Thursday, March 18, 2010

Cuti Sekolah

Assalamualaikum

Ntah kenapa, hari ni rasa nak share la dengan pembaca semua perihal anak bujang saya yang 2 orang tu. Sekarang musim cuti sekolah. Sepatutnya, kalau orang lain musim cuti sekolah ni pergi bercuti luar dari kawasan perumahan supaya anak-anak dapat merasa nikmat bercuti. Tapi, lain pula dengan anak-anak saya. Nak balik kampung pun tak dapat, ni kan pula nak pergi jauh-jauh. Bukan tak nak bawa....tapi, maklum saja, kakitangan awam seperti suami saya sudah kehabisan ongkos. Semua sudah maklum, yang kakitangan awam telah mendapat gaji awal sempena Tahun Baru Cina,kan? Jadi, untuk sampai tarikh gaji sebenar, agak lama. Disitu menguji sejauh mana kita bersabar dan bersyukur dengan apa yang kita miliki. Bagi yang kerja suami isteri, insya-Allah tidak merasai kesempitan wang. Tapi, berlainan pula dengan orang seperti saya yang hanya mengharapkan pendapatan dari suami. Disitulah kita dapat lihat sejauh mana kita perlu berjimat cermat dan bersyukur.

Jadi, sempena cuti sekolah yang hanya tinggal beberapa hari saja ni, anak-anak saya penuhi aktiviti dengan berendam dalam pool...hehe. Pool konon! Bukan apa, kesian tengok anak-anak. Seringkali mengajak, "umi, jom la pergi mandi sungai." "umi, jom la pergi mandi laut... nak main pasir pantai." Sian anak-anak. Nampak sangat dah lama tak bawa dorang bercuti. Maklum saja, bila umi dan abi dorang ni sibuk dengan adik-adik. Mana lagi dengan masalah kesihatan Sofie, mana lagi dengan Hijaz yang masih baby. Ongkos lagi..... Tu yang anak-anak hanya duduk di rumah. Mencipta aktiviti sendiri.

Anak-anak sudah bosan bila saya ajak untuk menulis, membaca atau melukis. Ye la, kalau dah terlalu kerap, tentulah bosan. Akhirnya, sejak semalam, anak-anak mencipta satu aktiviti yang bagi mereka amat menyeronokkan. Tu la dianya...bermain "pool". Saya izinkan, memandangkan "pool" itu sudah setahun tersimpan. Seronok keriangan anak-anak bila saya izinkan. Lihat saja gambar-gambar yang saya ambil ketika mereka bermain. 2 beradik tu bermain bersama seorang rakan, anak jiran sebelah rumah.



Kesian anak-anak umi....nanti la ye...tunggu Sofie dah betul-betul sihat dan pulih, kita pergi jalan-jalan, mandi-mandi sungai, mandi-mandi laut, main pasir pantai, macam yang Ikhwan dan Amniy idam-idamkan.... insya-Allah abi dan umi akan bawa.



Mujurlah anak-anak mudah faham dengan situasi sekarang. Alhamdulillah anak-anak mudah mengerti situasi yang menimpa adik mereka, Sofie Mariah. Abang-abang Sofie ni, sangat sayangkan Sofie. Pernah sekali, saya acah-acah cakap nak beri Sofie pada orang, punya marah mereka. Sayang betul Ikhwan dan Amniy dengan Sofie....dan pada Hijaz.

Pernah beberapa kali Ikhwan dan Amniy tanya pada saya, "umi, kenapa Sofie belom pandai jalan? Aqis tu dah boleh jalan" (Aqis merupakan sepupu mereka yang seusia dengan Sofie). Sebenarnya, hati saya memang sedih bila Sofie dibandingkan dengan kanak-kanak seusia Sofie. Tapi, saya kena terima hakikat siapa Sofie, dan apa masalah Sofie.

Dari awal Sofie dilahirkan, saya dan suami cuba beri kefahaman pada Ikhwan dan Amniy tentang masalah Sofie. Alhamdulillah, semakin anak-anak membesar, mereka semakin faham keadaan. Saya sering terangkan pada anak-anak tentang anak-anak istimewa dan golongan OKU. Setakat ini, alhamdulillah, mereka faham. Namun, dah nama pun anak-anak,kan? Bila berhadapan dengan golongan OKU atau menonton di kaca TV berkenaan golongan ini, ada saja pertanyaan dari mulut mereka.....

Apa la yang saya bebelkan ni. Niat di hati nak bercerita tentang aktiviti cuti sekolah anak-anak saja. Ni dah melalut tah hapa-hapa tah. Hehhe.... Sorry ye!

9 comments:

  1. takpe la fiza...sy dulu..masa kecik2..lg la...jgnkan kata bercuti..nk ke pekan pun setahun sekali tau...anak2 pasti faham nnti

    ReplyDelete
  2. sronok tgk dorang main dlm pool tu

    ReplyDelete
  3. takpe kak, anak2 kecik memang suka bertamnya, lama kelamaan insyaAllah mereka akan faham..

    ReplyDelete
  4. Salam fiza.. sama je kite nak ajak anak2 jalan2 tempat yang best tak dapat.. suami fatihah pun kakitangan gov.. tapi nasib baik kat sini KK pantai dekat jer dari rumah dalam 10-15minit jer.. jadi main tepi pantai jerlah time cuti sekolah ni.

    ReplyDelete
  5. ngeh..ngeh..tu pun pool jugak kan kak..sha baru jer belikan alya "pool" ni..bg dia main puas2..haha..nak bawa pi jln main2 air takde masa..
    seronok tgk anak2 bujang akk tu ber enjoy sakan :)

    ReplyDelete
  6. salam fiza, macam tu la budak-budak, bila kawan pergi bercuti dia pun nak bercuti jugak. samada kita ada duit atau tidak dia bukan tau.
    anak2 akak pun mcm tu, akak dpt cuti jumaat ni, mcm2 plan diorang. tak abis2 nak shopping, dia org ingat kita ni sentiasa bnyk duit, dia kata ibu pergi la kat bank, ambil duit...mcm la bank tu kita punya...
    akak suka tengok sofie ketawa...itu la yang boleh tenangkan hati fiza kan...

    ReplyDelete
  7. Takpe Fiza
    yang penting kerjasama
    dan kita bahagia.
    erm,kalau sebut bab cuti sekolah ni,saya pun tak dapat nak balik.Travel jauh2 tak larat.

    ReplyDelete
  8. Seronoknya berendam..
    hehehe, apa nak buat fiza..
    somi sy pun k/tangan kerajaan, faham sangatlah dengan keadaan fiza nih..
    lama tak singgah, rumah baru la pulak.. :)

    ReplyDelete
  9. alahai...
    memang teringin nak belikan darwisy pool tu...

    tak apa lah fiza.. sama2 lah kita.. asal cuti je, balik kampung je lah.. lagi pulak dah hujung2 bulan ni... :P

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....