Sunday, May 15, 2011

Update Terbaru Sofie

Saya sebenarnya kehilangan mood untuk meng'update' blog ini selepas blogspot ada masalah teknikal beberapa hari lepas. Semua idea terus hilang begitu saja.... Apapun, saya tetap ingin update juga beberapa perkara berkaitan Sofie.

Minggu ni, minggu yang sibuk. Dalam minggu ni, 2 hari suami saya ambil cuti rehat sebab 2 hari berturut2 Sofie ada temu janji dengan doktor. Rabu, 11hb, Sofie ada temujanji bersama doktor kardiologi di IJN. Secara ringkasnya, dari hasil pemeriksaan, jantung Sofie masih seperti itu, dan sekali lagi doktor mengatakan Sofie perlu menjalani pembedahan sekali lagi. Ini disebabkan injap jantung Sofie yang rosak. Rasa perit juga mendengarnya. Nampak Sofie seperti kanak-kanak tidak sakit. Tapi...... Dan Sofie masih perlu meneruskan antifailure yang diambil selama ini. 

Saya sebenarnya, telah memberhentikan pengambilan antifailure itu. Tapi, memandangkan doktor menyuruh saya menyambungnya kembali.... apa boleh buat. Perlu memaksa Sofie menelannya.... Perit rasanya!

Khamis, 12hb pula Sofie ada temujanji dengan pakar mata di HSB. Sekali lagi mata Sofie diperiksa.... Dan sekali lagi doktor meminta saya memakaikan Sofie cermin mata. Sofie, macam biasa la.... Paling lama boleh bertahan setakat 1 jam, itu pun dah cukup syukur. Sejam... lama tu. Lepas tu, habis dicampaknya cermin mata itu.
Tengah check power kaca mata
Jumpa doktor mata pula, Dr. Vanitha namanya.
Kena paksa pakai cermin mata, buat lawak, baru senyum
Saya harap, saya sekeluarga mampu memujuk Sofie untuk terus bercermin mata. Dah hampir setahun ni, masih gagal, di samping umisofie yang sedikit 'give up' untuk memaksa Sofie. Mahu atau tidak, Sofie perlu dipaksa..... Nampaknya, seluruh keluarga saya perlukan kaca mata bagi menggalakkan Sofie memakai cermin matanya.

4 comments:

  1. sofie memang kena pakai spek la ye kak? tp kan, comel la dia pakai spek...nampak gaya, nanti ijaz pun kena pakai spek la biar kak chiknya nak pakai gak..hihi :)

    ReplyDelete
  2. nampak comel sofie pakai spek kannn...
    sabarlah fiza...ikut je apa kata doktor tu,utk kebaikan sofie juga.

    ReplyDelete
  3. Cumilnya sofie jelita pakai spek..hehe

    ReplyDelete
  4. ala la cutenye dia pakai spek sambil senyum..
    sbr ya kak fiza..
    lepas ni kena ckp la sofie cantik n ayu pakai spek..
    tebal ke power dia tu k.fiza??
    mmmmuuuahhh to sofie..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....