Monday, May 23, 2011

Ikhwan tak tumpu nak study, budak2 dok melepak jer...

Minggu ni minggu yang sibuk sekali. Minggu peperiksaan untuk Ikhwan. Sebenarnya, peperiksaan sudah bermula minggu lepas lagi. Tapi, tidaklah sesibuk minggu ini. Kesihatan hampir pulih.... tapi, masih ada sisa2.... tak lama lagi, pulih la..... Terima kasih pada yang sudi mendoakan kesejahteraan umisofie sekeluarga.

Ikhwan terpaksa di larang dari bermain di luar. Cuma, bermain untuk hilangkan stress belajar. Ini peperiksaan pertama Ikhwan, jadi saya sebagai ibu agak risau sebenarnya. Harapan tidaklah terlalu tinggi, tapi, tetap berharap agar dia tidak turun kelas. Kalau dapat naik kelas, alhamdulillah. Tapi, kalau dia tetap di kelas (B) pun dah cukup bagi saya.

Semalam, Ahad..... Saya tak faham dengan budak2 yang datang dok melepak depan laman rumah saya dari pagi sampai ke petang. Suruh balik, masing2 tak nak balik. Ikhwan ni dah la cepat terpengaruh dengan kawan2. Dengar suara kawan2 sembang kat laman rumah, dia pun jadi tak tumpu untuk study. Saya terpaksa tutup pintu dan tingkap. Budak2 tu pulak dok bermain bola dan sembang2 sakan..... Pulak tu, kawan2 Ikhwan yang dok melepak kat rumah saya, bukan sebaya dia. Semua usia sudah 10 tahun. Dorang ni...... (geram jugak saya!)

Sebelum masuk waktu Zuhur, saya benarkan Ikhwan join kawan2nya, sekejap. Untuk lepaskan lelah.... Selesai azan, saya minta Ikhwan masuk rumah untuk solat, dan minta semua orang balik rumah. Tapi sorang pun tak nak balik. Agaknya saya ni baik sangat kot! SO, budak2 tu tak takut... teruskan aktiviti buang masa melepak depan rumah saya. 

Suami saya balik surau, tanya dengan budak2 tu, "dah solat Zuhur?" Masing2 jawab belum. Seb baik mahu mengaku! Bagus juga, dorang tak tipu. Suruh balik solat zuhur dulu, masing2 buat tak tahu. Akhirnya, minta semua ambil wudu` dan solat di rumah saya. Kadang2 saya sendiri tak faham, ibubapa budak2 ni tak risau ke anak2 dorang tak balik rumah. Tak makan, tak solat, tak buat ulangkaji.... Sehari suntuk dok melepak rumah saya. Tu saya tak kasi masuk rumah tu, kalau saya terlampau baik, suruh dorang masuk rumah, lagi la dorang tak mo balik agaknya.


Dah la.... maleh ar dok cakap pasal anak orang. Beringat Fiza, awak tu ada anak jugak! Saya harap, budak2 ni cepat2 la sedar..... jgn la dok melepak je kat rumah orang. Paling penting, ibubapa kena sedar dulu, dimana anak2 anda melepak. Kecik2 dah nampak suka nak membudayakan aktiviti melepak. Dah besar kang...... Ish, nauzubillah!

Dan dikesempatan ini, saya mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat sepupu saya yang baru melangsungkan perkahwinannya Sabtu lalu. Monasha dan suami, semoga kalian dilimpahkan rahmat dah kasih sayang Allah. Sorry ek, hadiah dari Fiza tak seberapa la..... Heheheh.


p/s: Sofie masih batuk...uhuk...uhuk...uhuk.... sian Sofie!

10 comments:

  1. hurm....agak-agak ku bakal jadi ibu yg sebagus akak ke mase syahmi sufiya besar skit nnti...?

    ReplyDelete
  2. ye la...
    camne la nak menegur budak2 yang datang melepak tu kan.. patutnya parents diorang ni ambik tau la anak duk kat mana. takkan tak kisah langsung anak2 diorang tak balik sehari suntuk... tak paham la parents yang macam ni...

    ReplyDelete
  3. susah juga mcm tu, tapi mmg ada ibu bapa yang begitu. harap nanti bila Zarin dan bakal adik-adik zarin (eheheh :P) besar saya dpt jadi macam kak fiza :), amin

    ReplyDelete
  4. kekadang bila kita cakap lebih takut budak tu kata kita jahat plak kan...klu tak anak2 kita pun ikut sekali melepak...

    ReplyDelete
  5. sabo jela kan kak..tak risau ke mak bapak dorang ni..kalo dh jd apa2 nnt baru la tersedar,,

    ReplyDelete
  6. Pengaruh kawan2 memang sgt kuat...
    Itu yg dok risau...
    Anak2 bukan sentiasa depan mate kite...
    Didikan agama adalah teras yg dpt membentuk peribadi & akhlak yg baik dlm diri anak2 supaya tak mudah terikut dengan pengaruh yg negatif...

    ReplyDelete
  7. takpe fiza..kalau ibubaoa diorg tak endah...fiza endah kan...mudah2an bila balik rumah masing2..budak2 tu akan cerita kebaikan yg fiza & suami buat..

    ReplyDelete
  8. apo la melepak manjang...
    takde keje len dah..
    parentz diorang keje kot kak fiza..

    ReplyDelete
  9. izwa,
    insya Allah Izwa adalah ibu terbaik. jgn kata akak ni bagus dik oi.... byk no kurang akak ni. tak pe, kita belajar sikit2 yer how to be a good mother. :-)

    ***********************************************************************************************
    sya,
    tu la...
    saya pun jadi heran sgt dgn mak pak budak2 tu. ada sorg budak tu, anak tak mo balik, habis di kuncinya grill rumah....heheheh, tu yg budak tu tak boleh nak masuk rumah tu.

    ******************************************************************************************
    ida,
    tu la, payah nak tegur. takut anak kita terpengaruh. insya Allah, Zarin kan ada mama yg best! ok je dia nanti...:-)

    *******************************************************************************************
    kak zaidah,
    saya risau kalau kita cakap kebih2, tanggapan buruk dorang pada umi Ihkwan dan Amniy ni. tu yang malas cakap lebih2.

    ReplyDelete
  10. amirah,
    kita ni patut tahu ke mana anak2 kita bermain, kan? agaknya ibu bapa budak2 tu risau jugak, cuma.... ntah la!

    ************************************************************************************************
    Rin_Aff,
    saya setuju, kemana pun kita pergi akhlak patut diutamakan. didik anak2 dgn ajaran agama mampu membendung gejala sosial....
    terima kasih kak!

    ******************************************************************************************
    DeLLa,
    mudah2 ye della....
    bukan apa, kalau dah ramai sgt payah jugak nak melayan. heheheh... (berkira juga fiza ni!)

    *******************************************************************************************
    krsty,
    hari minggu... tak kan mak bapa dorang keje kot! uuuuiiissshhhhh!!!!!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....