Tuesday, July 13, 2010

3 beradik bergembira!

Petang tadi, sangat seronok melayan karenah anak2 saya. Setelah beberapa lama mereka meminta keizinan saya untuk bermain pool, akhirnya, saya izinkan. Punyalah seronok mereka! Melompat bila saya kata, ok la...jom main!. Paling seronok, anak dara saya tu la. Sibuk nak join sekali abang2nya bermain air. 



Tapi, disebabkan Sofie nak masuk sekali dalam pool tu, saya tak benarkan air di isi dengan penuh. Risau kalau Sofie ter....... owh! Tidak! Jadi, had tu la je la air yang boleh di isi. Merungut jugak abang2 Sofie tu bila tak boleh isi air banyak2. Saya, macam biasa bagi pilihan pada mereka. Nak main pool, dengar kata umi. Kalau nak bantah, kita lipat je pool ni, semua tak payah main. Nak kata apa lagi bila umi mereka ni dah kata macam tu. Turut perintah je la....



Sofie, macam biasa...memang seronok bila jumpa air. Sedangkan mandi di bilik air pun seronok, inikan pula mandi dan bermain air dalam pool ini. Selama ini Sofie sekadar melihat abang2nya bermain air.  Kesian jugak, sebab kita tahu Sofie suka main air. Hari ini, umi beri kesempatan pada Sofie untuk merasa sendiri bermain air. Wah...!!!! Sangat2 seronok si Sofie. Abang2 Sofie pun bukan main seronoknya bila Sofie turut serta.


Sofie siap nak baring2 lagi dalam air tu. Saya cukup risau kalau air masuk ke dalam telinga dia. Mulut saya ni tak boleh diam da bila melihat pelbagai aksi Sofie. Nak minum air la, nak baring la, nak berdiri la...macam2 lagi. Ikhwan dan Amniy pulan tak sudah2 menyimbah air ke muka Sofie. Kesian Sofie.....  Waktu ni, Hijaz sedang lena diulit mimpi. Kalau tidak, pasti dia pun turut berendam sekali dalam pool tu. 

Hurmm...mungkin esok lusa, mereka akan meminta izin saya lagi bermain air dalam pool itu. Tengok la keadaan, sama ada saya izinkan atau tidak. 

nota umisofie : habis la bil air bulan ni.....hukhukhukhuk....

9 comments:

  1. Seronoknye main air..best ye sofie, ceria sgt tgk dia, anak2 ammi sara ni pun 'hantu air', pantang nmpk air, hehe..
    takpe umisofie, berkorban skt bil air byk, yg penting anak2 hepy kan ;)

    ReplyDelete
  2. budak2 dan air memang xdpt dipisahkan.. suka betul kalau dapat main air.. dan mak ayah...sabar ajela kene byr bil air nanti :P

    ReplyDelete
  3. bestnya sofie dapat main air..pool Haziq dah rosak..x dapat nak main dah

    ReplyDelete
  4. seronoknya tengok budak2 ni main air..lagi2 tgk keletah sofie...mm, best kan...hariz pun walaupun dia tgh demam skrg ni, kalau ayu ajak dia mandi, NAK aje..alhamdulillah, dah makin beransur sembuh skrg anak2 ayu ni..

    ReplyDelete
  5. hehe kolam ni dewasa boleh join sekali tak hehe. kalau lady masuk sure melimpah air maklum la debab skit skrg ni.. hehe
    :D

    ReplyDelete
  6. biasala budak2 suka main air..just jaga jgn masuk air ke telinga jer.

    ReplyDelete
  7. wahh..seronoknya tgk mereka.
    rasa nak campak aleesya skali la.hehe..

    ReplyDelete
  8. teringin pulak nak belikan pool mcm ni tuk anak2. tp Hafiy takut air hehe. Fahry yg terlebih excited.

    happy to see!

    ReplyDelete
  9. wah...seronoknya main air, zarin nak join boleh???

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....