Wednesday, June 16, 2010

Cuti Sekolah Yang Best!


Wah! Sangat excited nak bercerita tentang percutian yang singkat dan menarik keluarga saya. Cuti sekolah kali ini digunakan sebaik mungkin bercuti bersama keluarga dan anak2. Tidak la anak2 bosan. Tak de la asyik memerap di rumah, sekadar menonton tv.... yang penting, anak2 terhibur. Begitu juga dengan saya, dapat juga luaskan minda yang asyik menghadap dapur....hehe.

Cuti sekolah, saya pulang ke kampung. Kampung saya tak la jauh mana pun, di Sabak Bernam. Lebih kurang 2 jam dari tempat tinggal saya. Amat seronok! Petang Jumaat yang damai dan mendung, kami sekeluarga berjalan-jalan di Pantai BNO ( Bagan Nakhoda Omar). Terletak di daerah Sabak Bernam. Tempat yang amat sesuai untuk menikmati pemandangan laut. Dapatla cuci mata......

Suami dan 2 hero saya...sibuk nak mencari lala...

2 si kecil saya....sedang asyik menikmati hembusan angin pantai.... angin sangat kuat dan damai. Si Sofie, menjerit keriangan bila angin tiup...... Saya di mana? Hehe...tukang ambik gambar ler.

Esoknya Sabtu, saya dan keluarga berjalan lagi. Memandangkan PIL saya sibuk menghadiri kenduri kahwin yang banyak, kami ambil kesempatan ini berjalan. Bawa anak2 bergembira. Jalan punya jalan...tak sedar, kereta menghala ke Perak. Akhirnya, pakat2 dengan suami, terus menghala ke Lumut. Sudah agak lama saya tak sampai ke Lumut. Kali terakhir saya ke Lumut sewaktu mengandungkan Amniy. Makanya, Amniy pun dan berusia 4 tahun.....huh! Sungguh lama! Anak pun 4 orang, baru berkesempatan berkunjung ke Lumut lagi. Tu yang excited sangat tu..... Layan gambar je la yer....


Lumut ni merupakan bandar pelancongan dan maritim. Kami menuju ke Terminal Jeti Wing. Sangat ramai pengunjung. Maklum saja, terminal pelancong untuk ke Pulau Pangkor dan musim cuti sekolah. Kami tak la Pulau Pangkor. Sekadar berjalan2 di kawasan terminal, melihat laut, kapal yang berlabuh, berjalan2 di kedai sambil memenatkan kaki....... Jom kita layan sedikit gambar....

Di Dataran Lumut.... bergambar dulu 5 beranak.... (sila abaikan penulis blog yang dah semakin bolat tu yer...)

Wah! Sofie keriangan melihat kapal dan excited nak main air laut. Tapi, tak boleh main...hehe. Bertepuk tangan je la....

Anugerah hati saya..... si debok Hijaz je tiada, sebab bersama saya. (eh, suamiku berselipar surau...)

Menara yang cantik..... di terminal Jeti.

Inilah Terminal Jetty Wing..... masa ni umat manusia tengah ramai. Tapi, macam tak nampak orang pun,kan?

Sebelum balik, sempat singgah ke Marina Wing. Berdekatan dengan Jetty Wing. Best! Sangat damai...

2 hero....sempat bergambar di 'frame' seafood yang menarik.

....dan, di sauh gergasi ini...sibuk sangat 2 beradik ni nak bergambar di sauh ini.

Akhirnya.....kami akan pulang. Sebelum pulang, posing dulu si penulis bersama si kecil yang umpama kembar....hehe.

Anak-anak sangat seronok, walau tidak bercuti di tempat yang jauh, tapi, anak-anak tetap bergembira. Menjelang petang, kami dah nak berangkat pulang ke Sabak Bernam, anak sulong saya, Ikhwan berkata, "Ala...umi, dah nak balik ke?" Saya jawab, " Ye la....lain kali kita datang lagi." Yang penting, bila masuk je kereta, 4 beradik tu semua kepenatan.... akhirnya, mereka semua lena diulit mimpi dalam kereta. Perjalanan pulang pula diiringi hujan yang agak lebat.... jadi, sangat seronok kalau tidur. Saya tak boleh tidur, saya jadi peneman suami yang sedang memandu.....

p/s: banyak pula saya tepek gambar kali ni yer....kalau boleh nak tepek byk lagi. kongsi dgn semua...tapi, nanti kouta gambar dalam blog saya habis pulak. Hehehe......

14 comments:

  1. seronoknya anak-anak ini dpt bercuti..happy sgt muka mereka dpt bersama family

    ReplyDelete
  2. yess..seronok nyer...!!
    izwa pun bwk anak2 pg PD..syokk sgt..padahal anak kecik je lagi mak nyer yg lebih.hehehe...

    ape pun kiter seronok biler anak happy btul x kak?

    ReplyDelete
  3. amboi.... terus ke lumut tu... percutian tanpa dirancang sebenarnya lebih hebat kan? terserlah kegembiraan dalam gambar lima beranak tu... :D

    ReplyDelete
  4. seronoknya tengok gambar fiza bercuti ngan anak2...best..best...
    lumut mmg best..lama betul ayu tak kesana walaupun mmg org perak..

    ReplyDelete
  5. syoknya kan...as long as bersama family tersayang..kemana2 pun best..kan kan kan

    ReplyDelete
  6. lama tak jumper..hehe

    besnye gi Lumut. tempat saya membesar dulu tu.ayah navy kan..emm..rindu sgt lumut. mesti da makin maju dan cantik.

    ReplyDelete
  7. Salam Fiza.hi hi ayat terperap kat dapur tu teringat suami sakat akak. Dapur ni hari2 kita tengok dan uruskan, kan Fiza..menuntut kesabaran yang bukan sedikit.

    Bestnya Fiza dapat jejalan dgn hubby dan anak2. Akak cuti minggu pertama lalu jejalan dengan ibubapa dan adik2 akak dan anak2 je. tapi nak jejalan pun kena tengok juga tempat tu mesra oku ke tak,kalu tak akak cuma dudyk dalam kete je.

    Suami takde cuti.Akak pun dah lama tak ke S. Bernam dan Lumut. cantik kan Lumut waktu malam...

    ReplyDelete
  8. wah syoknya kutip lala, lady rajin gak kutip kalau ke pantai dulu, kalau banyak rebus dengan serai uwaaa sedap kan..

    ReplyDelete
  9. kak nieda,
    kalau bergi bercuti, anak2 paling gembira...sebenarnya, makpun gembira lebih. sgt excited!

    **********************************************************************
    izwa,
    mmg betul pun izwa....
    sgt seronok! rasa nak pergi bercuti tmpt lain pula...

    **********************************************************************
    rizziela,
    terima kasih atas kunjungan...
    mmg seronok...hehe

    **********************************************************************
    kak sya,
    percutian tanpa dirancang....hehe. mmg pun. tak semena2 lumut jadi pilihan...tapi, mmg seronok!

    **********************************************************************
    ayu,
    org perak ke?
    seronok juga percutian tanpa dirancang ni....budak2 lebih lagi. tapi, maknya lebih2 seronok...

    **********************************************************************

    ye kak della...
    mmg syok sgt.
    kak della pun baru habis bercuti,kan?

    **********************************************************************
    ashra membesar di lumut yer...
    haah...lumut makin maju skrg. cantik dan penuh dgn manusia...

    **********************************************************************
    lumut waktu malam cantik ke kak ummu?
    fiza tak pernah pergi waktu malam. oh! satu hari nanti nak kena pergi jugak, tgk pemandangan lumut waktu malam....

    **********************************************************************
    lady,
    anak2 akak mmg suka kutip lala...kalau pergi pantai tu, mmg tu la keje dorg.

    ReplyDelete
  10. syoknya...dapat bawak anak-anak jalan...hijaz bambam betulla...sofie pun bukan main lagi seronok..alhamdulilah..

    kami pun nak jalan-jalan ke melaka dan PD awal bulan depan..anak kecil lagi, tapi mama dia yang terlebih..jalan-jalan cari makan..eheheheheh

    ReplyDelete
  11. sofie nampak tembam sekarang..

    ReplyDelete
  12. besnyer anak2 bercuti..sy dh lama plan nak pi lumut tapi smpi skrg blm berkesempatan nak pegi..suami sibuk..insyaallah,1 hari nanti sampai jugak...dulu last pegi tahun 2003..lama dah..

    ReplyDelete
  13. wah ida nak PD n melaka? seronok tu. saya belom samapi sana lagi. insya Allah satu hari nanti nak bawa anak2 ke sana juga. selalunya mmg semangat mak pun lebih, sama dgn anak...hehe..

    **********************************************************************
    kak ieda,
    sofie mmg makin tembam. jari2 dia pun dah tembam sangat. geram....rasa nak gigit jer...

    **********************************************************************
    atun,
    kalau ada kesempatan masa, pergilah ,atun. seronok! anak2 akak sampai tak mo balik...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....