Sunday, May 02, 2010

Hujung Minggu Yang Mencabar (mencabar sgt la tu...)


Oh! Baru teringat...hari ni dah masuk 2 Mei, tapi saya langsung belum update blog ini sejak dari 1 Mei semalam. Ini bermakna, sejak masuk bulan Mei ini, blog saya masih belum dikemaskini. Fuh! Nasib baik baru 2 Mei. Sempat lagi nak kejar. Saya bertekad ingin mengemaskini blog ini satu hari satu entry. Bermakna, sebulan saya dapat sekurang2nya 30 entry. Dapat tak yer....??? (eh, apa yang saya melalutkan ni???)

Cerita hujung minggu keluarga saya..... semalam, 1 Mei, saya sekeluarga menuju ke Behrang. Ada kenduri marhaban anak saudara baru saya. Usianya sudah 44 hari. Saya sangat lambat untuk melawat anak saudara saya yang satu ini rentetan kesibukan Sofie menjalani pembedahan jantung bulan lepas. Sudahnya, barulah semalam saya dapat membelikan hadiah buat si comel. Oh yer, namanya sedap tau.... berkenan saya dengan nama dia. Aisya Zinnirah. Nanti saya kongsikan gambarnya.

Gembira bila kita ke kenduri saudara ni bilamana kita berjumpa sanak saudara dan anak-anak buah. Rindu sangat pada wajah anak-anak buah yang comel dan melihat keletah mereka yang melucukan. Sempat juga saya mengambil gambar anak-anak buah saya yang cantik dan comel itu. Ok, sekarang, mari kita layan gambar2 anak2 buah saya yang comel dan melucukan....

Yang pakai tudung biru tu, MIL saya, sedang memangku Aisya Zinnirah. Yang pakai tudung coklat tu makcik saya.

Inilah Aisya Zinnirah. Anak buah baru....

Sebahagian dari anak-anak buah saya yang seronok bila Mak Langnya (panggilan mereka pada saya) ini memegang kamera. Anak buah yang lain, mana tah.... sibuk bermain.

"Mak Lang, nak lagi...."

"Pak Lang, nak ambik gambar dengan Mak Lnag pulak!" Saya suka melayan celoteh anak buah ini. Ulfa namanya, sangat comel dan cute. Mulut pun boleh tahan..... Pipi sangat chubby. (eh, apesal Mak Lang nampak gemuk ni, Ulfa. Tak boleh jadi ni. Usaha harus digandakan)

"Ulfa nak lagi"..... Eh, dia ni lagi....suka betul si Ulfa ni bila Mak Lang pegang kamera. Hehehe....

Ok, cukup la tepek gambar budak2 tu. Anak-anak buah yang lain tah ke mana. Tu je la gambar2 anak buah yang sempat dirakamkan.

Sebenarnya, saya agak keberatan untuk ke kenduri itu. Sebabnya, ntah kenapa anak saya, Amniy dan Sofie demam serentak. Tapi, saya gagahkan juga....risau juga Sofie mengamuk kat tempat kenduri nanti. Rupa2nya, bila sampai sana, bukan Sofie yang mengamuk. Tapi Hijaz pula yang menangis tak berhenti. Hati saya punyalah risau. Hijaz tiba-tiba demam. Badan Hijaz agak panas. Aduh.... lepas satu demam, satu lagi demam. Dugaan sungguh! Mujurlah saya datang marhaban dah selesai, dan orang ramai dah balik. Yang tinggal hanya kaum keluarga sahaja.

Minggu ni sangat menduga saya dan suami. Semuanya gara-gara anak-anak demam serentak. Tapi, semuanya demam bersebab. Amniy demam kerana bermain hujan. ( tu la Amniy, kan umi dah cakap, jangan main hujan, Amniy main juga. kan dah demam... ish! ish! budak ini!- gaya ibu cekak pinggang memarahi anak)

Sofie juga demam tiba-tiba. Saya syak Sofie terkena infection dari luka bedah yang tiba2 aktif kembali. Ntah kenapa, kesan parut Sofie sedikit bengkak, dan bernanah semula. Saya jadi risau. Saya syak saya yang salah. Mungkin kerana semasa saya memandikan Sofie, air terkena pada luka yang masih belum kering sepenuhnya. Takut ada jangkitan kuman dan menyebabkan Sofie demam.

Hijaz pulak demam kerana tumbuh gigi. Gigi bawah Hijaz dah tumbuh sebatang. Lagipun saya perasan, anak bongsu saya ini kerap demam bila usia Hijaz nak naik bulan. Hari ini 2 Mei, Hijaz genap 7 bulan. Bulan-bulan lepas pun macam tu juga. Tiap kali usia nak naik bulan, dalam 2 atau 3 hari sebelum tu mesti Hijaz demam. Tu kata orang2 tua la...tak boleh nak percaya sangat. Tapi secara kebetulannya, begitulah. Mak saya juga kata begitu. Wallahu a`lam.

Sesungguhnya, minggu ini minggu agak mencabar bagi saya dan suami kerana ujian Allah ini. Kadang2 saya rasa, saya lebih kuat dan sabar apabila berhadapan dengan masalah kesihatan Sofie yang besar berbanding bila anak-anak lain demam sikit2. Anak-anak ni, bila demam, yang dah besar pun nak jadi macam budak kecik. Yang kecik dah tentu la.... masalah timbul bila Amniy suka merengek. Kesian sangat dengan dia. Saya dan suami sampai tak terlayan Amniy ketika Amniy demam, lenguh kaki, kesejukan..... sampaikan saya minta suami beri layanan pada Amniy. Biar saya handle Sofie dan Hijaz.

Suami seorang yang sangat penyabar. Saya risau, kalau saya yang handle Amniy, saya akan jadi baran. Maklum saja, dengan 2 anak kecik yang mengalami masalah yang sama. Bila hati menjadi panas, mudah sangat syaitan cucuk supaya saya memarahi anak lain. Itu sebab kalau saya rasa geram dengan anak, saya minta suami yang menangani masalah anak. Saya takut, saya akan dengar hasutan syaitan.

Wallahu a`lam....itu saja untuk kali ini. Jangan jemu baca cerita umisofie yer.....


6 comments:

  1. salam ziarah...
    seronoknya bila berkumpul ramai2 ni kan...
    semoga anak2 fiza cepat sembuh...
    salam peluk cium utk sofie... muah

    ReplyDelete
  2. berkumpul bersama keluarga besh jugek ye :) rindu keluarga kt kpg...

    ReplyDelete
  3. wah meriahnya... seronok bila berkumpul ramai2 gini kan... hugs n kisses untuk sofie...
    :)

    ReplyDelete
  4. anak2 tak sihat ke kak?hope diorg da sihat..luka sofie masih bernanah ke kak?refer klinik amik antiseptic ke..cewah..risau plak :p
    ku sgt teringin jumpa sofie dan ummi nya yg da bulat tang pipi itu :p

    ReplyDelete
  5. mmg bes la nama aisya zinnirah.saya pun berkenan.hehe.

    ok anak2 malam2 ni?le tido?mmg mencabar jaga anak2 tgh sakit ni.saya yang sorang anak ni pun,kdg2 rase tercabar melayan kerenah demamnya.ye lakan,kita yang besar ni sakit pun ngader2.ni kan pulak budak2 kecik.

    hope anak2 k.fiza sembuh cepat ye..

    ReplyDelete
  6. cantik nama anak buah baru kak Fiza tu..harap akak & anak² get well soon ye

    p/s ; mmg akak nampak berisi sikit dlm pic tu heheee jgn marah ye itu tanda hati senang lalalalalala

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....