Sofie ada appointment dengan Speech Therapy dengan ENT hari ni. Sofie pergi dengan abisofie je. Umisofie bercadang nak ikut sekali sebenarnya, tapi, memandangkan Ikhwan masih demam, dan malam tadi, Amniy pulak menyusul mengikut abang Ikhwan. Saya terpaksa batalkan niat. Biarkan Sofie pergi bersama abi sahaja.
Niat saya nak ikut serta sebab nak tengok apa yang dibuat di sana. Apa yang Sofie belajar, macam mana mereka mengajar anak istimewa bercakap, maklumlah Sofie kan dah nak masuk 3 tahun. Mesti mereka ada cara tersendiri untuk mengajar anak2 istimewa ini bercakap. Tu yang saya nak sangat tahu tu. Tiba2, tak jadi pulak. Kecewa juga pada mulanya, tapi, redha je la.... semuanya ada hikmah. Sian juga dengan anak2 lain.
Mereka pulang ke rumah bila azan Zuhur telah berkumandang. Abisofie ada merakam aksi2 Sofie ketika bertemu dengan juruterapi pertuturan itu. Saya pun tak tahu siapa namanya. Tapi, menurutnya, Sofie antara anak istimewa yang mudah diajar. Alhamdulillah. Sofie pun memang sudah faham apa yang kita cakapkan. Cuma dia tak boleh nak bercakap je.
Mudah2an, Sofie mudah diajar bercakap...saya tak sabar sebenarnya mahu mendengar Sofie memanggil saya "umi", memanggil abinya "abi". Saya tak sabar mendengar dia berkata, "umi, nak susu", "umi, nak mandi", "umi....umi....abi...abi....".
Disebabkan hari ini ialah hari pertama Sofie bertemu dengan juruterapi itu, maka mereka hanya melihat sejauh mana kebolehan Sofie dalam sesuatu aktiviti. Jadi hari ini, aktivitinya hanya bermain sahaja. Hehehe, dia sgt suka,ok! Maklumlah, permainan itu tiada di rumah.
Saya cuba upload video yang dirakam abisofie ketika Sofie sedang bermain. Tapi, sangat lambat dia nak proses. Saya kurang sabar....sejak petang tadi saya cuba, tapi belum berhasil. Jadi, sila2lah korang semua klik kat VIDEO ini ye. (Ke saya ni masih belum mahir?)
Ok, jumpa lagi di lain entry.....
alhamdulillah, sofie budak yg cepat belajar..
ReplyDeletetakpelah kak, walau akak tak dapat ikut nnti boleh tau dar abi sofie kan..kesian ikhwan blom baik demam lagi, ni amniy pulak nak nyusul..
kak, nak upload video dalam blog mmg lmbt sgt²..
ok. dah add friend di facebook. if upload guna blogger, mmg lmbt sket.
ReplyDeletesofie!!!!!!!!!!... auntie baru je kenal sofie.... tapi, makin hari... auntie makin sayang pd sofie.... :'-)
ReplyDeletetakleh view video...kena block
ReplyDeletefiza...nanti dia dah boleh bercakap, dia cakap tak henti2 mcm nabila..hihihi.dgn nabila akak sekeluarga praktis kat rumah ja..kami selalu cakap perlahan2..sebut sepatah2 bg dia ikut.lama2 (mmg lama pun) dia akan dapat perkataan tu.mcm sekarang dia dah pandai sebut 'makan nasi'(aka acik)..pelat tp kita faham kira oklah..
ReplyDelete