Nak bercerita tentang 2 beradik yang sangat akrab. Mereka ni ada kalanya boleh bersama, ada kalanya terpaksa dipisahkan. Sekarang Sofie suka ketuk kepala Hijaz. Sian Hijaz. Mula2 Hijaz akan ketawa bila kak chiknya buat begitu. Dan kemudiannya akan menangis, sebab ketukan semakin kuat. Sofie juga sangat2 gemar gigit Hijaz. Mungkin geram dengan badan Hijaz yang debab dan gebu tu. Abang2 mereka panggil Hijaz "si donat yang gebu". Hehehe....
Bila Sofie ketuk kepala Hijaz atau gigit badan Hijaz, saya sepatutnya tidak boleh memarahi Sofie. Namun, kadangkala baran saya keluar. Sian Sofie tau. Dia tahu umisofie marah. Masa tu dia akan jauhkan diri dari saya sehingga saya datang padanya peluk dan cium dia. Kalau ada abisofie, confirm umisofie ditolak tepi.
Dan pendekatan yang saya ambil bila Sofie perlakukan Hijaz sebegitu, saya perlu kuatkan kesabaran saya. Saya akan bercakap dengan Sofie yang tindakan dia tak betul. Sofie tak boleh buat adik macam tu. Agak letih jugak... kesabaran sangat2 perlu.... lebih tercabar bila kita sedang sibuk melakukan kerja lain, pandai2 la kita nak mengawal segala emosi. Saya sering berdoa moga Allah tingkatkan kesabaran saya dalam mendidik anak2. Belum lagi 2 anak lelaki yang besar tu....Allahuakbar! Karenah mereka, macam2.
Entry kali ini juga, saya ingin berkongsi kisah 2 anak "kembar tak seiras" saya bila diberi peluang makan sendiri. Semalam, abang sayang saya sediakan steam potato buat anak2 saya. Bila seronok melihat 2 beradik tu makan, dan mereka berusaha untuk makan sendiri, saya beri mereka peluang itu. Lihat saja gambar2 di bawah......
Sofie : Adik, potato ni kita punya tau! Umi dah bagi kita makan sendiri. Jom makan!
Hijaz : Jom....nyum...nyum....nyum.... shedap kan kak.....
Sofie : Adik, makan hati2 la. Tengok tu...kan dan tabur. Nanti umi marah, baru tau!
Hijaz : Adik tengah shedap ni. Nyum...nyum...nyum... kak chik, nanti kak chik shapu tau. Kak chik kan pandai shapu .
Sofie : Ish....adik ni. Ye la, ye la...nanti kak chik sapu. Makan cepat!
Sofie : Apa ni....adik la ni. Makan tabur...habis kena kaki kak chik! (sambil kaki menguis2 kaki sebelahnya, membuang sisa kentang yang melekat)
Hijaz : Hehehe....padan muka kak chik. Cepat kak chik, jom kita habiskan. Nanti abang iwan dengan abang meny datang kacau kita makan....
p/s: perbualan saja direka untuk timbulkan mood membaca. kalau perbualan tak best, abaikan. hehe....
Sebenarnya, bila kesabaran kita sebagai ibu hilang gara2 karenah anak2, telatah dan gelagat anak seperti ini mampu menjadi terapi hati kita. Betul la apa yang sering dikata, anak sebagai penghibur, sebagai pengubat hati yang sedang marah...... kalau tengok gelagat anak2, hilang rasa amarah dalam diri.
izwa pun kdg2 cepat baran dgn syahmi..kesian dia..sbb dia bkn nyer org besar tp budak cm mama dia je yg x sabar..
ReplyDeleteskrg ni abah dia yg bnyk control if izwa marah dia akan bg signal suruh calm down...
cute la dua beradik ni..makan sesama wpun bersepah.. =) ni tak sabo nak anak k2 ni..moga allah beri rezki dalam masa2 ramadan nti.hehe.aminnnn,doakan ye
ReplyDeleteAssalamualaikun fiza,
ReplyDeletemenjaga dan mendidik anak2 ni mmg perlukan byk kesabaran. Tambah2 bila anak2 makin besar. Kita yg 24 jam kat rumah ni mmg kena byk2 sabar (peringatan utk diri sendiri jgk tu he..he..)
Kak sue pun selalu gak baran ngan aina, selalu sangat si aina tu kena marah pastu mulalah dia tersengih2 je nak amik hati ibu dia... saya pulak tak jadi nak marah hihihi...
ReplyDeleteizwa,
ReplyDeletejadi ibu ni sifat baran tu mmg akan wujud. pandai2 kita nak tahan amarah macam mana. rajin2 baca doa hindari sifat baran. insya-Allah bila2 nanti akak kongsikan...
**************************************************************************
kak sue,
betul2 kena sabar,kan? fiza ni kdg2 sampai stress bila tak tahan dgn perangai anak2. ada saje peel mrk. tapi, bila anak2 tak de...tinggal kampung ke, sgt2 rasa kesunyiannya....
***********************************************************************
P/S: KEPADA SEMUA PEMBACA BLOG SAYA, BLOG SAYA SEKARANG ADA MASALAH APA TAH...SAYA PUN TAK TAHU. MAAF YE KALAU SAYA TAK REPLY KOMEN ANDA....SAYA AKAN ATAS RALAT INI.
HANYA 2 KOMEN YG SAYA BALAS DI ATAS SAHAJA YG DISPLAY. YG LAIN TAK DE..MUNGKIN AKAN DATANG BOLEH BALAS
ReplyDelete