Tuesday, May 25, 2010

Operasi Pengosongan Bakul !

Pagi ni saya adakan operasi pengosongan bakul. Lihat saja gambar pertama. Hasil basuhan pada hari Jumaat dan hari Isnin. Saya pulang ke kampung malam Sabtu, jadi tak sempat melipat hasil basuhan hari Jumaat. Dan di kampung, saya memang tak basuh pakaian, kumpulkan pakaian kotor, bawa pulang pada hari Ahad. Isnin semalam adalah operasi membasuh pakaian kotor dari kampung. Dan pagi ini ialah operasi pengosongan 2 bakul yang penuh dengan pakaian.

2 bakul yang terlalu penuh dengan hasil basuhan dari hari Jumaat. Cadangnya nak membereskannya malam tadi, tapi, disebabkan mata dah amat berat, badan pun dah penat, tidur lebih sedap.

Saya bangun jam 4.30 pagi untuk menyelesaikan 2 bakul yang penuh itu. Saya dapat menghabiskan 1 bakul jam 6 pagi tadi, berhenti seketika untuk solat subuh dan menyediakan sarapan buat Ikhwan dan suami saya yang hendak ke sekolah.

Jam 7.30 pagi saya sambung operasi untuk bakul ke-2. Hasil lipatan agak banyak..... himpunan baju anak2 paling tinggi sekali. Baju2 saya dan suami kebanyakkannya saya gantung. Tu yang nampak sikit je untuk lipatan kain orang dewasa.

Dan....akhirnya, saya berjaya mengosongkan 2 bakul besar ini. Sakit sungguh badan saya akibat duduk terlalu lama melipat semua pakaian2 tu. Sebenarnya, bakul2 tu akan kosong hanya seketika. Petang nanti ia akan kembali penuh.

Jujur saya katakan, saya antara surirumah yang malas melipat kain baju. Cukup malas melipat baju anak2 yang kecik2 dan comel2 tu. Dah tu anak2 pun agak ramai, 4 orang mau tak malas.... Pernah terfikir nak longgokkan dalam bakul je baju anak2, tapi, bila tengok betapa hodohnya bilik, saya batalkan hasrat. Saya memaksa diri menjadi umi yang rajin.

Adakalanya, suami saya rajin membantu. Ringan sikit beban saya. Tapi, semalam, suami saya tak sihat. Demam pulak dia...sian.... saya bagi dia rehat. Terpaksa la saya buat semuanya seorang diri.

14 comments:

  1. haha..tahniah2 k.fiza!
    keke..usah kan k.fiza,saya anak sorang ni pun malas lipat baju,basuh baju suka lah..keke.boleh gtu???

    mlm kul td,baru lipat baju pas bb tido.penuh da bakul besar tu.da dua tiga kali basuh.sejam gak la.lupa lak amik gambo,le lawan2 dgn k.fiza lipat baju kan. baru semangat sket kite2 melipat baju ni..keke..

    ReplyDelete
  2. wah!!! saya pun tidak berapa rajin nak melipat baju...tapi d sebab kan tiada bakul baju maka bila dh kering haruss d lipat terus...hahaha kalau di simpan makin banyak makin malas d buatnya...:P

    ReplyDelete
  3. fiza, rajinnya fiza...kena ikut jejak langkah fiza ni..ayu pun tak suka lipat baju, so tugas ayu basuh baju n sidai baju, suami plak yg akan lipat baju..unless klu suami kerja luar...kena la buat dua2 juga..^_^

    ReplyDelete
  4. ashra,
    len kali amik gambo yer...boleh kita lawan2, bakul sapa paling penuh! hahahaha.....

    **********************************************************************
    kak fisa,
    masa anak sorg sgtlah rajin saya ni melipat kain baju. bila anak dah 4 ni, sangatla malas...huhuhu....

    **********************************************************************
    ayu,
    ala, ayu...fiza ni sebab dok rumah. nak tak nak kena rajin. kalau M dtg, teruk jugak bakul tu. sampai overload jadinya....

    ReplyDelete
  5. lady baru nak mula pengosongan bakul ni hehehe

    ReplyDelete
  6. kak fiza..
    sha baru je setel 3 bakul dari last week..pimalas betui kan..hehe..

    ReplyDelete
  7. lady,
    dah selesai ke belom?

    **************************************************************************
    sha,
    lagi maju ke depan si sha ni. 3 bakul sekali. hehehe...

    ReplyDelete
  8. sy yg 2 anak ni pun sama k.fiza..malas betul nak lipat baju.sbb tu sy selang2 basuh.hari ni basuh bju anak2,esok basuh baju sy n suami.xde la byk jenis sgt nk lipat dlm 1 masa..dapat plak anak yg terlalu rajin nk menolong lipat..habis...

    ReplyDelete
  9. atun,
    akak ni pulak kena lipat baju time sofie dgn hijaz dah tido. kalau tak mau berperang dgn budak 2 tu...rajin sgt nak nolong...

    ReplyDelete
  10. Fiza, hu hu tahniah operasi dah berjalan.saya je tak berjalan lagi operasi pengosongan bakul.anak saya entah kenapa dia nak ngempeng lagi.penat balik kerja,dia terus 'lekat'.bestnya balik kampung.

    ReplyDelete
  11. salam,
    samalah kita pun malas nak lipat kain baju..lagipun kena cari masa yg sesuai. Kalau time anak ada jgn harap boleh lipat. bos kecik sibuk punggahkan balik..kena tunggu dia tidur baru boleh lipat

    ReplyDelete
  12. salam,akak,kalau akak kain berbakul-bakul, saya kain macam bukit, sampai fateh suka pulak duduk atas tu, mujur x keluar berita seorang bayi ditemui atas longgokan kain..hehehe

    ReplyDelete
  13. Salam.. hehe, berbakul2 ye? sempat tak ni? Ke belog ZAZA.. ada TAG untuk kak FIZA.. hihi

    ReplyDelete
  14. saya selalu terfikir kenapa orang cipta mesin basuh baju tapi takde mesin lipat baju?? tension tau nak lipat baju nih...bila nak lipat ngantuk, nak lipat ngantuk..mmg tak habis2...huhuhu

    http://ila-ali.blogspot.com

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....