(Ini bukan blog masakan, tapi, sekadar berkongsi apa yang Fiza masak)
Cerita semalam.....punya la semangat dan rajin si Fiza ni, petang semalam sempat buat puding roti. Mula2 bicara, nak bagi kredit pada kak Sue Aleen, saya ambil resepi ni melalui FB kak sue.( Kak sue, sangat sedap puding roti ni. Suami fiza pun puji tau..... hehehe. Tq ye kak...)
Meh kita jengah dia punyak bahan,ok!
Bahan-bahan:
10 Keping roti Gardenia
1 tin krimer sejat F&N (400gm)
1/2 cawan gula
2 biji telur
3 sudu besar mentega kacang
Cara membuatnya:
1- Carikkan 8 keping roti, kemudian masukkan dalam blender dan kisar hingga lumat.
2- 2 keping selebihnya dicarik-carik dan campurkan dalam adunan tadi tanpa perlu mengisarnya.
3- Sapukan loyang anda dengan marjerin.
4- Masukkan adunan dalan loyang, dan taburkan kismis sebagai hiasan.
5- Bakar selama 30 minit, suhu oven 200 darjah celcius.
Gambar 1 - Saya gunakan periuk nasi, sebab malas nak guna loyang. Adunan yang telah siap untuk dibakar.
Gambar 2 - Proses pembakaran sedang berjalan.
Gambar 3 - Selepas 30 minit, walaupun nampak sedikit hangit di permukaan atas, ia sedap sebenarnya. Hehehe....
Gambar 4 - Siap dipotong untuk di makan....rasanya, amatlah sedap dan lazat. Percayalah!
Nak buat puding roti mentega kacang ini amatlah mudah dan senang. Silalah mencuba.....
sedap betul nampak puding ni.. nak cuba lah nanti
ReplyDeletemmg nampak sedap betul..boleh cuba untuk berbuka pulan puasa nanti...selamat berpuasa
ReplyDeletethanks akak..boleh cuba nnti ni..
ReplyDeletekak fieza kasi add & no phone ye kak..nnti akak inbox dalam fb ye ^_^
nak rasa sikit leh?
ReplyDeletekak fiza bakar guna ape ye? xnmpk mcm oven pun kat gamba tu..huhu nk try tp mcm xde alat mcm akak la nnt xjadi plak..
ReplyDelete