Wednesday, May 25, 2011

Lain dirancang, lain yang jadi

Entry ke 3 untuk hari ini, kalau terlebih rajin dan banyak masa.... inilah jadinya!

Saya sangat teringin nak makan kuih keria. Cik somi pun belilah keledek, tapi keledek putih nun.... putih pun, putih ler.... janji nak jugak buat kuih keria idaman. Dari malam tadi dah rebus keledek, supaya esok harinya, senang. Tinggal campur sikit tepung dan bentuk je....

Bangunlah saya di waktu dinihari, jam 5 pagi, nak gentel2 kuih keria idaman. Excited dan bersemangat sungguh! Sekali minyak dah panas, nak goreng, tunggu beberapa minit, tiba2 kuih dalam kuali tu meletup2 dan pecah. Alamak! Apesal ni? Ni bukan kali pertama nak buat kuih keria. Boleh dikatakan kuih keria ni, dah expert tau..... kunun la. Sekali tgk2 jadi macam ni:

Tak jadi..... ceh!
Sungguh tak cantik.... sebelum semua sekali meletup dalam kuali, dan terburai habis, baik kuangkat dulu. Lain kira apa nak jadi. Hancus harapan nak makan kuih keria idaman pagi tadi. Rasa nak campak dalam tong sampah je, kiciwa!!!!!!

Tapi, seb baik berfikir dengan rasional. Kalau dah buang tadi, mesti tak dapat nak buat kuih lain. Akhirnya, saya lenyek lagi kuih keria yang tak jadi tadi, maka jadilah kuih bingka keledek. Nak resepi kuih bingka keledek yang saya buat? Boleh ke sini ye :
http://blogsimpanresepi.blogspot.com/2011/05/bingka-keledek.html. (Kempen blog resepi sendiri la pulak. hehehehe)

Bingka Keledek
Anak2 pun makan dengan suka hati. Umi kena kretif ok! Jangan tak jadi je nak buang. Boleh ubah suai buat kuih yang lain pula. Hehehehe..... Meh tengok gaya Hijaz dan Sofie makan kuih bingka keledek meh!

Penuh satu mulut!

Kihkihkih...... lahap sungguh anak dara umi makan!

6 comments:

  1. nape tembam bonar hijaz ni kak oiii...sufiya tu slim je padahal mkn nyer bnyk jugak...hehehe...ape pun akak mmg kreatif la!tabik spring ngn akak....:)

    ReplyDelete
  2. saya suka keledek, apa2 jenis mknn berasakan keledek sy mmg suka (hantu keledek) sudah mari. kihkihkihkhihkih..

    mm, sy kalu buat cucur keria letak telur sebijik. mungkin kak fiza salah teknik mengadun kot kali ni, ehehhe, pepandai je. Sedap tgk hijaz dan sofie mkn. nak jugak sepiring!

    ReplyDelete
  3. izwa,
    nampak je tembam si hijaz ni, tapi ringan je...
    tabik spring yer....:-)

    *******************************************************************************************
    ida,
    adun betul dah, tapi tah la....
    tak tahu mana silapnya.

    ReplyDelete
  4. bagusnya ummi!
    tak jadi kuih keria jadi kuih bingka....tak pe laaa lain kali cuba lagi ye.

    ReplyDelete
  5. nieda mmg tak expert wat kuih tradisi..jarang sungguh buat

    ReplyDelete
  6. terrornya fiza buat kuih..ayu mmg tak reti..tau makan je..hehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....