Monday, August 16, 2010

Berbuka puasa di kampung, terapi Sofie....

Salam Ramadhan semua.
Umisofie kembali bercerita, baru malam tadi pulang dari  kampung. Jadi sedikit lewat update blog ini. Penat sangat hari ni tau...basuh kain yang amat banyak. Maklum saja, pulang ke kampung, kain berlonggok. Jadi hari Isnin ialah hari selesaikan semua kain kotor dari kampung. 

Sedia maklum, saya dan keluarga pulang ke kampung untuk berbuka puasa bersama orang tua. Asalnya niat di hati ingin batalkan rancangan minggu ini, tapi kesian dengan  pulak dengan PIL yang berbuka berdua saja di hujung minggu. Anak2 yang lain semua punya urusan masing2, jadi kami korbankan sedikit masa untuk berbuka bersama PIL dan umi saya juga. Puas hati bila dapat berbuka bersama kedua2 belah keluarga. PIL gembira, keluarga saya juga gembira.

Ini 2 orang budak yang tak berpuasa. Tengah2 hari, budak berdua ni disajikan dengan biskut oleh nenek mereka. Sangat asyik mereka makan biskut, sesukahati sungguh mereka itu yer...makan biskut di depan orang berpuasa. Nak kena babab anak2 umi ni....hehehe.

Ok, hari ahad, pagi, seperti biasa aktiviti saya membawa Sofie ke Gedangsa untuk berjumpa dengan Kak Raw. Sebenarnya dah 3 minggu saya tak bawa Sofie jumpa Kak Raw, sebabnya, masa minggu pertama tu, ibu Kak Raw baru je meninggal dunia. Jadi minggu tu Kak Raw tak buat rawatan. 

Minggu kedua dan ketiganya pula, road tax kereta kami mati. Di sebabkan kereta kami yang cantik itu terlibat dengan saman ekor, road tax kereta tak boleh dihidupkan selagi saman tak dilangsaikan. Aduhai...2 saman ekor berjumlah RM600....banyak woooo. !!!! Rasa rugi je bagi duit banyak tu kat bapak polisi. Lagi pun nak guna duit untuk raya nanti. Walaupun kabinet dah tarik balik saman ekor ni sehingga Februari 2011, tapi, sistem online JPJ masih belum berfungsi untuk menghidupkan road tax kereta kami.

Sebenarnya, inilah sebab kenapa saya batalkan niat untuk pulang ke kampung pada mulanya, tapi, kami terpaksa putuskan untuk pulang juga. Kami tawakal `alallah. Niat di hati, pulang ke kampung untuk ziarah ibubapa. Semoga Allah selamatkan perjalanan kami. Alhamdulillah, perjalanan kami selamat tanpa berjumpa dengan bapak polisi. Bukan takut dengan bapak polisi tu, cuma kami tak mahu bertambah wang untuk dilabur kepada bapak polisi. Tiada gunanya. Lebih baik wang itu digunakan pada perkara yang lebih banyak manfaatnya... :-)

Berbalik kepada cerita hari Ahad semalam, kami ke Gedangsa dari Sabak Bernam. 2 anak lelaki, kami tinggalkan di kampung, sebab selepas selesai tugas di Gedangsa, kami pulang kembali ke Sabak Bernam. Malam  tu saya nak berbuka dengan umi saya pula. Malam sebelum tu, dah berbuka dengan PIL. Jadi, adillah,kan? Hehehe... Untung tau satu kampung dengan suami ni. Tak yah gadoh nak balik berbuka atau raya... hehehe. Alhamdulillah, rezeki saya la kan? :-)

Sofie lepas diterapi oleh Kak Raw. Baik sangat dia kali ni tau! Sangat baik. Masa Kak Raw urut Sofie, Sofie diam je. Tak menangis pun macam biasa. Tengoklah, masa tengah berdirikan kat alat tu pun dia diam je....
Dan kami pulang ke Rawang malam tadi, selepas berbuka dan solat Maghrib di rumah umi saya...... Itu saja aktiviti keluarga kami minggu ini. Kita jumpa di lain entry yer.... Daaaa...

8 comments:

  1. kesiannya sofie punya rawatan mcm ni..agak2 kena buat sampai bila ye kak??

    ReplyDelete
  2. btul2..kalu pas balik kg..mmg baju byk nak basuh..=) nak kejarkan panas lg..

    bagus sofie..good girl!..sofie da biasa diterapi,sofie pun makin matangkan.

    ReplyDelete
  3. Alahai soffie...good girl:) dok diam jerk kena balut yerk:)

    Auntie admire sungguh nak peluk cium soffie+adik, gebuss...sangat2:):)

    ReplyDelete
  4. sofie mmg gud gal kan..meh anti tayunk tiket...muahhhhsss...:)

    ReplyDelete
  5. ooo..mcm tu rupa terapi sofie ye, br ammi sara tau. bgslah sofie gud girl, kami pun ada kena saman ekor tp 3 so 900 (campur yg adik pakai dan kena), menyusahkan betul. ntah ye ntah tidak kereta kita yg kena pun...:(

    ReplyDelete
  6. well done sofie.. good girl... sofie nampak lebih relax kali ni kan..
    :)

    ReplyDelete
  7. Dah macam mumia jelita la pulak sofie ya, fiza jelita...hehe

    rawatan ini baik juga untuk kita yang tua - tua yang selalu sakit pinggang, kan?

    ReplyDelete
  8. bagusnya sofie, duk diam je.

    lama lagi ke terapi sofie ni kak? aritu masa dapatkan rawatan zarin kat PUSRAWI, lalu kat IJN teringat kat sofie :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....