Friday, June 04, 2010

Sihat sudah semuanya!


Salam perjuangan sahabat sekelian,
Alhamdulillah, dengan izin-Nya, saya dan anak2 telah dikembalikan nikmat sihat. Syukur, Allah sayang pada kita. Setiap ujian dan dugaanNya kita perlu hadapi dengan sabar dan redha. Ada hikmah di sebalik ujian yang Allah timpakan pada kita. Walau dalam keadaan apa sekalipun, janganlah kita putus harap atas bantuan Allah. Allah Maha Penyembuh.

Walau kita melakukan pelbagai usaha, walau kita telan pelbagai ubat, walau kita jumpa banyak doktor, dukun, bomoh atau ustaz....ingatlah, semuanya di tangan Allah. Andai Allah tak berkehendakkan kita sihat, maka kita akan terus menanggung kesakitan. Jangan terus berputus asa, teruskan berusaha, berdoa dan bertawakal.....

Di pagi Jumaat yang sangat damai ini, saya ingin melahirkan rasa kesyukuran saya kerana kedua2 anak lelaki saya, Ikhwan dan Amniy sudah semakin sihat. Ikhwan masih ada sisa batuk. Amniy pula semakin aktif setelah seminggu terlantar kesakitan. Ya Allah, syukur sangat melihat anak2 telah kembali bermain dan sepahkan rumah. Saya ni sebagai ibu, sampai rindu pada anak2 yang suka punggah barang dari setor. Rindu nak tengok Amniy berlari satu rumah berkejar2an dengan Ikhwan. RIndu nak tengok Amniy bermain bola bersama teman2 di luar rumah. Akhirnya, doa saya dimakbulkan......

Saya juga semakin sihat. Nikmat ini tak kan saya sia2kan. Saya akan terus berbakti untuk keluarga saya. Terima kasih yang tak terhingga atas usaha dan pengorbanan tak berbelah bagi dari suami tercinta. Dia banyak memberi saya kata2 semangat dan perangsang. Dia banyak membantu saya saat saya kesakitan. Dia juga kurang tidur malam kerana membuatkan air Yassin buat minuman anak dan isteri. Sungguh, saya sangat terharu dengan pengorbanannya. Terima kasih, abang!

Sebenarnya, macam2 yang saya usahakan bagi mengembalikan kesihatan saya. Selain makan ubat yang diberi oleh doktor, saya juga makan madu campur minyak habbatus sauda`, saya minum susu kambing (Hi-Goat), air zam-zam (dah berbotol2 saya habiskan), air musoffa, saya sapukan minyak habbatus sauda` pada tempat yang bengkak. Alhamdulillah, bengkak makin surut. Sakit berdenyut masa Hijaz menyusu pun dah hilang. Hijaz pun dapat menyusu kedua2 belah B saya dengan tenang dan selera sekali.

Hari ni, last day sekolah. Cuti sekolah akan tiba.....perancangan untuk cuti sekolah ni masih belum ada buat anak2. Anak2 dah menanti, mana arah tuju cuti sekolah ini? Mandi pantai? Balik kampung? Atau cuti2 Malaysia...ahaks.... nak cuti2 Malaysia bajet kena cukup yer. Apa pun kita tunggu je.....

Ok, jumpa lagi. Terima kasih pada semua sahabat yang tak putus mendoakan kesejahteraan saya....

8 comments:

  1. bila cuti sekolah masa kecik2 dulu selalu mandi pantai..
    best ape..free jek :D

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah dah sihat semuanya..seronok dengar..k.Fiza memang seorang ibu yang tabah dan kuat semangat..nak jadi mcm akakla..

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah, dah sihat fiza dan anak2...
    cuti sek dah bermula, nak bawa diaorg ke mana2 ke...selamat bercuti ye ^_^

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah...semua dah sihat...;)

    SELAMAT BERCUTI fiza...!!

    ReplyDelete
  5. alhamdullilah
    semuanyer dah sihat...
    nuyue baru sempat baca celoteh akak...

    ReplyDelete
  6. krsty, atun, ayu, kak fisa, nuyue, sasha....
    terima kasih atas keprihatinan kalian. saya sgt hargai...

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah..hepi dgr semua nye da c'hat..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....