Dari hari ke hari, melihat perkembangan anak-anak, membuatkan hati saya bagai bunga mekar di pagi hari. Seronok tak terkata.... bila ada blog, semua telatah anak-anak mahu dikongsikan bersama pembaca2 blog ini..
Hari ini, rutin harian saya selain membuat kerja2 rumah, online ( forum, FB dan berblog ), saya juga akan memasakkan bubur buat anak-anak saya yang bagaikan kembar itu. Bubur Sofie dan Hijaz harus di masak berlainan. Mungkin saya ni kategori ibu terlebih rajin....hehehe. Perasan sendiri! (eh, belum tengok bagaimana sifat M saya datang...).
So, hari ini bubur Hijaz bukan bubur kosong seperti yang saya buat sebelum ini. Hampir seminggu Hijaz makan bubur kosong sebagai perkenalan kepada solid food. Nampaknya, semalam, jelas sekali Hijaz menolak. Bila disuakan sesudu bubur, disemburnya ke muka saya. Bertuah anak umi ni, dah jemu yer...
Bubur untuk Hijaz hari ini saya campurkan dengan dengan carrot dan sedikit ikan bilis. Beras untuk bubur, telah saya siapkan terlebih dahulu. Jadi tadi saya hanya perlu campurkan ikan bilis goreng yang telah ditumbuk beserta carrot yang saya tumbuk juga. Sepatutnya carrot ni diblend, tapi, sebab kemalasan saya untuk mengisar carrot di tahap yang paling maksima, saya hanya menumbuknya sahaja. Jangan jadi ibu malas macam saya, yer...
Saya kacau sampai bubur siap dimasak, kemudian tapis. Bila siap semuanya, saya suakan pada mulut Hijaz, nampak sangat keriangannya. Rasa baru buat Hijaz. Sukanya saya tengok Hijaz menganga je minta bubur disuapkan lagi dalam mulut dia. Saya sulamkan dengan air putih. Nanti saya kongsikan gambar yang Ikhwan tangkap.
Untuk Sofie pula, saya masakkan bubur seperti biasa. Kali ini saya campurkan sedikit ikan, carrot dan kentang. Sofie pun nampak selera sekali. Sofie ni jenis makan ikut mood. Kadang2 dia selera, tapi, kadang2 selera hilang. Saya hampir putus asa melihat Sofie. Bila saya ye ye masak bubur untuk Sofie, dia tak nak makan. Akhirnya, Ikhwan dan Amniy yang menghabiskan bubur Sofie. Tapi, untuk hari ini, Sofie amat berselera sekali makan bubur. Saya sedang menaip entry ini, Sofie bermain bersama abang2 dan Hijaz dipangkuan saya menyusu sambil tidur. Tidur kekenyangan.... hehehe.
Ini bubur untuk Hijaz (kiri) dan Sofie (kanan)
Keriangan merasai bubur rasa baru. Sedap,kan, sayang....
Sofie pun selera makan bubur yang umi masak.
Saya teruja nak membuat entry ini kerana Sofie yang dah makin berselera untuk makan. Seronok nak berkongsi cerita Sofie dengan pengikut Sofie ni. Hehehe...., macam la ramai sangat pengikut Sofie,yer.
Masa di wad, bukan main lagi dia... selera sungguh. Sampaikan setiap kali saya bawakan makanan, abisofie terpaksa menyorokkan makanan. Bila balik rumah, selera Sofie terus hilang. Saya tak tahu mengapa. Saya cuba buat sebagaimana di wad, tapi hasil tetap tak menjadi. Sehinggalah semalam petang, Sofie asyik merengek. Pelik juga... abisofie minta saya masakan bubur. Lepas maghrib, saya suapkan bubur pada Sofie. Rupanya Sofie merengek kelaparan. Tu yang hari ni saya excited sangat masakkan bubur Sofie. Saya harap keadaan ini akan berpanjangan. Saya nak sangat tengok berat badan Sofie meningkat lebih lagi. Sekarang berat Sofie dan Hijaz lebih kurang sama. Hijaz 8.3kg, Sofie pula 8.9kg. Mana tak saya katakan mereka bagai anak kembar.....
Ok, tu je yer...jumpa di lain entry!
salam kak fiza... alhamdulillah sofie sihat...
ReplyDeleteseronoknye bace blog akak..
saye belum perkenalkan solid food lagi kat my baby.. umur dah 6 1/2 bulan... ade bace kat blog sape ntah pasal buat bubur. baby name firas kot. tapi belum cube2 lagi.. hehehe rase blur2 lagi.. kalaulah ade org sudi tunjuk sebijik sebijik depan mate.. hahahha
nanti nak tiru kak fiza ngn mama firas.
kan dah kata akk haku ni mmg rajin org nye..heheh..
ReplyDeletesy pon antara pengikut setia sofie ok..ala2 fan la tu :p
alhamdulillah sofie semakin sihat :)
miumiu,
ReplyDeleteoh, blog kak hana seman tu....tau2. akak pun belajar dari dia gak. amik ilmu yg diperturunkan.
lebih kurang la baby kita,miumiu. Hijaz pun dah 6 bulan lebih. dah nak masuk 7 bulan dah ni. try la bagi bubur kosong dulu kat baby...
selamat mencuba!
*************************************
ish ish sha ni...
memandai je kata akak ni rajin yer...hehehe, memang rajin pon. kuwang, kuwang.
oh...terharunya, sha peminta sofie ker.... nak kena peluk cium sofie utk sha ni.
lady pun tumpang gumbira tengok dorang berselera makan... :)
ReplyDeletebiasala budak2...kejap2 makan banyak...pastu sikit plk..
ReplyDeletetp badan hijaz tu hai!!! kemain debab dah tu...sedap digomol..hehehe
comellss dua beradik ni makan.selera ye,umi masak sedap ye..
ReplyDeletebes tgk kalu anak selera makan..hati kita pun senang
berselera sofie ye...semoga dia semakin sihat :)
ReplyDeletetgk bubur yg fiza buat, tringat time anak2 masih kecil dulu...awal pg dh prepare bubur..sbb pg2 lg dh nk bergegas ke tmpt keje.
hehe..aduss byk keja nk siapkan bubur ye..spesis tora yg malas ni..cne ye bila ada anak..tp tgk bdk2 tu mkn sonok pulak ye ;p
ReplyDeletenak ajak cik lady makan sekali...meh la cik lady.
ReplyDelete******************************************
kak ieda,
kerja fiza tiap hari, lepas mandikan hijaz, mmg fiza dok gomol badan dia. terkekek dia ketawa.
*****************************************
ashra,
nak melayan budak 2 ni mmg letih, tapi, lepas dorg dah kenyang makan, pastu tido, seronok sangat tengok. tak sia2 aku masak. hehe..
****************************************
mysdear,
sofie sekarang makin sihat, alhamdulillah....tang makan, ikut mood.
*****************************************
miss tora,
haaa...ni nak kena belajar jadi rajin sikit. kang ada anak sendiri, automatik rajin tu datang. hehe...
Fiza,
ReplyDeletecarrot tu takyah blend/tumbuk pun takper.
Time masak bubur tu, potong carrot kecik2, masak sekali. nanti dia empuk.
Senang nak lecek dan tapis.
Bilis tu goreng sangai dulu. Jangan goreng minyak lagi. tak sesuai buat hijjaz.
Nanti akak free akak update camne nak prepare..
makanan kat wad terutamanya HSB memang sedap. gamaknya sofie dah terlalu biasa dengan keadaan hospital kot. tu selera dia lain macam sket.
ReplyDeletesalam kenal,
ReplyDeleteseronok dgr anak2 suka nak makan ^^ nnti time tak mau mkn sure susah hati balik, jgn putus asa, suap je apa2 mknn pun. nnti dah merasa sket, ntah2 tak cukup lak ^^