Friday, May 21, 2010

Kekangan Waktu!

imej menunjukkan saya amat mengejar masa. hehehe...
gambar dari pakcik google

Sudah 2 hari rupanya saya tak kemaskini blog ini. Bukan tak punya cerita, tapi kekangan waktu menyebabkan saya online sekejap2. Dapat online 1/2 jam, lepas tu terpaksa offline kerana tuntutan tanggungjawab yang lebih terhadap keluarga dan anak2. Nampaknya, cita2 saya ingin mengemaskini blog 1 hari 1 entry tak tercapai. Sekiranya saya berkesempatan online, saya hanya mampu membaca entry terbaru kawan2, kadang2 tak sempat nak tinggalkan komen. Maaf ye kawan2....

Berforum di RH juga terpaksa saya hadkan. Selalunya tengah asyik berforum, membalas topik, pasti ada saja gangguan comel yang mengusik hati saya. Gangguan si comel saya ini menyebabkan saya terpaksa berhenti berforum. Seronok sebenarnya berforum di Ratuhati.com, menuntut ilmu keibubapaan, belajar memperbaiki kehidupan menjadi isteri dan ibu yang baik, selain berkomunikasi secara maya bersama rakan2 forum. Adakalanya, sekiranya si comel saya sedang lena di ulit mimpi, saya umpama lupa akan tanggungjawab kerana leka membaca post2 dalam RH. Leka menimba ilmu yang tak ternilai banyaknya. Semoga saya peroleh banyak manfaat daripada RH.

Selepas Sofie menjalani pembedahan, saya nampak banyak sangat perubahan dalam diri Sofie. Meluangkan masa bersama Sofie merupakan sebab kenapa saya online sekejap2. Saya tak boleh tinggalkan Sofie bermain sendirian. Adakalanya, saya berharap pada anak2 lelaki saya untuk melayan Sofie, namun, dah nama pun anak2 lelaki yang masih budak. Sejauh mana mereka mampu menjaga Sofie dengan baik. Jadi, sayalah tempat Sofie bergembira. Sofie amat ligat dan aktif sekarang. Saya takut tinggalkan dia sendirian, kerana selalunya ada saja insiden berlaku, seperti jatuh dari sofa.

Hijaz juga susah saya tinggalkan. Kalau dulu, masa usia Hijaz 3-4 bulan, saya mampu duduk depan PC sambil berblog, berfacebook dan berforum. Sekarang Hijaz makin bijak. Tiap kali saya bawa Hijaz depan PC, pasti tangan comel dan gebu Hijaz sibuk nak menekan2 keyboard. Tapi, selalunya, kalau saya nak online, saya akan tidurkan Hijaz sambil duduk depan PC. Sambil menaip entry di blog, sambil menyusukan Hijaz, dan akhirnya dia akan tertidur dalam pangkuan saya. Seperti saat ini!

Minggu ni, sekali lagi saya akan pulang ke kampung kerana adik lelaki saya akan menikah. Aduhai....tengah2 bulan ni....faham2 je la. Sebagai kakak, tak kan saya tak nak menyaksikan pernikahan adik saya,kan? Nampaknya, terpaksa korek mana2 tabung untuk tambang pulang ke kampung. Saya takkan mengemaskini blog ini dalam cuti hujung minggu ini, kerana saya tiada di rumah. Jadi, kepada rakan2 blogger, saya mohon maaf andai blog anda tak sempat saya kunjungi. Insya-Allah, panjang umur, Ahad nanti saya akan berbalas kunjungan ke blog rakan2.... Selamat berhujung minggu pada semua!

9 comments:

  1. hehe..btul2.tangan kecil ni ni sibuk gak nak menekan2..kdg tak prasan,ditekannya butang shut down..
    lebih baik tggu bb tido je.

    hepi dgr sofie ceria bermain.umi la plg bes nak ajak bermainkan,sofie? =)

    hehe.ye.seronok berada di ratuhati.sbb ratuhati saya ada ramai kawan,sbb ratuhati sy ada blog..di samping ilmu2 yang dipelajari =)

    ReplyDelete
  2. salam fiza...lama jugak fiza tak blogwalking ni...kita serupa la waktu untuk beronline terlalu singkat...kadang online jer tapi tak dan pun nak menyelit apa2...ehehehe...

    bila baca entry ni dok terbayangkan fiza dengan anak2...alhamdulillah rasa bahagia je...penat jgn ckp la kan...tapi saat bersama anak2 wajar kita hargainya kan...:)

    ReplyDelete
  3. seronoknya bila baca kawan2 dapat berblog ketika di rumah..ayu plak, hanya dapat blog ketika di ofis..tu pun, ketika tidak begitu sibuk..kat rumah plak, mmg hanya dgn anak2 n en suami sahaja..(lgpun internet pun mmg tak ada di rumah..hehe..) tp mmg niat nak pasang, cuma tak tau la bila..^_^

    suka gak join RH sbb banyak dapat kawan2 baru..act RH forum ke2 ayu join slps SUSUIBU.com.. kat sana ayu byk belajar mengenai penyusuan susu ibu..n seronok sgt, cuma lately ni dah kurang kemeriahan berbanding dulu..so, sbb tu, beralih arah ke RH..lgpun, ramai gak membe2 RH ni pun ayu kenal juga dari SI.com..

    to fiza, selamat bercuti ye..kalau jadi datang perjumpaan esok pagi, kita bersuai kenal ye..^_^

    ReplyDelete
  4. iyela k.fiza.kita sbg surirumah ni pun sibuk..dh siap keje umah,nk melayan anak2 lg..tu sbb sy biar je lappy on.hehe..tgk skjp2 je..kadang tu rasa bersalah kalauasyik on9 je..

    ReplyDelete
  5. ashra,
    betul tu sahra. anak2 kecil makin bijak. hidup dalam zaman ibunya asik ngadap pc, berblog, berfacebook dan berforum....tu yg dia pun nak ikut jugak tu. sampaikan anak pertama dan kedua saya asik berkata, "umi ni, kalau bukak komputer mesti ratuhati, blog, pastu facebook..." huhuhu..terkesan sungguh dengar bebelan si anak!

    *********************************************************************************************************
    kak fisa,
    tu la....mmg lama tak blogwalking. masuk blog akak pun dah jarang2...sorry ye kak. lain kali fiza akan cuba jugak luang masa masuk blog kawan2, cuba tinggalkan komen dan jejak.

    mmg penat melayan karenah anak2 ni kak fisa...lagi la semuanya kecik2. kdg2 mlm cdg nak on9, tapi sudahnya, hanya on9 dlm mimpi. sgt penat...

    *********************************************************************************************************
    ayu,
    saya kat rumah guna streamyx jer...pastu pc saya pc lama. huhuhu. tgk kwn2 pc baru, moniter yg nipis tu, guna lappy, kita masih guna moniter tebal. hehehe....tak kisah la, janji dapat berblog....beronline,kan? tu sebab kalau saya balik kg saya tak dpt online. masa tu suka bygkan, "kalaula ada laptop, ada broadband...." hehehe. tak bersyukur sungguh saya ni,kan? ayu pasang je streamyx. byk pakej skrg...

    *********************************************************************************************************
    atun,
    betul tu, atun. kak fiza pun kalau asyik online je rasa bersalah jugak. dgn kerja tak siapnya....tu yg online kejap2 jer....

    ReplyDelete
  6. saya pun dah tak sempat fiza...
    selalu bukak je laptop, tapi sebenarnya jarang tengok...
    sebab tu dah tak dapat nak selalu blogwalking.. entry yang ada kat blog tu pun dah ditulis masa hujung minggu... huhu

    ReplyDelete
  7. salam perkenalan..samelah macam saya, kalau weekend kat rumah mmg takde mase nak on9..cbok layan isya jek, nak2 skang ni dia makin lasak..

    saye kalau berforum biasanya kat susu ibu, tp dululah..

    ReplyDelete
  8. salam kak fiza... lady ni pun walau belum ada baby lagi tapi tak menang tangan nak online hehe

    ReplyDelete
  9. salam fiza.
    curi-curi masa mana yang sempat.
    kita pun banyak kerja lain nak buat kan?

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....