Malam ini ntah kenapa, saya online sambil membelek2 setiap album dalam PC saya. Saya terjumpa gambar2 yang menggamit kenangan sedih dan pilu ketika saya dan Sofie di hospital. Peristiwa ini telah berlalu setahun yang lepas...dah setahun lebih, tapi, masih segar dalam ingatan. Rentetan peristiwa semua masih segar....
Saya tak mahu mengingat kembali perkara2 yang menyakitkan Sofie. Tapi, hati saya berat untuk berkongsi dengan semua. Bulan April 2009, Sofie sakit agak teruk. Demam on, off....batuk, selsema. Saya sudah membawa Sofie ke ED HSB, doktor di situ minta saya bawa Sofie jumpa terus dengan doktor pead selepas 3 hari. Setelah 3 hari mencuba ubat itu dan ini, akhirnya saya putuskan untuk membawa Sofie ke hospital. Sebelum ke hospital, saya telah menelefon Pead Clinic HSB, untuk bertanyakan siapa doktor yang bertugas, dan staff di situ menyambungkan talian terus ke talian doktor.
Doktor Kamini yang bertugas waktu itu. Saya kenal dia.... Bila saya kenalkan diri saya, dan beritahu nama Sofie Mariah, dia kenal. Terus dia minta saya bawa Sofie jam 2.30 petang hari tersebut. Sampai di klinik, doktor check Sofie, terus doktor kata Sofie perlu warded. Saya memang dah sediakan segala peralatan peribadi, sebab saya sudah menjangkakan Sofie akan di warded.
Rupa2nya, katil di wad 8C, penuh! Sofie pulak urgent! Sangat2 urgent! Di klinik, Sofie telah di beri nebulizer. Tapi keadaan Sofie tidak berubah. Akhirnya, doktor putuskan untuk transfer Sofie ke Hospital Ampang. Aduh...masa tu perasaan macam2. Jauh la... susah la...suami kata, tak mengapa. Pergi je, yang penting Sofie. Saya redha.... pergi ke Hospital Ampang dengan menaiki ambulance. Hanya saya dan Sofie dalam ambulance, dan ditemani oleh seorang nurse. Suami bersama 2 anak lelaki saya pulang ke Rawang. Nak ikut sekali pun, alang2. Sebab waktu itu, dah hampir maghrib. Jadi, saya minta suami datang esok harinya ke Hospital Ampang. Biar saya dan Sofie sahaja pergi dulu.
Dalam ambulance hati sangat2 sedih dan pilu. Suami jauh, terpaksa bersama Sofie. Mujur ada nurse untuk berborak. Kalau di layan perasaan, air mata pasti gugur. Macam2 saya fikirkan. Untuk rekod, waktu tu saya mengandungkan Hijaz, 4 bulan. Bayangkan....mengandung 4 bulan, terpaksa menetap di wad, alhamdulillah, waktu tu morning sickness telah tamat. Jadi, saya tak rasa ia satu bebanan. Saya sentiasa memujuk baby dalam kandungan saya supaya redha dengan setiap ketentuan Allah.
Saya sampai di HA, sudah lewat waktu maghrib. Solat maghrib pun saya terpaksa qada`kan bersama solat Isya`. Sofie tolak makan dan minum. Langsung tak nak minum. Saya makin risau. Doktor datang check, katanya, Sofie perlu set line. Saya faham....saya beritahu doktor, "Doktor, line Sofie susah sangat nak cari. Saya harap doktor mampu cari. Kesian dia." Doktor tu bernama Dr. Muhammad. Dia senyum je, dan minta saya jangan risau. Saya masih ingat, jam berapa Sofie dicucuk untuk diset line.
Jam 9 malam, nurse mengambil Sofie untuk dibawa ke bilik rawatan. Saya sekadar menanti di katil, tak sanggup mendengar tangisan Sofie. Rupa2nya, mereka kembalikan Sofie pada saya tanpa line. Tapi, bekas cucukan amat banyak. Saya menitik air mata melihat tangan Sofie yang dah nak hancur. Mereka kata, tak dapat line. Nanti kita cuba lagi. Huh...!!!! Perasaan saya masa tu...?????? Jangan cerita.....
Saya pujuk Sofie yang masih menangis. Malam tu, Sofie tak dapat tidur. Menangis sepanjang malam. Saya bagai hilang punca. Telefon suami, suami minta saya bersabar, baca ayat2 suci al-Quran. Suami saya pun susah hati di rumah. Tiba2 doktor datang, saya beritahu doktor, "macam mana ni doktor. Anak saya langsung tak boleh tido ni..." Doktor jawab,"Keadaan dia makin teruk ni. Dah kering sangat ni. Kita terpaksa insert line lagi. kena drip. Kalau tak makin teruk dia." Saya tak tahu nak buat apa dah. Hanya berserah pada Allah.
Mereka ambil Sofie lagi jam 1 pagi. Saya tak boleh tidur, menanti di katil. Saya ambil wudu`, tunaikan solat, minta dipermudahkan segala urusan doktor. Jam 2 pagi, doktor datang berjumpa saya, "Ibu, kita perlu insert line di kepala. Dah tak boleh dapat line kat kaki dan tangan." Kat kepala???? Ya Allah, masa tu rasa macam nak pengsan. Selama Sofie admitted ward, Sofie belum pernah kena insert line di kepala. Selalunya, doktor pasti jumpa line di kaki atau di tangan. Paling teruk, di celah kelangkang. Saya tanya doktor, "Kalau dicelah kelangkang, macam mana ye?"
Doktor jawab, "Sebab Sofie akan dibedah akan datang, kita tak boleh insert kat situ lagi. Line situ line besar, kena guna masa operation. Sg. Buloh dah gunakan kat situ, jadi kita kena cari kat kepala pula." Agaknya apa perasaan anda bila anak anda perlu hadapi semua itu. Tentu saja seperti tidak bersetuju,kan? Akhirnya, saya terpaksa bersetuju demi selamatkan Sofie.
Jam 4.30 pagi, baru Sofie dipulangkan kepada saya, dengan keadaan kepala yang sedikit botak di bahagian tepi. Mengalir air mata saya, Sofie saya botak. Saya peluk dia erat2, cium pipi dia. Sofie dah hisap jari waktu tu. Sofie senyum bila jumpa saya. Dan saya terpaksa sembunyikan kesedihan hati saya. Saya bancuhkan susu, suakan pada mulut Sofie, dan Sofie minum susu....tapi sikit je dia minum. Sofie terus tertido dalam dakapan saya.
Nurse memasang drip. Selepas Sofie lena tido, saya letak Sofie perlahan di atas katil. Sofie nampak sangat letih dan penat. Kesian dia......Keesokan paginya, doktor pakar datang check Sofie. Katanya, Sofie dijangkiti acute broncholitis. Aduh...sangat2 teruk. 16 hari saya dan Sofie berkampung di HA. Sepanjang berada di wad HA, 4 kali bertukar antibiotik. Sampaikan buah pinggang Sofie dah rosak sebab menampung ubat yang amatlah banyaknya. Dah tak pasal2 nak kena antibiotik utk pulihkan buah pinggang pula....Dugaan sungguh!
Saya tak benarkan abisofie datang melawat kami setiap hari. Perjalanan dari Rawang ke Ampang jauh sedikit. Belum kira jammed lagi. Waktu puncak orang pulang kerja. Jadi, saya minta dia datang 2 hari sekali. Anak2 lain terpaksa suami hantar ke kampung.
Saya tak benarkan abisofie datang melawat kami setiap hari. Perjalanan dari Rawang ke Ampang jauh sedikit. Belum kira jammed lagi. Waktu puncak orang pulang kerja. Jadi, saya minta dia datang 2 hari sekali. Anak2 lain terpaksa suami hantar ke kampung.
Gambar2 ketika Sofie di wad kanak-kanak Hospital Ampang.
Tengoklah kepala Sofie...itu yang buat hati saya pilu.
Kenangan yang sangat perit untuk diingat...berada di Hospital Ampang. Tapi, saya bersyukur, nurse dan doktor di sana sangat2 friendly...baik dan melayan kami dengan baik. Mereka tahu status Sofie yang terpaksa ditransfer ke sana, tapi, mereka melayan Sofie dengan baik sekali. Terima kasih saya ucapkan.....
dear fiza,
ReplyDeletesangat pilu entry ini...siannya sofie.. tak dapat nak bayangkan situasi ketika itu macam mana...kesiannya sofie + fiza n sekeluarga...korang mmg tabah menghadapi ujian ni... kagum ngan semangat fiza sekeluarga...teruskan menulis ye fiza...^_^
sian sofie...budak2 kalau jantung tak elok mmg senang dapat jangkitan.takpelah..sekarang sofie dah sihat..
ReplyDeletettg line tu..nabila pun sama.tgk kat tgn mmg langsung tak nampak urat.kata pakar sb masa bb dah selalu sgt kena cucuk sb tu jd mcm tu.saya selalu berdoa dlm hati jgnlah sampai nabila kena admit & perlukan drip..dah confirm susah nak dapat line..
tersentuh sgt hati kalau baca cerita2 cam ni. Saya doakan Sofie terus sihat dan ceria. Amin.
ReplyDeletekak fiza memang tabah... moga akak diberikan kekuatan.. dan lady doakan semoga sofie diberikan kesihatan yang baik selalu..
ReplyDeletekak fieza,
ReplyDeletepilu hati saya tgk gambar sofie. baby sy pun kena cucuk line di kepala masa di IJN. bygkan perasaan sy tgk anak yg baru berusia 5 hari dicucuk kepalanya....tp kita kena redha sbb disebalik ujian ini tersembunyi 1001 hikmah dr-Nya...
ayu,
ReplyDeletekita anggap ujian Allah satu anugerah pada kita. sofie satu anugerah tak ternilai, satu2 anak perempuan fiza. mcm mana pun kena kuat harunginya. terima kasih ayu..
*********************************************************************************
kak ieda,
anak SD ni mmg susah nak cari line kan? akak doktor, tentu lebih tahu,kan? tu la fiza jadi takut kalau sofie admitted...susah nak cari line.
******************************************************************************
kak mahani,
terima kasih tak terhingga. semuanya tinggal kenangan...
*********************************************************************************
lady,
terima kasih yang terhingga atas doa lady. terharu akak....
**********************************************************************************
Lina,
saya sangat ingin mengetahui keadaan baby lina. tolonglah tinggalkan link apa2 yang boleh saya mengetahui ttg lina dan baby. FB pun boleh...saya ingin panjangkan silaturrahim....
membaca kisah soffy, membuatkan kak mieja rasa sedih mengalirkan airmata.....kesiannn soffy....moga selepas ini soffy dikurniakan kesihatan yg sempurna, amin...
ReplyDeleteSalam Fiza jelita,
ReplyDeleteALLAH SWT menduga seseorang kerana dia MAMPU. Fiza MAMPU, KUAT DAN TABAH. Akak memang tak kuat untuk hadapi keadaan seperti itu...
sedihnya baca entry ni...
ReplyDeletesaya ni, kalau darwisy nangis sikit je pun dah nak berlinang air mata.... huhu
kmieja,
ReplyDeleteterima kasih kak...mudah2an doa akak dimakbul Allah.
**********************************************************************************
kak laili,
tapi, kdg2 hati ini bagai lemah utk terima semuanya.....
********************************************************************************
sya,
sekarang no more nanges2...hehe. sofie pun makin sihat....
slm fiza..
ReplyDeletetiap kali mas jengah Sofie...
alahai cukup meruntun jiwa...
dugaan kalian mmg hebat...
bykkn bersabar ye fiza...
n3 ini cukup menyentuh hati...
xsanggup rasanya lihat Sofie menderita...
semoga sofie sentiasa sihat ye sayang...
suka tgk muka dia yg tersengeh tu..
geram...comel...:)
umisofie teruskan menulis ye...
menitis juga air mata saya membaca entry ini...kesian sofie,
ReplyDeletemenitik air mata baca entry ni tp ini baru sedikit yg saya baca sdgkn akak yg menghadapi nyer..
ReplyDeletebetapa akak tabah..kagum saya!
semoga akak terus tabah & kuat sebegini.
Ya Allah, sedihnya nengok gambar ni. Hmm.. hati ibu bila nengok anak sakit, tuhan je la yang tahu..
ReplyDeletesedihnyer entry ni...sy yg tengok pun menangis apatah lg akak mase tu.tapi ape2 pun doc berusaha buat yg terbaik utk sofie..smg akak trus tabah dan sofie bertambah baik kesihatannya..
ReplyDelete..hidup ini suatu perjuangan..menuntut pengorbanan..."pilihlah cara bagaimana kamu ingin hidup tetapi ingatlah kamu pasti akan mati"..."sayangilah siapa sahaja.. bahkan apa sahaja sepenuh hati kamu...tetapi kamu akan tetap meninggalkan nya pada suatu hari nanti"...tenangkan hati kamu wahai umisofie...walaupun bukan pukulan pertama...bukan jua pukulan kedua...biar berapa pun pukulannya sekalipun...kita sentiasa belajar untuk redha akan ketentuan Nya...semoga sentiasa istiqamah dalam keimanan...wallahu'alam..
ReplyDeletebr baca entry ni..sedih sgt..bile dh ade anak ni br tahu perasaan ibu tu mcmana..ainuddin yg cucuk ambik drh pun dh menitis air mata..inikan pula sofie cucuk dikepala..semoga kak fiza tabah menghadapi dugaan,hani doakan sofie sihat2 selalu..
ReplyDeletesalam kak..
ReplyDeletemenitis air mata saaya baca entry nie..
akak mmg tabah..
moga anak akak dikurniakan kesihatan yg sempurna... Amin