Sofie yang manis... (gambar lama)
Semalam, Sofie ke IJN lagi, bersama abisofie. Hari yang sangat memenatkan buat Sofie dan abi. Sebabnya, pergi pagi, petang baru settle semuanya. 5.30petang baru sampai rumah. Sian mereka.... umisofie tak ikut sebab anak2 lain lebih selesa berada di rumah. Lagipun, Ikhwan sakit mata. Ikhwa perluka rehat di rumah. Orang suruh rehat pun, masih ligat bermain basikal....
Update terbaru tentang Sofie di IJN semalam.... saya menjangkakan, doktor akan hentikan ubat2 Sofie. Rupa2nya, ubat2an masih on. Sedikit kecewa! Sofie sekarang amat bijak. Setiap ubat yang masuk dalam mulut, semua diluahkan semuala. Mungkin Sofie sudah bosan dengan semua tu. Namun demikian, dose ubat telah dikurangkan, jumlah ambil ubat juga dikurangkan. Legalah sikit, sebab, kalau tidak, every 8 hour kena bagi ubat. Ada satu ubat tu, every 6 hour. Kadang2 sampai termiss, kadang sampai terlupa nak bagi Sofie ubat. Macam2 alasanlah....
Dan yang terbaru, tampalan pada jantung Sofie yang dibuat pada April lepas, kata doktor sudah complete. Alhamdulillah.... yang menjadi masalah sekarang, ialah injap jantung Sofie masih ada sedikit kebocoran. Jadi, pengaliran darah masih berlaku dan darah masih masuk ke dalam paru2. Doktor mahu memantau Sofie untuk jangka masa yang lama. Mungkin Sofie perlukan satu lagi pembedahan untuk menutup kebocoran pada injap jantung. Saya sangat risau.... Tapi, pembedahan itu, Insya Allah tidak berlaku sekarang. Mungkin tunggu Sofie besar sikit lagi.
Saya masih risau. Sekiranya Sofie akan menjalani pembedahan, mungkin penderitaan Sofie akan berlaku lagi. Owh...sungguh saya tak sanggup menghadapi saat2 Sofie dibedah, saat Sofie berada di ICU.... rasa sangat sedih dan sakit hati! Tapi, sekiranya itu demi kebaikan Sofie, saya perlu redha.....
Saya ni sudah fikir amat jauh la.... Perkara tu belum lagi berlaku, saya dah fikir macam2. Hati seorang ibu.... Jadi, untuk waktu ini, saya perlu keraskan diri saya dan Sofie untuk menjaga kebersihan diri Sofie, kebersihan rumah juga. Kebersihan mulut, gigi, lidah, tangan sangat penting. Kerana, sekiranya ini tidak terjaga, kemungkinan jangkitan kuman akan berlaku. Dan dikhuatiri kuman masuk ke dalam paru2 dan terus ke otak.... Nau`zubillah!
Itulah yang terbaru tentang Sofie.....
sofie budak yang kuat.... just like her mom!!!!!....
ReplyDeletesalam fiza..smga sofia diberi kekuatan utk mnhgdapi sgala ujian buatnya..tabah jgk buat fiza sklrga..berat mata memandang...berat lgi bahu yg memikul..doa kmaz smga sofia sentiasa sihat dan mampu tersenyum selalu buat fiza dan suami..
ReplyDeletesuke la gambar sofie yg pakai tudung ni..comell
ReplyDeletesemoga sofie sihat selalu ya...
ReplyDeletecomeinya Sofie :-)
ReplyDeletebiasalah kite kak, sebagai ibu kita akan fikirkan yang buruk dahulu sebab tak nak benda buruk tu berlaku pada anak kite
harap Sofie kekal ceria selalu & Ikhwan pulak cepat sembuh ya...
salam Fiza
ReplyDeleteakak doakan moga sofie sabar dan seembuh dari penderitaanya.kasihan abi sofie kan.penat sebenarnya kan menjaga orang sakit ni.macam suami akak menjaga akak dan anak.
kuasa Allah tiada batasan.moga sofie dapat sembuh dgn sendiri..
ReplyDeletecomel ja dia senyum tu..sampai tak nampak mata..
moga sofie akan trus sihat dari hari ke hari..k.fiza,jgn risau sgt k?insyaallah ramai yg mendoakan tuk sofie ni.hehe
ReplyDeletedesperate mama,
ReplyDeletehuhuhu...like her mom???kihkih
**********************************************************************************
maz,
terima kasih maz...ujian tanda Allah sayang kita,kan? alhamdulillah, fiza dan keluarga akan tabah.
*************************************************************************************
amirah,
comel?
mengada anak dara tu..hehe
************************************************************************************
nieda,
terima kasih nieda...
salam peluk cium utk humairah!
**************************************************************************************
wina,
tq wina...
kira sihat?
wina pun didoakan sihat yer...jaga baby tu.
**********************************************************************************
ummu,
kak, terima kasih. abisofie sebenarnya lagi kuat dari umisofie...hehe
*****************************************************************************************
kak ieda,
semoga keajaiban akan berlaku kak...
terima kasih!
***************************************************************************************
ashra,
terima kasih ash...
terharu akak. nak nangis la...huwaaa.....
semoga sofie sentiasa sihat
ReplyDeleteblogwalking&follow........
ReplyDeletetiada apa2 yg mampu diucapkan tuk superwomen mcm fiza...moga sofie sntiasa sht (^_^)
insyaAllah dipermudahkan segala urusan umisofie sekeluarga.
ReplyDeletesofie is a strong beautiful princess. so mommy dont worry ok!
ReplyDelete