Thursday, May 06, 2010

Saya Bangun Awal. Kenapa????

Hari ini, saya bangun awal pagi...awal sangat2. Jam 2.30 pagi, saya bangun tidur, Sofie berada di depan tangga. Sudah lewat sejam, Sofie sepatutnya makan ubat jam 1.30 pagi, tapi saya tertido agak awal malam tadi. Saya terus bagi Sofie ubat. Saya check diapers Sofie, agak penuh. Saya angkat Sofie ke sinki, mencuci dan membersihkan Sofie. Saya dapati badan Sofie sangat berpeluh dan melekit, saya buka baju Sofie dan mandikan Sofie ala kadar.

Saya sangkakan, lepas saya bersihkan Sofie, Sofie akan sambung tidurnya semula, tapi Sofie tak mahu tidur. Mungkin dia semakin selesa, Sofie bermain seorang diri. Saya 'on'kan TV supaya Sofie tidak menangis seorang diri. Selesai menguruskan Sofie, jam 3.30 pagi, saya ke dapur. Mengambil tepung gandum, marjerin, yis, susu pekat..... saya nak buat donat hari ini. Uli, uli dan terus menguli tepung..... jadi seperti ini:

Setelah selesai, saya bentuk-bentukkan doh menjadi seperti ini pula.....:


Sementara menunggu doh menjadi kembang, saya solat dulu, kerana saya belum menunaikan solat Isya`. Selepas satu jam menunggu, doh semakin kembang dan kembang...., wah seronok saya melihat doh yang semakin kembang. Lihatlah.....:

Jam 4.30 pagi, saya menggoreng donat tersebut. Selesai menggoreng, saya mencairkan coklat masakan bersama susu UHT. Saya juga mengisar gula kerana di rumah saya tiada gula halus. Lihatlah donat yang saya hasilkan pagi tadi. Nampak menarik tak donat saya? Hehehe.... saja saya tepek gambar ni bagi korang terliur. Marilah menjamu mata anda dengan donat buatan tangan saya ni. Sila, sila....


Siapa yang menemankan saya sepanjang saya menguli tepung dan menggentel donat ni? Sudah pasti si cantik manis yang saya sayang.......Sofie. Hehe... Lihatlah Sofie, waktu ni jam 4 pagi. Tersenyum je bila saya pegang kamera untuk mengambil gambar dia. Umi suruh tidur, Sofie tak nak tidur. Kena temankan umi......

Lepas ni, saya nak tidur. Lepas cik suami tercinta ke sekolah bersama Ikhwan, mata rasa berat yang amat. Saya harus gantikan tidur saya. Nak tido sambil peluk si debok saya.....

Ok, sekian untuk kali ini. Silalah yer...menjamu mata dengan gambar donat saya tu.....

10 comments:

  1. Salam

    Sedapnya, gebus, montok donat dia ye.. Makan pagi2 sedap ni. Pos kat putrajaya 1...

    Salam sayang kat sofie

    ReplyDelete
  2. amboi kak fiza sedapnya... gebu betul donut akak tu makan panas2 sure sedap kan..

    ReplyDelete
  3. alaaa sedapnyer
    nak cikit
    rajin laa kak fiza ni..

    ReplyDelete
  4. wow!!! sedapnya donut kak fiza

    kalah jco n big apple camni gak...

    nak ckit...pos ekspress yea... :)

    suka sofie teman ummi wat donut...dia tak sibuk nak menguli ke kak?

    ReplyDelete
  5. lady,
    akak ni terlebih rajin la....
    tu yg buat tu...

    *************************************************
    nuyue,
    nuyue, akak tolong makankan utk nuyue yer..

    ************************************************
    idazs,
    sofie sibuk gak nak ngacau akak buat donut tu, tapi akak tak bagi...

    ReplyDelete
  6. nak donut! nak donut!
    ni darwisy yang cakap... hehehe....

    pernah try buat sekali fiza...
    tapi, tak menjadi laaa... huhu

    ReplyDelete
  7. ermmm sedapnya donut kak fizah tu..gebus gitu..Sofie ceria pepagi temankan umi dia ek..sayang sikit mehh..mmuahhh..

    ReplyDelete
  8. syayassir,
    darwisy nak ke, mama darwisy yang nak...hehe...kalau dekat dah ku bagi.

    *************************************************
    mrs.azad,
    sofie mmg begitu. suka ceriakan umi dia ni...

    ReplyDelete
  9. pernah baut...tapi akhienya jadi putng kayu...bahasa kelantan: keras macam batang kayu....

    saya sorg yang makan..liat bebenar...heran saya, padahal dah letak yis...biasalah xser bakat ke dapur

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....