Friday, August 20, 2010

Tunaikan permintaan tekak

Salam pagi Jumaat semua.... Pagi penuh barakah di bulan yang mulia....
Suasana ceria hari ini, Alhamdulillah, kita masih berpeluang menghirup udara segar, syukur Allah masih panjangkan umur kita untuk terus menjalankan ibadah di bulan Ramadhan ini.

Ok, pepagi ni nak buat satu entry yang bisa mengiurkan korang semua. Boleh gitu? Hehehe....tolong kawal diri,ok! Bukan apa, saya sangat teringin makan benda alah ni sejak malam tadi. Lepas berbuka tak teringin langsung sebab perut pun sudah kenyang makan bihun tomyam buatan cik suami. 

Tetiba, lepas saya tunaikan solat Isya` rasa teringin tu datang. Tapi, masa tu saya sudah berada di bilik bersama anak-anak. Disebabkan nak tidurkan anak dahulu, saya abaikan permintaan tekak saya ni dulu. Dan saya bangun pagi, jam sudah pun pukul 4 pagi. Bangun2 terus teringatkan permintaan tekak saya malam tadi. Hehehe...sungguh dahsyat tekak dak Fiza ni,ok!

Turun ke dapur, saya tanak nasi, panaskan tomyam malam tadi, panaskan air, goreng keropok dan membuat telur dadar. Melihat jam, owh...baru pukul 4.55pagi. Demi permintaan tekak saya malam tadi, saya buka peti sejuk dan mengeluarkan setiap apa yang saya inginkan. Gilerrrr...buang tebiat ke apa Fiza ni. Pepagi dah melantak benda alah ni?? Adeh!!!! 

Apa yang dak Fiza ni teringin sangat yer.....????????
:
:
:
:
:
:

Inilah bendanya.....apa dah!!! Kecoh sungguh! Aiskrim kek rupanya.... Uuuuiiiittt....mana tak kecohnya. Saya ni dah la peminat aiskrim, tetiba tahu pulak kat dalam peti ada benda alah tu. Perisa kopi radix pulak tu. Keluaran HPA, aiskrim halal tanpa gelatin. Kebetulan ada pulak swiss roll nenas..... Esoknya dah la kena puasa balik. Cuti dah habis,ok! Kalau tak ikut permintaan tekak ni, mau tak terliur tengahari nanti. Heheheh...nafsu sungguh,kan? 

Apapun, saya sudah pun tunaikan permintaan tekak saya jam 4.55 pagi tadi sebelum saya makan nasi. Hehehe..... kepada yang membaca entry ni pada waktu tengahari dan petang, sila ampunkan saya yer. Lain kali saya tak buat lagi.....ye ke?

10 comments:

  1. sedapnyaaaa...ayu pun suka gak makan aiskrim ...kadang2 lps berbuka tu, rilex2 jap..ajak anak sulung makan aiskrim ..

    ReplyDelete
  2. saya pon macam akak jugak, peminat eskrim..kalau time preggy dlu mmg seminggu sekali makan eskrim..skang ni dah jarang dah sbb hubby tak kasi makan sgt..

    ReplyDelete
  3. eeeeee...sedap tuh..sabau je ler:)

    ReplyDelete
  4. ayu,
    nak makan eskrim lepas berbuka tu, dah tak daya dah. mcm tak teringin. selalu dtg teringin lepas isya`..hehe

    ************************************************************************************
    rina, samalah kita. cik hubby akak bukan bg mkn sgt. tah nape tiba2 dia pi beli pulak. apa lagi....

    *************************************************************************************
    ica,
    sorry bg awak terliur...hehe :D

    ******************************************************************************
    kak risa,
    sabau ye kak...hehe

    ReplyDelete
  5. sedapnya..belum pernah lagi cuba aiskrim radix

    ReplyDelete
  6. sedapnye eskrem tu..atun memang slalu beli eskrem tu..yg kopi tu sedap..nak pi belilah..ngeee

    ReplyDelete
  7. fiza...terimakasih kerana mengingatkan...ada satu lg aiskrim coklat dlm peti ais kat rumah...coklat bar pun ada...mlm ni kena makan...sabaaarrrrr.

    ReplyDelete
  8. saya pun teringin gak la nak wat nanti ptg ni kak..hihihi..ada eskrim ngan roti burger..boleh tak guna je roti burger??hihi

    ReplyDelete
  9. nieda,
    eskrim radix mmg sedap.
    cubalah!

    *************************************************************************************
    atun,
    akak skrg dah tak pernah beli eskrim selain eskrim HPA. pernah rasa vanila, koko radix dan kopi radix. ada org kata jagung pun sedap, tapi tak pernah rasa lagi. len kali nak beli lah...

    **********************************************************************************
    kak ieda,
    hehe...sama2 kasih! malam nnti jgn lupa makan tau. kalau tak esok pasti terliur...hehe

    *********************************************************************************
    amirah,
    roti burger pun boleh la...sedap jugak tu. buat buka posa tau!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....