Wednesday, November 24, 2010

Kek Coklat Hitam Lembap

Salam semua....
Nak kongsi satu lagi resepi yang saya sempat buat utk Aidiladha yang lepas. Saya ni bukalah rajin sangat nak buat kek2 ni. Untuk pengetahuan, ini ialah kek pertama seumur hidup saya...kihkihkih. Amat dahsyat saya ni,kan? Sebabnya, saya amat bosan dengan kek sebenarnya. Umi saya sendiri punya kedai kek, dan dari kecik saya dok menghadap umi saya buat kek. Jadi, bila dah besar sikit, rasa nak buat kek langsung tak de, sebab dari kecik sampai besar hadap benda2 tu. Hahahaha.... (panjangnya mukadimah ye!)

Jadi, dalam usia 29 tahun ni, ini kek pertama saya buat. Dengan bangganya saya persembahkan:


Kek Coklat Hitam Lembap.
Bahan2:
2 cawan tepung gandum 
1 cawan serbuk koko
1 sdk bikarbonat soda
*semua bahan2 ni diayak...
3 biji telur
2 cawan gula (saya kurangkan sikit, jadi 1 3/4 cawan jer)
1 cawan Milo (saya gunakan minuman koko)
1 cawan minyak jagung (nak guna minyak masak pun boleh)
1 1/4 cawan air + 3 sudu besar susu pekat

Cara Membuatnya:
- Tepung, serbuk koko dan bikarbonat soda diayak terlebih dahulu, dan asingkan.
- Pukul telur dan gula (saya pukul guna cara tradisional sebab tak ada mixer, penat weeee, excercise tangan sungguh!)
- Bila gula dah kembang, masukan campuran air dengan susu pekat, kacau hingga gula betul2 hancur. (sekali lagi tangan ni excercise!)
- Kemudian, masukan bahan2 yang sudah diayak, dan kacau rata.
- Masukan Milo dan minyak masak, kacau rata lagi.
- Bancuhan dah rata, masukan bancuhan ke dalam loyang.
- Bancuh 1/4 cawan Milo dengan 3 sudu air, dan tuangkan bancuhan Milo ini ke atas bancuhan tepung tadi.

*sebelum masukan bancuhan tepung dalam loyang, panaskan loyang terlebih dahulu (kukus).

- Kukus bancuhan kek antara 1 jam atau sehingga masak. Saya kukus 1 jam 30 minit.
- Nak tahu masak ke tidak, cucuk dengan lidi. Kalau lidi tu bersih je masa di tarik keluar, maknanya kek sudah masak.
- senang yang amat mahu buat kek ini yer.... Selamat Mencuba!

12 comments:

  1. Salam Umi sofie
    sedapnya kek tu
    sekali imbas macam kek gula hangus, kan Fiza.

    ReplyDelete
  2. o'oo.. anak tauke kek upanya... bestnya kek tu

    ReplyDelete
  3. sedapnya...boleh cuba lepas nie. :)

    ReplyDelete
  4. sure la mantap gile kek akak ni sebab mewarisi genetik mak ...

    ReplyDelete
  5. anak2 mesti suka kek coklat ni..yummy

    ReplyDelete
  6. Nampak cam sedapkan tapi saya bukan penggemar kek huhuhu...

    ReplyDelete
  7. salam kenal Fiza,

    inilah satu2 kek yg ibu suka buat dan selalu buat..

    ReplyDelete
  8. sy pula mmg gemar kek coklat. mmg tgh cari resepi kek coklat kukus, mmg kena pki susu pekat ek..x suka sgt, blh tukar ke susu cair ke hehehe

    ReplyDelete
  9. umi saya tak paham dengan instruction akhir lah maksud dia setelah dibncuh 1/4 cawan milo dengan air. campuran ini dituang atas adunankek sebelum dibakar ker? tuang secara rawak ker. lagi satu satu cawan milo tuh serbuk milo yer? 1 1/4 cawan ? +3 sudu susu? 1 1/4 cawan air yer? harap dapat jawab tq

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....