Sunday, May 23, 2010

Cerita Hujung Minggu

MAJLIS PENIKAHAN YANG SEDERHANA

Malam minggu baru ni, (malam tadi la...) adik lelaki saya selamat menjadi suami orang. Alhamdulillah, bertambah ahli keluarga saya. Saya dapat adik ipar kedua. Adik saya dapat orang jauh yang amat, orang Sarawak! Tak kisah la tu...dah jodoh dia dengan orang sana. Kita terima seadanya. Menantu abi dan umi saya sebelum ni, dua-dua orang Sabak Bernam. Suami saya dan isteri adik pertama saya. Kali ni abi dan umi saya dapat menantu orang Sarawak. Alhamdulillah.

Majlis pernikahan adik lelaki saya ni, berjalan dengan lancar dan sederhana. Kami sekeluarga tak begitu mementingkan perkara yang besar2. Maksud saya, tak terlalu mengimpikan sebuah perkahwinan yang grand. Sekadar melangsungkan perkara yang wajib sahaja, dan ikut kemampuan. Keluarga saya bukan keluarga kaya. Jadi, kami tak pernah mengimpikan majlis perkahwinan seperti orang2 lain.

Dalam majlis adik saya malam tadi, saya teringatkan kisah perkahwinan saya 8 tahun dahulu. Begitulah keadaannya, begitulah situasinya. Satu sebab majlis tak perlu berlangsung secara grand, kerana embah lanang saya masih dalam keadaan sakit. Jadi, keluarga saya buat ala kadar sahaja. Insya-Allah berkat. Selepas isya` majlis akad nikah di masjid berdekatan, dan tetamu terus ke rumah untuk menjamu selera.

Selamat menjalani kehidupan baru buat Nasaei dan Aslina. Akan datang onak dan badai dalam sebuah perkahwinan, jadi, tabahlah menghadapinya. Hati perlu kuat dan tabah. Nasaei, semoga jadi suami soleh yang mampu membimbing As dalam melayari bahtera.

Nasaei dan Aslina...selamat bergelar suami isteri

Bersama Umi dan Abi saya, serta bapa As yang datang dari Sarawak untuk menikahkan anaknya di sini.

**********************************************************************************

KESIAN SOFIE

Malam tadi, semasa majlis akad nikah adik saya yang sederhana, mata Sofie digigit dek nyamuk. Kesian sangat. Pagi tadi, bangun dari tidur keadaan mata Sofie lebih dahsyat. Kedua belah mata Sofie bengkak dan merah. Seolah-olah digigit oleh semut pula. Kesian Sofie....

Lihatlah....sedih sangat tengok Sofie begitu. Tapi, Sofie tetap ceria....tetap gembira. Langsung tak peduli keadaan mata yang dah sepet dan bengkak tu...... Alahai anak umi.

11 comments:

  1. selamat pengantin baru untuk kedua2 mempelai... semoga bahagian ke anak cucu.. kesiannya sofie....

    ReplyDelete
  2. lawa adik ipar fiza..selamat menjadi kakak ipar lg..
    sofie tak sakit sb tu happy..esok oklah tu.

    ReplyDelete
  3. a'ah..lawa pengantin nye.hehe.
    secocok sepadan..

    siannye sofie.tu bkn nyamuk tu kak fiza..
    kalu semut pun gtu skali ek?teruk gak bengkaknye,tak sapu ubat paper?

    ReplyDelete
  4. tahniah fiza kerana mendapat adik ipar ye..alahai, siannya sofie..semoga cepat sembuh ye...

    ReplyDelete
  5. tahniah kak but sian sofie...mmhh..mcm kene gigit semut la...harap2 cepat sembuh k..

    ReplyDelete
  6. Alahai siannya sofie..huhu..mcm Nabila jugak la..klu kena gigit..bengkak tak hengat punya..huhu..

    ReplyDelete
  7. siannya sofie...semoga cepat sembuh yea syg...

    ReplyDelete
  8. cantik nya pasangan pengantin...sama santek sama padan.Semoga berbahagia selalu ye..

    bengkak2 mata sofie,kne sakit mata kot..? kene jumpa doc cept.

    ReplyDelete
  9. lady,
    bagi pihak adik, terima kasih ye kak lady...hehe...

    **********************************************************************
    kak ieda,
    mmg lawa la budaknya,kak...
    tak sangka dpt adik ipar lagi.

    **********************************************************************
    ashra,
    lawa ke ashra...hehe. mmg pandai adik kita milih. nak yang lawa je budak tu. jodoh dia,kan?

    **********************************************************************
    ayu,
    terima kasih. seronok jugak dpt adik ipar org sarawak ni. hehe...

    **********************************************************************
    izwa,
    tq dear....
    sofie tu mmg kena gigit semut pon...budak baik la katakan...hehe

    **********************************************************************
    noina,
    kulit sofie jenis tak tahan,ina.
    kalau kena gigit sikit mesti bengkaknya lebih.

    **********************************************************************
    Azra,
    alhamdulillah...dah sembuh pun hari ni. tq, azra....

    **********************************************************************
    mys dear,
    terima kasih ye kak....adik ipar fiza tu mmg santek orgnyer...pandai betul adik fiza tu cari.
    sofie dah sembuh dah kak...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....