Assalamualaikum....
Ntah ada lagi ke tidak pengunjung blog ini ye. Sebulan lebih saya tak update di sini. Lagi2 cerita tentang anak dara saya tu. Huh, minggu lepas merupakan minggu yang amat sibuk buat saya. Isnin, saya sendiri ada check-up hamil di KK Batu Arang, Selasa, bawa Sofie ke HSB untuk ambil darah TFT (hipotirod), Rabu tiada ke mana, tapi amat sibuk dengan tempahan, Khamis sekali lagi bawa Sofie ke HSB untuk follow-up dengan doktor kanak-kanak dan Jumaat pula, sekali lagi ke HSB sebab Sofie ada temujanji dengan Speech Therapy. Dan inilah yang akan saya kongsikan di sini.... Cerita tentang Speech Therapy Sofie minggu sudah.
Lihat..... Sofie sedang asyik beraktiviti :-)
Sebenarnya, ini kali pertama Sofie terlibat secara langsung dengan Speech Therapy secara berkumpulan. Sebelum ini, memang ada dipanggil, tapi memandangkan masa tu saya terlupa, makanya, terlepaslah peluang Sofie. Jadi, bila ada lagi grouping ST, saya tak mahu lepaskan peluang. Ini kerana, untuk group kali ini semua peserta dalam kumpulan tersebut merupakan anak2 down syndrom seusia lebih kurang Sofie. Sebagai ibu, pastinya saya turut berbangga membawa Sofie masuk ke dalam kumpulan berkenaan.
Pertama sekali tanggapan saya pada group itu, rasa sangat rendah diri terutama bila berkenalan dengan semua ibu2 yang membawa anak masing-masing ke aktiviti itu. Tapi, ditebalkan muka, senyuman sajeeee :-) Kenapa saya malu? Kerana rata-rata ibubapa yang hadir membawa anak SD mereka ke tempat2 khusus, terutamanya KIWANIS dan PDK untuk perkembangan anak mereka. Sedangkan saya, selepas berhenti terapi bersama Kak Raw di Felda Gedangsa, saya hanya biarkan Sofie di rumah, terapi dan berkembang bersama Hijaz sahaja. Owh, terasa betapa kijamnya saya membiarkan Sofie di rumah saja. (Dalam hati, biarlah.... mereka bukan mengerti pun. Yang penting saya berusaha mendidik Sofie dengan cara saya sendiri.)
Lekanya Sofie :-)
Di dalam aktiviti tersebut, Sofie diajar untuk bergaul bersama rakan2 sebaya. Bermain, dan beraktiviti bersama. Pada penghayatan saya, walaupun Sofie jarang bersosial seperti semua peserta yang lain, saya melihat Sofie amat2 teruja dan gembira. Terutama bila melihat semua kanak-kanak di situ senasib Sofie, semua anak2 SD. Paling saya kagum dengan Sofie bila dia tak rasa takut untuk bersosial. Sofie sikit pun tak punya rasa malu untuk melakukan aktiviti bersama kawan2nya. Malah, apa yang sedikit membanggakan saya, Sofie boleh melakukan aktiviti yang disuruh hanya dengan sedikit bantuan saya.
Kawan baru Sofie...... yang aim Sofie tu :-)
Dan bila Sofie mula belajar bersosial seperti itu, hati saya mula risau....... Sofie, pada dasarnya, anak yang agak lembut (walaupun ada juga sesekali dia betindak kasar), suka memerhati dan sedikit pendiam bila bertemu dengan orang lain. Kiranya, tempoh dia untuk sesuaikan diri dengan orang tu, ambil sedikit masa la. Tapi, bila dah 1/2jam, sikapnya akan sedikit berubah. Dia mula selesa dan nampak la ingin terus berkawan. Cuma..... yang membuatkan saya risau, Sofie ni amat mudah terpengaruh dengan keadaan sekeliling.
Ada seorang anak SD di situ, sering amat bertindak kasar terhadap Sofie. Nampak sangat dia 'aim' pada Sofie. Sebabnya, tiap kali saya berpeluang sembang2 dengan ibunya, dia akan terkam Sofie, dan akan tarik2 baju Sofie. Sian Sofie...... Mulanya, saya biarkan je, nak tengok macam mana Sofie melepaskan diri dari cengkaman sahabat SD dia. Tapi, bila nampak Sofie tak boleh lepaskan diri, saya mula masuk campur. Ibu anak SD tu pun akhirnya berkata, "Nampaknya tak boleh berjumpa la." Sambil gelak2.....:-)
Saya mula terfikir, baru jumpa sekejap, saya nampak Sofie macam dah mula takut dengan dengan situasi itu. Bagaimana kalau Sofie sudah mula masuk kelas PDK akan datang. (Sofie sebenarnya sudah dipanggil untuk menyertai kelas PDK). Di PDK, anak istimewa ada pelbagai, bukan hanya SD..... Jadi, mesti ada yang punyai sikap tertentu yang boleh memberi kesan pada Sofie. Bila fikir macam tu, rasanya, saya nak jaga Sofie sendiri.... Tapi, mana mungkin, sebab saya perlu juga hantar Sofie ke PDK kerana Sofie sangat memerlukannya. Tengoklah nanti macam mana......
Kumpulan peserta (nampak tak saya dan Sofie depan tu? :-))
Walau apapun, secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan aktiviti berkumpulan seperti ini. Sangat bagus untuk anak2 seperti Sofie yang sangat2 memerlukan aktiviti bersosial. Sekurang2nya, Sofie tahu apa yang perlu dilakukan ketika masuk sekolah akan datang. Harap sangat, akan datang saya punya rezeki yang melimpah ruah untuk menyertai Grouping Specch Therapy seperti ini lagi. Masalah2 yang kecil usah diambil serius, kerana kita perlu tuju perkara yang lebih besar buat anak2 seperti ini. Insya Allah, sekiranya Sofie sudah menyertai kelas PDKnya akan datang, saya perlu lebih lagi untuk menguatkan mental dan fizikal saya supaya dapat melepaskan Sofie di sana. Semoga Allah beri kekuatan pada saya dan suami untuk semua itu. Paling penting, saya perlu lebih gigih memberi input perkara2 baik dalam diri Sofie.
Sekian untk kali ini. :-)