Tuesday, August 31, 2010

Bakso untuk Ramadhan ke-20

Assalamualaikum semua....
Ambil kesempatan sekejap sementara menunggu masuknya waktu Subuh, baru lepas sahur ni. Suami dan Ikhwan dah ke surau. Malam tadi sudah malam ke-21,kan? Sepatutnya, malam tadi bermulalah pencarian Lailatul Qadar buat kita semua. Saya bangun juga, tapi...... sekadar membancuh susu Sofie. Niat dah sebelum tido malam tadi nak bangun malam, menyerahkan diri pada Yang Maha Esa. Tiba-tiba sakit perut macam tak boleh nak bangun. Saya ni ada problem sikit dengan perut. Huhuhu...sedih jer. Suami saya pun malam tadi berniat nak beriktikaf di surau. Dia pun tak terbangun. Adeh....... Korang mesti bangunkan, buat Qiyamullail....

Ok, actually, saya nak publish pos benda alah ni malam tadi. Tapi tak sempat la pulak, sebab sudah tertidur awal. Maghrib semalam saya berbuka dengan bakso. Home-made,ok! Tak beli....beli bahan je. :-) Saya pun dah janji kat entry ni nak share resepi bakso kalau saya buat bakso,kan? Haaaa...semalam saya dah buat. Saya akan tunaikan janji saya. Lagipun resepi asal bakso ni saya ambil dari sini. Sangat best dan superb, ok!
Kalau yang rajin boleh terus ke web situ ye. Kalau nak ikut resepi yang saya buat pun ok je..... Meh kita tengok resepi bakso ni macam mana.... Sebelum tu, tayang gambar dulu, bagi korang terliur. Eh, tak baiknya la Fiza. Bulan posa.....

Gambar kiri- bebola daging. Rasanya memang sedap dan enak. Selama ni dok membeli yang ready made punya, alahai....punyalah kenyal sebab banyak tepung. Bila buat sendiri, rasanya jauh beza dengan yang kita beli.
Gambar kanan- Bakso siap untuk dimakan

Bahan-bahan

Mee kering Cintan - 4 keping - direbus (resepi asal guna Mee hoon)
Taugeh - dicelur
Sawi - dicelur
*resepi asal tak guna sawi, dia guna kobis yang dihiris nipis
Limau kasturi - sebagai penambah perasa

Untuk Bebola Daging
Untuk menghasilkan bakso yang superb, bebola daging WAJIB ada ye.
400gm daging cincang (saya guna Pak Mely punya. Jenama Ramly la)
*2 biji bawang merah
*2 biji bawang putihuk.
(Resepi asal diracik halus sahaja. Tapi saya suka tumbuk)
1 biji telur
1 sudu kecil tepung ubi (tiada tepung ubi, boleh guna tepung jagung)

Untuk Kuah Bakso
3 biji bawang merah dihiris
*3 ulas bawang putih
*1/2 inci halia
*1 sudu kecil lada putih
(bahan yang bertanda * ditumbuk halus)
1 batang serai - diketuk
1 ketul kiub ayam
sedikit serbuk lada sulah
garam dan perasa

Cili Kicap
Cili padi - dicelur dengan air panas
Sedikit gula
Cuka
Kicap

Cara Membuat
Untuk kuah
1. Tumis bawang merah yang dihiris sehingga kekuningan, dan masukkan bahan yang ditumbuk (3 bahan yang bertanda *), tumis hingga garing dan naik bau yang enak. Masukan serai.
2. Kemudian masukan air. Masukan juga kiub ayam, serbuk lada sulah, garam serta perasa. Sementara menunggu sup tu mendidih, boleh buat bebola.

Untuk Bebola
Gaulkan semua bahan untuk bebola daging tu dalam mangkuk, kemudian bentukan ia seperti bola mengikut saiz yang kita mahu. Bila air sup tadi sedikit mendidih, terus masukan bebola dalam sup. Bebola yang sudah masak aka timbul dipermukaan sup. Angkat bebola, dan asingkan dalam mangkuk lain. Jangan terlalu lama bebola dalam sup yang mendidih kerana ia akan keras.

Untuk Cili
1.Tumbuk cili padi yang telah di celur bersama sedikit gula
2.Tambah kicap dan sedikit cuka dalam cili tersebut

Cara Menghidang
Letak mee yang telah direbus, letak togeh, sawi dan bebola daging. Kemudian tuang kuah. Hiaskan dengan sedikit daun sup dan daun bawang serta bawang goreng. Perahkan dengan limau kasturi dan sedikit kicap. Siap untuk dimakan.......

Ok, saya juga nak tayang apa yang saya makan semalam. Bakwan jagung recycle. Heheheh....Ni cik suami saya yang masak. Memang sedap. Cara masak sama dengan kita masak mee goreng biasa, cuma tukarkan mee dengan bakwan jagung.

Bakwan Jagung Goreng

Sebelum tutup entry ini, saya mengucapkan Selamat Hari Merdeka kepada semua. Daha 35 tahun negara kita merdeka yer. Dan selamat meneruskan ibadah di bulan penuh mulia ini. Marilah kita sama2 mengejar Lailatul Qadar...... Semog Allah merahmati kita semua, Amin!

11 comments:

  1. sedaaaaapnya mee bakso, selalunya akak guna bebola ayam aje.. nak cubalah

    ReplyDelete
  2. salam fiza..waa..bnyknya msk soto tu..npe xantor umah kmaz spngan..sdpnyeee..nk buat mls..hehe..anak2 duk buat apa tu..

    ReplyDelete
  3. bakwan tu ade nama samaran yang lain tak? ica macam belum pernah jumpa kot? atau tak kenal sebab panggil dia dengan nama lain?

    ReplyDelete
  4. rajinnya kak fiza buat bakso... sedap betul nampak..

    ReplyDelete
  5. saya suka bakso,tapi tak pernah la try wat..le gak try resepi k.fiza ni..nyummy..

    btw,k.fiza,le bagi sy email?sy nak ty k.fiza la tentang pengalamaan jaga anak2 ni..

    ReplyDelete
  6. akak, bakwan tu apa?tak pernah dgr la..hihi

    ReplyDelete
  7. x penah lagi mkn bakso..mcm best je.simple je..boleh cuba ni

    ReplyDelete
  8. bakwan??ape benda tu?mane nak cari tu?

    ReplyDelete
  9. banyaknya bakso tu..nmpak cam best je..htr la skit tuk akak boleh?? hihi..

    ReplyDelete
  10. menariknya resipi bakso & bakwan tu...teringin nak buat...hehe..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....