Saturday, May 15, 2010

Terbaru tentang Sofie


Tujuan asal saya berblog adalah untuk berkongsi cerita tentang Sofie. Tapi, sekarang blog saya dah jadi caca marba....macam2 cerita ada. Nama blog pun cerita umisofie, kan? Tentulah pelbagai cerita saya ingin kongsikan bersama pengikut blog saya ini. (Apa yang saya melalut ni?)

Dah agak lama saya tak bercerita tentang anak dara saya yang sorang tu. Sofie sekarang, alhamdulillah, makin sihat dan ceria. Seronok saya melihatnya. Sekarang makin aktif. Kerja memanjat, jangan kata la. Sebelum pembedahan pun sangat ligat memanjat sofa, tangga dan meja kecil abangnya. Inikan pula selepas pembedahan, lagi la ligat.

Paling saya gembira, pernafasan Sofie sudah tak laju macam dulu. Nampak pernafasan Sofie agak slow dan tenang je. Minum susu pun dah boleh habis. Sofie minum susu tak banyak. Sekali minum mampu habiskan dalam 3 oz je. Kalau dulu, nak habiskan 3 oz tu makan masa sejam. Sekarang sekali sedut je dah boleh habis. Seronok sangat.

Haaaa...bab makan, Sofie paling suka. Pandai dah sekarang, tak mahu makan bubur. Dah pandai mengunyah dan menelan makanan yang agak keras. Sekarang Sofie lebih suka makan apa yang orang semua makan. Hari tu saya makan mee, saya bawakan sekali bubur untuk Sofie. Sofie menolak bubur, dia pilih mee. Pada hal mee tu agak pedas, tapi itu yang Sofie nak. Orang makan nasi lemak pun Sofie nak juga. Sofie dah pandai mengunyah makanan. Sebelum ni, asal masuk makanan je, pasti tercekik. Terpaksa bagi makanan yang lembut2. Biskut, roti, kena cicah dalam air dulu sebelum bagi Sofie makan. Sekarang...tak perlu dah semua tu. Orang paling seronok, sayalah......

Cuma, yang merisaukan saya, Sofie belum pandai berjalan. Umur Sofie sudah 2 tahun 5 bulan. Sofie cuma pandai berdiri, tapi masih kena paut pada mana2 tempat. Sofa ke, meje ke..... Saya nampak, Sofie belom pandai nak bengkokkan lutut dia. Hari2 saya latih Sofie berjalan. Sekarang, kalau saya tatihkan Sofie, saya nampak Sofie macam robot sedang berjalan. Sian Sofie. Kadang2 Sofie merengek bila saya tatihkan dia. Sofie sakit ke bila saya buat macam tu? Ntah la... Mungkin saya ni terlalu memaksa dia.

Selepas pembedahan ni, saya belum lagi meneruskan terapi alternatif di Gedangsa. Saya perlu cari masa untuk bawa Sofie berjumpa dengan kak Raw. Insya-Allah, kak Rawa pasti boleh bantu Sofie berjalan. Biar Sofie kena balut macam dulu, janji Sofie boleh berjalan macam kanak-kanak normal lain. Saya sangat teringin melihat Sofie berjalan. Mesti cute kalau Sofie jalan,kan? Aduhai...comel betul anak dara saya tu. Mesti pesakit kak Raw dah ramai sekarang. Dah lebih sebulan saya tak bawa Sofie jumpa kak Raw. Dulu kak Raw kata, lepas Sofie selamat dan sihat, Sofie kena datang hari ahad. Hari sabtu dah terlalu ramai pesakit.

Saya serta gambar terbaru Sofie buat tatapan peminat Sofie. Hehehe....peminat sangat la tu. Perasan sungguh Sofie, macam la ramai peminat.

Sofie naik basikal, nak ke mana tu?

Pose sikit.....

Sofie berusaha memanjat tangga. Tengok la....

Rehat jap...penat naik tangga ni!

Ok, itu saja....nanti kita jumpa di lain entry yer..... dada!

9 comments:

  1. Mmg ramai pun kak..kami pun dtg petang..malas nak datang pagi berasak2..pastu ada plak gaduh2 plak tuh..huhu..

    ReplyDelete
  2. lor...ye ke. nape sampai gaduh tu? mesti kes nak lekas.....tu yg tak best tu!
    ina masih dtg hari sabtu ke? ke dah tukar ahad?

    ReplyDelete
  3. besnye intenet da ok..hehe.(ayat ngade nak bitau gak k.fiza.keke)

    alhamdulillah..
    auntie ashra dengar pun hepi,sofie da sihat,ceria ye skang. =) insyaallah,sket masa nanti,berjalan la tu k, k.fiza.Dun wori..

    ReplyDelete
  4. takpe kak bagi masa skit kat sofie insyaAllah sofie akan boleh berjalan nanti..
    :)

    ReplyDelete
  5. alahai sofie..comel sungguh naik beskal :p

    kak..pelan2 tau ajar dia berjalan..jgn paksa sgt..all d best to sofie :)

    ReplyDelete
  6. dengan izinNya nanti sofi boleh lakukan apa yang orang lain lakukan. tahap perkembangannya tak sama dengan orang lain.
    comel sofi..

    ReplyDelete
  7. anak2 macam sofie ni kalau dah start lasak takde break dah...siap la fiza bila dia dah start jalan nanti.nak pulak sama dgn bb bambam tu..mau kurus maknyer..hihihi..

    ReplyDelete
  8. fiza, tak pe..perkembangan anak lain2...fiza kena banyak bersabar ye....btw, sofie sangat comey.. kiss dia utk ayu ye..

    ReplyDelete
  9. kenapa lama tak update ,,,saya baru follow blog nie

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....