Hari ini, 5 Ogos, anak saya Ikhwan genap berusia 6 tahun. Alhamdulillah, Allah kurniakan nafas buatnya untuk dia terus berbakti di bumi Allah. Selamat hari ulangtahun ye Ikhwan. Umi dan abi sentiasa berdoa, Ikhwan menjadi anak soleh yang taatkan Allah. Mudah2an Ikhwan menjadi anak yang berakhlak mulia serta sentiasa berbakti pada umi dan abi, masyarakat dan agama. Moga Ikhwan dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Amin.....
Saya tidaklah membuat sambutan besar2an sempena hari lahir anak saya ini. Sekadar menghantar sedikit cenderahati dan sandwich buat rakan2 kelas Ikhwan dan guru-guru. Seperti yang saya telah jelaskan di FB saya, saya sebenarnya bercadang untuk membuat 'goodies', antara isinya ialah snek makanan ringan, gula2 atau coklat. Tapi, memandangkan semua tu tidak berkhasiat, saya abaikan. Ada juga bercadang ingin membuat muffin coklat, tapi tak jadi. Akhirnya, setelah berfikir bersama abi Ikhwan, kata putus, sekadar membuat sandwich tuna bersama telur. Snek berkhasiat digemari ramai.
Goodies yang di bawa ke sekolah
Lihat pada gambar di atas, bungkusan dalam plastik putih itu merupakan cenderahati bermanfaat untuk pelajar. Di dalamnya saya isikan dengan sebatang pensil 2B, pembaris, pemadam, pengasah pensil dan buku nota comel. Sengaja kami balutkan dengan kertas A4, sebab sedia maklum perangai kanak-kanak tadika ni, kalau kita balut cantik2 pun, pasti pembalutnya akan dikoyak dan dibuang juga.
Petang tadi, kami adakan acara ringkas memotong kek. Anak-anak ni kalau hari lahir je mesti ada kek. Jadi, abi Ikhwan telah membelikan sebiji kek comel buat Ikhwan. Tiada majlis besar seperti orang lain, sekadar bacaan doa dari abi Ikhwan dan Ikhwan memotong kek, dan makan bersama rakan-rakan sepermainan. Seronok la jugak budak2 tu bila kita hidangkan dengan makanan dan minuman. Saya tak dapat nak masak apa2 kerana keadaan tak mengizinkan. Sorry ye Ikhwan!
Kiri: Kek hari lahir yang comel.
Kanan: Ikhwan bersama rakan2 sepermainan
Semoga Ikhwan sentiasa hidup penuh gembira di samping keluarga tersayang.....Ikhwanlah harapan umi dan abi untuk menjaga adik2.....Sayang Ikhwan!
hepi besday ikhwan.jadi anak yang soleh ye..
ReplyDeletemeriah nye kek..nak yang rumah tu le?hehe
happy birthday ikhwan.. semoga membesar jadi kebanggaan semua..
ReplyDelete:)
Happy birthday ikhwan..
ReplyDeletesekejap je masa ni kan...pejam celik pejam celik...dah besar2 dah anak2 :)
ReplyDeleteapapun, selamat menyambut hari lahir ye Ikhwan! moga dpt jadi anak yg menjadi kebanggaan Umi & abi. Amin.
selamat hari lahir ikhwan.:D
ReplyDeletehepy besday ikhwan, moga menjadi anak yg soleh wal musleh..
ReplyDeleteselamat hari lahir ikhwan..akak (hahaha..perasan muda) doakan ikhwan jadi anak yang soleh yang dapat membahagiakan umi dan abi, mendoakan kesejahteraan mereka dan dapat meringankan beban keluarga dan dapat bimbing adik2..
ReplyDeleteselamat hari lahir ikhwan..
ReplyDeleterajin ummi nya siapkan cenderahati utk kwn-kwn ikhwan ye..
mesti dia happy kan.
Happy birthday Ikhwan :):)muahh muahhh....:)
ReplyDeletehappy belated birthday ikhwan...moga berjaya dunia akhirat.
ReplyDelete