Salam bahagia semua,
Wah...terasa sudah lama blog ini menyepi. Bila tgk2 bilangan followers pun makin ramai. terharu saya. Terima kasih kepada semua followers yg sudi mem'follow' saya. Insya Allah, saya akan berkunjung ke teratak anda kembali.
Busy sikit la sejak dua menjak ni. Pastu, saya banyak tumpukan pada forum Ratuhati.com. RH sekarang dah format baru. Jadi, semangat berforum makin membara dan berapi lagi. Tu yang sampai tertinggal blog, tertinggal FB... sorry kalian. Lama sangat blog ni menyepi.
Sebenarnya, banyak sangat nak kongsikan kat sini. Kisah Sofie yang tiada penghujung. Sofie saya telah kembali kepada terapi alternatif di Gedangsa. Setelah 2 bulan lebih saya terpaksa tinggalkan seketika terapi tersebut kerana perkara2 yang tidak dapat saya elakkan. Setiap minggu ada saja program yang menyebabkan saya terpaksa batalkan terapi Sofie.
Ahad lepas, bawa Sofie berjumpa dengan Kak Raw, Kak Raw kata, saya terlalu 'rajin' bawa Sofie datang jumpa dia. Hahahaha....sudah kena perli ok! Tulang Sofie kembali longgar kerana umi dan abi Sofie ini terlampau 'rajin'. :-D Bising juga kakak itu...aduhai. Dah salah kita, senyum kambing je la.
Sofie, yang sudah lama berehat dari terapi bersama Kak Raw, sangat sakan menangis bila Kak Raw mula mengurut badan dia. Semakin kuat menolak untuk melepaskan diri. Tapi, nak buat macam mana, terpaksa biarkan dia menangis demi masa depan yang baik.
Semoga minggu akan datang saya punya kesempatan waktu untuk teruskan rawatan ini. Saya tak mahu Sofie ketinggalan... Saya mahu Sofie jalan dengan cepat. Adik Hijaz dah laju berjalan, tapi Sofie masih takut unutk melangkah. Aduhai Sofie..... Maafkan umi dan abi, sayang!
Sofie selepas rawatan, kena ikat dan berdiri lapas rawatan. Tengok adik Hijaz tu, suka sangat menyakat kak chiknya, lagi2 time kak chik menangis....
Alalala...cian sofie..tak apa la..untuk kebaikan sofie jugak kan...
ReplyDeletehikhik, hijaz kacau kak chik eh..kecian kak chik tau..
ReplyDeletecomel je dia nyakat kakak dia...hehehe
ReplyDeletealahai...sayu nya tgok sofie...tp smuanya tuk kebaikan sofie..auntie doakn sofie cpat2 blh jalan..nnti leh main kjar2 ngn adik ijaz..
ReplyDeletelmbt atau cepat bukan kiraan, yg penting kita bagi dorongan, kan..kalau kita yakin, insyaallah boleh, kan ...
ReplyDeletehehe..kami pun dah 2 minggu tak gi..hahaha!!
ReplyDeleteamboi2 hijaz..dh dapat kaki ni lagi senang la dia nak ngusik kakak ye..kesian kakak..
ReplyDeletesabar ya. bukan senang untuk senang. please continue to be strong. btw umiesofie, just to let you know irfan my eldest yg special tu dapat nombor 1 lagi recent exam kat chinese school. moral of the story kat sini, kita jangan under estimate anak kita walaupun they are 'special'. be strong ok.
ReplyDelete