Image: Wikipedia
Salam sejahtera semua.
Agak lama saya menyepi dari berceloteh dalam blog ini. Saya diuji lagi. Mula2, Ikhwan kena, lepas Ikhwan Amniy, dan kemudian Hijaz. Sofie juga kena jangkitan bakteria pada matanya ekoran mata Sofie diperiksa oleh doktor minggu lepas. Mata Sofie paling dahsyat.Kelopak mata dah terbonjol ke depan, seram je tengoknya. Bila bangun tido, taik mata bertepek...amat susah untuk bersihkan. Kesian Sofie. Nak buka mata pun tak boleh. Dah bawa jumpa doktor, doktor kata, mata Sofie kena jangkitan. Bukan sakit mata biasa, so, doktor bagi ubat titik. Alhamdulillah, mata Sofie beransur pulih.
Mata Amniy, juga semakin pulih, Ikhwan dah baik terus, alhamdulillah. Sekarang giliran Hijaz. Ikhwan, Amniy dan Hijaz, saya titiskan susu saya pada mata mereka. 3 kali sehari, alhamdulillah. Allah jadikan penyembuh pada susu ibu. Sofie juga saya titiskan susu ibu dan saya gunakan juga ubat titis yang klinik bekalkan.
Sedikit tentang kebaikan susu ibu pada mata yang sakit / conjuctivitis:
- Conjunctivitis atau lebih dikenali sebagai sakit mata adalah sejenis jangkitan mata yang mudah untuk berjangkit.
- Mata menjadi merah, dipenuhi tahi mata,dan sukar untuk membuka mata.
- Antibodi di dalam air susu ibu iaitu immunoglobulin, mencegah bakteria dari melekat pada permukaan mata.
- Ini menyebabkan pertumbuhan bakteria terhalang dan membantu untuk menamatkan jangkitan mata.
- Titiskan sedikit sir susu ibu secara langsung ke permukaan mata anda.
- Angkat kelopak mata anda sedikit untuk membantu air susu ibu beredar di bawahnya.
- Teruskan rawatan ini tiga kali sehari selama beberapa hari, atau sehingga jangkitan mata telah dibersihkan.
- Jika gejala sakit mata semakin berlarutan, dapatkan nasihat perubatan.
Hari ini, di saat ini, setelah anak2 hampir2 pulih dari sakit mata, rupa2nya saya pula dijangkiti penyakit ini. Alhamdulillah, Allah sayangkan saya. Saya juga insan terpilih untuk merasai sakit ini. Tunggu dan lihat sama ada suami saya juga akan dijangkiti atau tidak. Hehehe....
assalamualaikum Fiza
ReplyDeletememang terasa letih kan bila kebanyakan ahli keluarga kita diserang penyakit,hanya Allah yang tahu,apapun slaam ketabahan untuk Fiza ya, semoga dugaan ini msemakin menngkatkan iman kita di sisiNya.amin
p/s;kenapa ya Fiza akak baca ada garis-garis dan bintang-bintang di entry ni.maaf sebab akak rabun tak berapa nampak..
sekarang ni memang musim sakit mata kot kak... kawan2 kat sekolah pun ramai sakit mata...seb baik yana tak jangkit gak..huhuhuuh
ReplyDeletea'aa lah kak fiza..ade star2 ngan garis kat entry ni
salam kak ummu dan lyana,
ReplyDeleteterima kasih....garis star2 macam mana ye? saya tak dapat nak kenal pasti pulak.
sakit mata ni berjangkit melalui sentuhan.so kalau sorg kena yg lain2 dlm rumah tu mmg senang nak kena juga.moga cepat sembuh yer..
ReplyDeletekak ieda,
ReplyDeletetq...mmg ye la kak...
dah la fiza dok belek2 mata anak2 ni time nak titiskan ubat dan susu, tu yg terkena juga tu hehe....sabo je la, ujian!
Seb baik ada susu ibu yang mujarab kan Fiza..Nanie & anak2 pernah kena hubby je selamat..MIL cakap tak boleh cakap sakit mata kena cakap sakit bontot hahaha (petua org tua katanya)..Seminggu MC dok umah..
ReplyDeletesemoga cepat sembuh...
ReplyDeletehaah kak..air susu ibu adalah ubat paling mujarab untuk rawat sakit mata..
ReplyDeleteMoga akak sekelurga lekas2 sembuh..Amin..
titiskan air susu ibu..
ReplyDeletekatanya mujarab kan..
semoga cepat sembuh :)
Terima kasih, pekerjaan yang baik! Ini adalah hal yang saya harus miliki..
ReplyDelete