saya sedang tercari2 benda ini:

CP Walker
Gambar ihsan dari Kak Sue... 
( Kak Sue, Fiza amik gambar dari forum kita ye! )

Tapi, saya perlukan tanpa stand untuk tangan tu. Saya nak gunakan ia sebagai terapi Sofie berjalan. Kalau nak tunggu jumpa therapist baru nak latih, memang lambatlah Sofie berjalan. Saya nak latih Sofie di masa lengang saya ketika di rumah. 

Sesapa ada maklumat tentang benda ini, area KL, Selangor, tolong beritahu saya yer! Saya nak cepat, kalau boleh....

7 comments:

  1. mesti cute nanti sofie pakai spek..
    jangan lupe tepek tau pix dia bile dh dpt spek baru.. ;)

    ReplyDelete
  2. alo lo lo..sure cute la sofie pakai spek mata..kak, jgn lupa letak gmbr ek

    ReplyDelete
  3. mesti sofie lagi cute kalau berkacamata tu..

    ReplyDelete
  4. ermm..ainie ada satu alat tu..klu tak silap,namanya 'relater'. tp itu beli kat satu kedai jual peralatan hospital kat PPUM.. klu x silap RM250.. pemegangnya cam handle basikal n boleh selaras kan, rendah/ tinggi..nanti klu sempat saya post kat blog saya..

    ReplyDelete
  5. Sofie kena pakai cermin mata ye??Takpe, mesti cute punyerlah.. kan! Aina bulan lepas check mata, alhamdulillah takde masalah. Doktor kata tahun depan datang lagi...

    ReplyDelete
  6. wah...tak sabar nk tgk imej baru sofie

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....