Wednesday, May 12, 2010

Berkata benarlah, anakku!


"Berkata benar, sifat yang mulia,
Itulah jua, akhlak Rasul kita,
Allah menyayangi, semua orang suka,
Diri terpuji, maruah terpelihara."

Bila saya teringat akan nasyid ini, saya pasti terkenangkan kisah anak saya. Saya akui, betapa saya kurang berjaya mendidik anak. Kurang berjaya, atau masih belum berjaya...saya tak pasti. Yang pasti, saya perlukan lebih lagi ilmu keibubapaan.

Situasinya begini....

Pulang dari sekolah, Ikhwan beritahu saya yang kawannya beri dia duit sebanyak 50sen. Saya memang tak beri Ikhwan belanja, kerana pelajar pra sudah disediakan makanan oleh pembantu pra. Jadi, bagi saya Ikhwan tak perlukan wang saku. Lagipun Ikhwan belum pandai memilih makanan jenis apa yang patut dia beli, dan tak patut dia beli. Berbualan antara saya, Ikhwan dan abi Ikhwan......

Ikhwan: Umi, kawan Iwan bagi duit kat Iwan. Iwan beli ni (sambil menunjukkan kereta permainan yang kecil pada saya).

Saya: Berapa sen ni? Kenapa Iwan terima? Nanti mak dia marah, macam mana. Takut dia cerita lain dengan mak dia. Nanti dia kata Iwan minta pulak. Esok pulang balik duit tu kat kawan.

Ikhwan: 50 sen. Tak mi, dia yang bagi kat Iwan. Iwan tak mintak pun.....(dan Iwan teruskan bermain...)

Petang tu, abi Ikhwan pulang dari sekolah. Ikhwan cerita pada abinya sebagaimana dia bercerita pada saya tengahari itu.

Abi : Betul ke kawan Iwan bagi duit ni? Sapa nama kawan Iwan tu?

Ikhwan : Faris

Abi : Ok, besok, abi nak jumpa Faris, nak tanya betul ke Faris bagi Iwan duit tu....( saya lihat Ikhwan senyum2 kambing. Muka dah macam orang bersalah)

Saya : Cakap betul2 Iwan. Faris bagi duit tu atau Iwan bawa duit dari rumah? (Ikhwan diam jer...)

Abi : Iwan, Abi dan umi tak tahu cerita sebenar tau. Tapi, Allah tahu. Iwan tak takut dengan Allah ke? (sepantas kilat Ikhwan menjawab...)

Ikhwan : Sebenarnya Iwan bawa duit dari rumah. ( Huh! Anak saya sudah pandai berbohong! Panas hati saya mendengar.)

Abi : Kat sini Iwan dah buat dua kesalahan. Pertama, menipu abi dan umi. Kedua, membabitkan nama kawan Iwan yang tak bersalah. Ini fitnah namanya.

Ikhwan diam je. Saya pun diam, hati saya dah panas. Mujur ada suami, saya biarkan suami handle masalah ini. Kemudian, saya dengar suami beri nasihat buat si anak...

Abi : Macam abi kata tadi, Iwan tipu abi dan umi, Allah tahu tau. Iwan tahu tak menipu tu sifat siapa?

Ikhwan : Sifat syaitan....

Abi : Menipu sifat orang munafik, Iwan. Kalau Iwan nak tahu, dalam Quran Allah dah terangkan orang munafik tu tempat dia di dalam neraka. Orang munafik akan jadi bahan bakar kat neraka nanti. Kalau orang kafir, Allah bakar, tapi orang munafik akan jadi bahan bakar. Iwan nak ke jadi orang munafik.

Ikhwan : Tak nak. Bahan bakar tu macam mana? (sambil menunjukkan rasa bersalah... lepas tu, dia diam je mendengar abinya ceramah)

Abi : Bahan bakar tu... macam kita bakar sate tu la, bahan bakarnya arang. Orang munafik nanti umpama arang la dalam neraka nanti. Satu lagi, tadi Iwan babitkan nama kawan. Itu namanya fitnah. Iwan dah fitnah kawan Iwan yang tak bersalah. Berdosa besar tu. Hukum memfitnah lebih besar dari membunuh tau.

Masa ni, saya nampak Ikhwan semakin rasa bersalah ...... saya harap timbul rasa bersalah dalam diri dia. Saya nampak, cara suami menerangkan pada Ikhwan, mudah dan Ikhwan faham. Sebenarnya, banyak lagi yang suami ceritakan dengan Ikhwan. Saya cuma nyatakan secara ringkas sahaja. Yang penting, intipati yang suami nak sampaikan pada anak sulong saya itu ialah:
  • Allah tahu setiap apa yang kita lakukan
  • Menipu sifat orang munafik
  • Dosa memfitnah lebih besar dari membunuh
Saya sangat susah hati bila anak mula pandai bercakap bohong. Saya seolah2 gagal mendidik anak. Walhal, anak sulong saya itu baru berusia 6 tahun. Saya perlu lebih banyak lagi ilmu mendidik anak. Saya risau, kalau dari kecil dia biasa dengan berbohong, bila sudah semakin besar, dia tak kan merasa berbohong satu dosa. Risau sangat hati saya.

Semoga Ikhwan ambil iktibar dari perbuatan dia ini.

6 comments:

  1. seronok baca perbualan ini...
    pandai nye suami akk ckp dgn anak :)

    ReplyDelete
  2. berhemah sungguh nasihat suami fiza...harus di contoh ni...:D

    ReplyDelete
  3. anak akak si Adam lebih terbuka bicara bab kesalahan dia. teringat masa umur dia 2 tahun. dia pecahkan telur depan pintu peti ais. masa tu dia cakap tak berapa nak jelas lagi. dia ngadu kat akak tapi akak tak berapa faham sebabnya dia mixed dengan loghat utara. pastu dia ngadu plak kat mak tok dia. pastu terdetik dalam hati, eh ni mesti ada apa². pergi dapur. tengok ada kesan telur dilapnya dengan kain buruk. salah - sebab main telur. betul - sebab mengaku dan akak tak marahkan dia sebab pengakuan tu.

    apa yang akak dan suami amalkan lepas solat bersama (mesti ajak anak sekali), bila sesi salam menyalam tu, anak² digalakkan meluahkan rasa hati dan mengaku kesalahan. tapi dengan syarat kami tak boleh marah/tunjuk marah. pastu terus je la dengan nasihat. so far alhamdulillah.

    tak tahu la ke depan ni, Fiza. harapnya dia orang istiqomah la. itu je tips yang akak boleh kongsi.

    ReplyDelete
  4. salam. Setiap kesalahan mesti ditegur dan beri sebab kenapa ia salah.
    betullah macam tindakan naima dan suami tu.
    naima ibu yang bijak, insyaAllah.

    ReplyDelete
  5. baguslah sb dia berani mengaku.at least kita boleh nasihatkan.

    anak2 akak yg besar dua2 susah nak mengaku.bila tanya diam jer.tp at last somehow Allah tunjukkan jg..mmg dapat tau apa kesalahan depa..masa tu mmg angin satu badan ler..
    tp la ni nurul dah ok sikit..tinggal yg sulung ja..poning den..

    ReplyDelete
  6. sha,
    nak nasihat anak, biasanya akak serah pada hubby. dia lebih berhemah...

    *****************************************************
    kak fisa,
    mudah2an dia dengar nasihat abi dia kak. risau jugak hati ni...

    ******************************************************

    kak sue,
    masa Iwan kecik dulu, mmg dia pun selalu mengaku tiap kesalahan yg dia buat. mungkin skrg ni dia dah sekolah, dan dapat byk benda dari sekolah dan kawan2... kdg2 nampak dia takut dgn kesalahan yg dia buat. tapi, yang bestnya dia akan mengaku ....

    pasal solat berjemaah tu, mmg selalu fiza dan family amalkan bila suami tak ke surau. insya Allah anak2 rajin mengikut. bercerita ttg mengaku kesalahan...fiza nak amalkan. tq kongsi tip.

    ******************************************************
    kak pah...
    bijak ke saya ni? wallahua`lam...masih dlm pembelajaran kak pah....
    rasa masih byk lagi kekurangan fiza...terima kasih kak pah.

    *********************************************************
    kak ieda,
    harapnya anak fiza akan terus mengaku tiap kesalahan yang dia lakukan....
    samalah kita kak....mesti hangin satu badan...hehehe...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....