Monday, May 10, 2010

Kemana kesabaranku?

Orang kata, bangun pagi2 kalau kita dalam mood marah atau stress, hidup kita sepanjang hari tu akan menjadi tak berkualiti. Ntah kenapa hari ni, pagi2 lagi saya dah jadi macam ni....

macam singa betina sedang marah.....
(pic from here)

Kenapa saya jadi marah macam ni? Semua gara-gara Ikhwan buat hal di pagi hari. Sepatutnya waktu pagi, dia bangun dan akan mandi seperti biasa.... namun, hari ini sikap Ikhwan di waktu mandi menyebabkan angin saya naik satu badan. Pagi ini, saya bangun agak leawt, jam 6 pagi. Ikhwan pula, jam 6.30pagi baru bangun. Dah la bangun lambat, dalam bilik mandi boleh lagi dia main air, main sabun.... dia saja biar air shower terbuka. Saya sangkakan dia sedang mandi. Bila saya buka pintu bilik air, selamber je dia main. Mana saya tak hangin!!!!!

Apa lagi, saya pun start enjin la. Membebel dan marah lah saya di pagi hari Isnin yang damai. Saya tak suka nak marah2, bising2 dengan anak2 waktu pagi ni. Tapi, ntah kemana kesabaran saya pagi ni, saya pun tak tahu. Bukan senang tau, dalam masa kita ingin menguruskan anak nak ke sekolah, anak yang kecil bangun menangis minta perhatian, nak susu. Suami lagi....Oh, sian suamiku. Masa tu, kalau tak dapat kawal perasaan....haaa, macam saya la jadinya.

Syukur dikurniakan pasangan yang sangat penyabar dengan karenah anak dan isteri. Suami, bila saya marahkan anak, dia akan diam. Katanya, "Biar je mi. Abi nak tinggalkan dia. Biar Ikhwan tak sekolah hari ni." Suami sangatlah coooool. Saya dah macam mulut murai. Malu juga kalau jiran sebelah dengar. Ikhwan pula bila dengar abi nak tinggalkan dia, baru nak kelam kabut bersiap.

Ikhwan bersuara, "Umi, hari ni Iwan tak yah makan lah. Tak sempat. Nanti abi tinggal." Baru dia tahu...geram hati saya belum habis. Namun, hati seorang ibu merasa sangat kasihan melihat riak wajah Ikhwan. Saya balas, "Makan dulu. Nanti ada perhimpunan. Lambat makan, sakit perut, pengsan pulak. Tak pasal2 menyusahkan cikgu". Bila saya dah suruh makan, baru dia ke dapur, menjamah sedikit cucur pisang dan secawan Milo yang saya sediakan.

Waktu nak pakai stokin dan kasut pun lagi sekali Ikhwan buat hal. Mulalah dengan perangai terhegeh-hegeh dia. Berkhayal sana sini. Mula lagi bebelan saya. Dengan nada suara yang agak tinggi, saya memanggil namanya, "Ikhwan!!!!" Kelam kabut Ikhwan memakai stokin dan kasut bila dengar suara uminya yang tak dapat diampunkan lagi. Lagi sekali dengar suara suami, "Biar je mi..." Hissshhhh!!!! Buat umi marah betul la Ikhwan ni!

Waktu nak pakai beg, saya dapati beg Ikhwan kosong. Pencil case tah kemana, pencil colour tah kemana.... dan sekali lagi suara saya meninggi. "Dari semalam umi dah suruh Iwan simpan semua peralatan sekolah....!!! Tengok ni!" sambil menunjukkan beg sekolah yang kosong. Ikhwan diam jer. Saya tahu, dia sedar silap dia. Mulut dah muncung. Kesian juga tengok muka dia macam tu. Tak sanggup..... tapi, hati saya dah dicucuk oleh musuh. Saya tak boleh nak sabar lagi dah. Kelam kabut Ikhwan mencari semua peralatan. Mujur ada di atas sofa je. Kalau tak, mau volume saya tinggi lagi......

Fiza, bersabarlah.....
(pic from here)

Mohon kemaafan pada suami tersayang kerana pagi2 lagi abang dah dengar bebelan dan kemarahan isteri abang ni. Mohon maaf juga kerana tak sempat menyediakan bekalan abang untuk ke sekolah. Terima kasih sudi menjamah cucur pisang yang tak seberapa bersama se'mug' air Milo buatan tangan isterimu ini. Itu saja yang mampu disediakan untuk mengisi perut sebelum abang ke sekolah.....

Ikhwan, Umi minta maaf sebab marah Ikhwan pagi Isnin ini. Umi berdoa, Ikhwan akan berubah sikap menjadi anak yang bertanggungjawab terhadap diri sendiri. Ikhwan anak yang baik, anak yang taat, anak yang soleh. Cuma ada segelintir sikap Ikhwan yang menyebabkan umi kurang sabar. Umi sentiasa berdoa Ikhwan menjadi insan soleh......Maafkan umi, sayang!

10 comments:

  1. alahai..sabar ye..sy pun kadang2 ade juag hilang sabo..tp bila dah marah..kesian pulak anak

    ReplyDelete
  2. Btul la k.fiza..
    kadang2 saya pun pagi2 da mood tak baik,drag sampai la satu hari..astagfirullah.

    tapi,tu la.saya le bayangkan,k.fiza macam2 nak wat kan bila bgn pagi.skali skala,maafkan diri kerana terjadi marahnye itu.hehe.
    bukan senang jadi supermom.ter uji gak kesabaran.alhamdulillah,suami penyabar kan..

    ReplyDelete
  3. takpe fiza.. nak marah anak sekadar nak bg pengajaran kat dia... jgnlaa smpi melampau yer kemarahannyer! mmg salute laa kat fiza pagi2 dah bgn buat mcm2 kan? kalo kite... haha en.hubbylaa yg bgn dulu then baru kejut kite... apekah?? tp masih sempat nak gosokkan baju dia pagi2 itu.... kite taktaulaa cmn nnt kalo nina dah skolah... huhu ;-)

    ReplyDelete
  4. salam Fiza.
    betul Fiza,sesekali bila darjah kesabaran kita dah hilang,pagi2 pun kita dah tak tertahan dengan perangai anak2.
    erm anak saya pun macam Ikhwan.kena sabar banyak....

    ReplyDelete
  5. budak2 mcm tu lah fiza..anak akak yg djh 6 ni pun sama..kejut dia bangun..pastu akak g toilet.bila keluar toilet tgk dia tido balik..alahai..
    ayat klise akak..(semestinya up volume)"bangun!..nak p sekolah tak?"..cepat2 dia bangun.

    ReplyDelete
  6. takpe kak... sekali sekala kene marah juga kan.. hehe..

    ReplyDelete
  7. same la...but bkn today but last sabtu..ttibe naik angin pagi2 semata2 en.hubby nk pg ot...

    huhuu...ade hari nyer mmg hari kite teruk skit kan kak..lumrah..but kene bnyk sabar..(ni utk diriku)

    ReplyDelete
  8. black monday kah? takpe... tarik napas... hembusss.......

    ReplyDelete
  9. aduh samalah ngan Wina, kalau bad mood je Kira yg jadi mangsa huhuuu

    lepas marah dia, Wina mesti mintak maaf ngan dia heheee

    ReplyDelete
  10. biasanya kita akan marah bila tgh strees dgn kesibukan yg ada, masa yg singkat, letih dan lapar.

    biasanya, klw tgh stress saya suka pass anak kat suami sblm ada yg kene telan hidup2.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....