Semalam saya ada beritahu luka pembedahan Sofie bengkak dan bernanah. Saya semakin risau, jadi malam tadi, saya mengajak suami bawa Sofie ke klinik. Doktor kata, keadaan Sofie tak apa2, bernanah di bahagian luar saje. Doktor cuma mencuci dan menampal dengan satu kapas apa tah, kapas tu katanya boleh menyerap nanah yang terkeluar. Doktor juga memberi antibiotik untuk Sofie minum. Aduhai, anak dara saya ni punyalah susah nak makan ubat. Ubat lagi... mungkin sebab Sofie dah terlalu banyak menelan ubat, menyebabkan Sofie bosan dengan keadaan itu.
Sebelum ni, ada yang syorkan saya bubuh minyak habbatus sauda`, saya bubuh. Tapi keadaannya tak memuaskan hati, malah nampak semakin teruk. Doktor tak kata apa pun. Cuma suruh minum antibiotik sampai habis. Harapan saya keadaan ini tak melarat sehingga menyebabkan Sofie perlu ke IJN lagi. Yang membuatkan saya bimbang, masa saya berkampung di IJN, ada seorang bayi terpaksa admit semula kerana nanah dah merebak sampai ke dalam. Risaunya saya! Harapnya, Sofie tak perlu menghadapi semua tu lagi. Saya serik melihat Sofie berselirat wayar tah hapa2, saya serik melihat Sofie tinggal di wad bersama abisofie. Sungguh, saya tak sanggup lagi.
Namun, walaupun keadaan Sofie sebegitu, tahap dia ingin bermain bersama adik beradiknya tetap tak menurun. Seronok melihat Sofie asyik bermain, memanjat sofa, menjerit keriangan, membuat Hijaz seumpama kuda.... aduhai, lucu sungguh bila meliaht semua telatah puteri hati nan seorang itu.
Pagi tadi, selesai memandikan Sofie ala kadar, saya sempat mengambil gambar parut Sofie yang bernanah buat tatapan 'peminat' Sofie. Doakan moga nanah ini cepat surut dan pulih. Kesian Sofie. Bila tersentuh pada tempat yang bernanah itu, pasti Sofie menangis. Lagipun nampak sedikit bengkak. Sakit barangkali....
Dua gambar atas dan bawah ini saya ambil selepas Sofie mandi pagi tadi. Kelihatan tempat bedah Sofie bernanah dan bengkak.....
Sian dada anak daraku...uhuk...uhuk...uhuk...
ngilu tengok luka pembedahan sofie, moga luka tu akan cecepat kering...
ReplyDeleteya Allah...kesiannya...dh sapu gel gamat? mana tau bleh keringkan bekas luka pembedahan tu...
ReplyDeleteerkk..mmg serius ngilu tgknye..
ReplyDeletehope cepat baik..
refer kat doc je kak..jgn main taruk je ape2..kang lagi teruk..moga cepat kering dan sembuh ok :)
ReplyDeleteadeehhh mmg ngilu tgk gambar sofie..
ReplyDeletekesian sofie
aunty nuyue doakan semoga sofie cepat sembuh
adui... terasa sakitnya fiza...
ReplyDeletealangkan luka bersalin yang sikit tu pun terasa sakitnya. ini pulak luka sofie yang besar tu...
buat apa saje yang boleh ye fiza.. risau juga ni.. (over pulak... huhu)
Sian sofie..semoga sofie cepat sembuh ya sayang..
ReplyDeletesiannya sofi. Lebih baik bawa jumpa pakar yang merawatnya. Kadang2 general practitioner ni dia tengok gitu2 je. Pada pendapat kakpahlah....
ReplyDeletekak..ms izwa lepas c-zer aritu pun tmpt c-zer izwa bernanah..doc bg ubt antibiotik & dia suggestkn izwa beli gel gamat.
ReplyDeletelepas mandi lap bg btul2 kering br sapu gel gamat ni.dia kater mmg elok kalo pkai utk c-zer..
sian sofie.tak pe k?untie ash doakan,sofie c'hat cepat,dan ceria slalu.
ReplyDeleteemm,tul tu,try gel gamat.insyaallah cepat kering lukanya.
sis...try gune air bio aura...ari tu my fren nye mak kaki melecur..besar gak bengkak nye..
ReplyDeletethen, mak die cuci pakai air BA, then paruttu maken kering..
just my two cents
elyaelmo@gmail.com
fiza...bukan nak takutkan tp nampak quite bad..make sure sfie telan juga antibiotik tu..
ReplyDeletefiza boleh try cream fusidin sbg tambahan..cari kt farmasi..senang nak dapat.