Friday, May 07, 2010

~Amniy Dan Coklat Cair~

Saya tak tahu cerita apa yang saya nak kongsikan di sini. Sejak akhir2 ini, idea untuk menulis di blog ini semakin merudum. Fikir punya fikir, saya ingin berkongsi tentang gelagat anak kedua saya. Memang lucu dan menghiburkan hati....harap dia tak buat perangai macam ni kat tempat lain. Buat malu umi dan abi dia jer.....

Pagi tadi saya mencairkan coklat untuk dibuat sapuan pada roti. Jemu dengan sapuan kaya, mentega dan jem. Sesekali makan roti dengan coklat, alangkah nikmatnya. Saya memang menggemari coklat. Nak beli sapuan coklat yang berada di pasaran, aduhai....amat mahal sekali. Saya ni jenis agak berkira. Maklum saja, anak ramai, semua semakin membesar dan kuat makan. Bayangkan, dalam botol kecil jer, harga dah mencecah hampir RM10. Dalam 2 hari, pasti habis!

Jadi, hari ini, saya buat sendiri. Cairkan coklat dengan susu UHT low fat. Masak punya masak, maka coklat yang sudah dicairkan itu pun siap. Anak saya, Amniy dah sibuk nak makan. Amniy ni pun 'hantu coklat' juga. Sama dengan umi. Saya masukkan coklat cair tadi dalam bekas.

Setelah itu, saya letak periuk yang saya gunakan untuk mencairkan coklat tadi ditepi sinki. Saya ke dapur depan semula. Kemudian, saya ke dapur belakang untuk membersihkan dapur. Apa yang saya lihat, Amniy sedang duduk bersila di tepi dapur sambil memegang periuk tadi, sambil tangannya mencalit lebihan coklat dalam periuk itu. "Ya Allah, Amniy.!" Dia sengeh jer memandang saya. Lastnya, saya kata, "lantak la....." saya bergegas mengambil kamera untuk merakamkan aksi Amniy. Dia selamba jer...... di sini saya kongsikan gambar gelagat Amniy mencalit periuk sambil membersihkan periuk kecil itu....bagi saya, dia memang lucu. Saya harap dia tak buat perangai ni di rumah orang lain.....hehe...

Amniy...selamber je dia.

Calit yer....bersihkan periuk tu!

Tengok la tu....habis 5 jari digunakannye....comot sangat!

Ya ampun!!!!! sampai ke lengan coklat tu.
Budak ni....!!!!

Ini ialah coklat sapuan yang akan digunakan untuk disapu pada roti.
Sedap sangat....!!!!! Untuk pagi tadi saja Amniy dah habiskan 4 keping roti makan bersama coklat yang saya buat.......

Ok, setakat itu dulu cerita yang ingin dikongsikan pada hari ini.....jumpa di lain entry yer!

5 comments:

  1. rajinnya kak fiza... mesti sedap ni cicah roti kan...

    ReplyDelete
  2. saya pun peminat no1 coklat.

    wahh..amniy.hingga menjilat jari mkn coklat ye.
    tak le slalu tau,nti gigi rosak,kalu umi mkn slalu tak pe.hehehe..

    ReplyDelete
  3. lady,
    demi anak, kena rajin...hehehe

    ************************************************
    ashra,
    umi tak pe yer? hehehe...
    sedap coklat mkn dgn roti,kan?

    ReplyDelete
  4. wah...idea yg baik ni kak..guna coklat masakan tu kan?then masukkan sus uht tukan?(eh tetiba tanya resepi plak..haha)kalau daku pun ku sental benda tu :p

    ReplyDelete
  5. sha,
    betul la tu...akak guna cooking choc, cairkan dgn susu UHT. tekni double-boiler...jgn masak terus, nnti hangit tak sedap!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....