Friday, October 29, 2010

Sofie - Terapi pertuturan kali kedua.

Entry saya yang ini, mendapat banyak respon sama ada melalui cbox atau ruangan komen. Terima kasih atas kesudian anda semua membaca entry yang tak seberapa itu. Ada macam2 pendapat dan pandangan, saya terima dengan rela hati, walaupun ada yang beri pandangan pahit. Huhuhu... tak mengapa, itukan pendapat masing2. Jangan salah faham dengan saya ye, saya tak mahu mencari publisiti, saya sekadar berkongsi cerita yang mungkin boleh dijadikan panduan untuk kita semua. Seperti yang saya katakan, saya masih belum berjaya sepenuhnya....

Ok, cukup bercerita tentang entry lepas. Sekarang suka saya untuk berkongsi cerita tentang Sofie. Sofie jumpa juruterapi pertuturan, perjumpaan untuk kali kedua. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Usia Sofie sudah hampir 3 tahun. Sofie masih belum boleh bertutur seperti kanak-kanak sebayanya. Adakalanya, saya rasa sangat2 teringin mendengar dia bercakap.

Untuk perjumpaan kali kedua ini, Sofie masih lagi diberi permainan. Juruterapi memberitahu, latihan Sofie untuk sekarang ni, banyakkan bermain sambil bercakap. Saya perlu lebih tumpuan pada Sofie. Kesian Sofie, kadang kala di rumah Sofie bermain sendirian, kerana saya sibuk dengan tugasan rumah. Andai punya waktu bersama Sofie, peluang untuk berkomunikasi dengannya, saya tak kan lepaskan. Lepas ni saya harus membeli lebih banyak alatan permainan buat Sofie, supaya permainan Sofie boleh di pelbagaikan.


Video Sofie ketika melayan baby doll makan dan minum....

Di rumah tiada baby doll... perlu ke saya membelinya? Mungkin perlu, sebab Sofie anak perempuan. Perlu ajar dia untuk kasih dengan baby,kan? Melalui baby doll, Sofie boleh belajar untuk gerakan tangan dan kaki. Melalui baby doll, Sofie boleh main masak2, melalui baby doll juga, Sofie boleh main mak-mak. Hehehe...harus saya mencarinya. 

Dan saya mahu juga belikan set permainan peralatan masak buat Sofie, mungkin juga set permainan peralatan rumah. Mmmmm...harus difikirkan ongkosnya juga. Segala benda nak dibeli. Adeh.... kenapa tidak gunakan segala yang ada di rumah jer. Sudu, pinggan, cawan, dah ada di rumah. Iron, kipas pun dah ada. Mesin basuh, peti sejuk juga dah ada. Ala...yang saya nak beli ni kan utk permainan Sofie. Fiza ni terlalu berkira yer.....

Sebenarnya, mahu mengajar Sofie ni tidaklah susah sangat. Perlu ulang-ulangkan ilmu supaya ilmu boleh terus melekat di kepalanya. Dan paling penting sabar perlu ada. Saya perlu tingkatkan kesabaran saya....Saya amat berharap, Sofie mampu bertutur seperti kanak-kanak normal satu hari nanti.

Sofie dah merengek penat...nak balik. Lambat pulak tunggu kad biru dipulangkan pada Sofie....

Aksi2 Sofie ketika saya sedang update entry ini, sambil menunggu upload video selesai
Sungguh sibuk dia nak menolong umi.

6 comments:

  1. sofie boleh...kalau guna video2 kat you tube ke kak atau tunjuk video2 yg simple2 ok ke kak?tp kalau ada permainan masak2 bestnyaa..

    ReplyDelete
  2. sungguh mencuit hati gelagat sofie ni..go sofie, go sofie, hikhiik..

    ReplyDelete
  3. kak fiza. comel nye sofie ni.
    comel sgt. geram pulak tgk dia.
    pandai. hehe
    sunguh tu main macak2.

    ReplyDelete
  4. banyakkan aktiviti merangkak, flash card dan pengulangan kata-kata.

    insyaAllah ok.

    ReplyDelete
  5. Gud Sofie...semoga terus cemerlang..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....