Hari ni nak cerita sikit pasal aktiviti keluarga saya pada hari Sabtu semalam. Segala plan yang dirancang tak menjadi. Tu la, kan? Allah menentukan semuanya. Apa yang kami rancangkan, Jumaat, cuti sempena Maulidur Rasul ingin pulang ke kampung kerana malam tu sepupu saya menikah. Dan pada hari Sabtunya, ingin terus ke Gedangsa untuk rawatan Sofie. Tiba-tiba, dapat panggilan emergency mengatakan salah seorang makcik my lovely hubby meninggal dunia di Pahang. Meninggal bersama anak dan menantu. Dan my hubby bersama adik berdiknya lain pun rushing ke Pahang untuk ziarah jenazah. Al-Fatihah untuk keluarga makcik. So, apa yang kami rancangkan pada hari Jumaat tak menjadi. Tak jadila balik ke kampung. Berita lanjut sila baca di sini.
Semalam, Sabtu yang sibuk bagi saya dan keluarga. Penat dan sungguh letih sekali. Paling kesian pada my hubby la. Memang sian dia. Balik dari Pahang, sampai saja di rumah jam 11.30 pagi. Jam 12 lebih pergi kenduri aqiqah jiran taman perumahan kami. Jam 2 petang, rushing ke Sungai Besar, pakcik saya mengadakan kenduri perkahwinan anaknya. Sepupu saya la.... Ada ke patut pergi ke kenduri pakcik lewat. Nak buat macam mana,kan? Semuanya yang dirancang tak menjadi. Tak pe la...yang penting saya datang jugak. Plan nak buat rawatan Sofie tak menjadi. Aduhai, dah 2 minggu miss ni..... kesian Sofie.
Kami sampai agak lewat ke Sungai Besar. Jam 4.30 petang baru kami sampai. Mencari hadiah buat pengantin lagi..... huh! Bila sampai rumah pakcik saya tu, orang pun dah makin surut. Tapi, disebabkan itu rumah pakcik, saya buat tak peduli la. Apa nak dimalukan.....
Saya berniat nak snap pic pengantin pun tak sempat. Sampai-sampai pengantin dah tukar baju. Kesian betul saya...huhuhu. Tak pela...akhirnya, apa yang saya buat, hanya snap pic anak-anak saya di atas pelamin pengantin yang sangat indah dan cantik. Layan je la pic-pic yang saya snap ni......
Sofie, masam je muka...sebab perjalanan yang sangat penat. Tak nak senyum langsung anak dara saya tu.
Tengok la Ijaz tu....mewek je. Ijaz takut kena ambil dengan orang. Ramai betul peminat Ijaz ni. Asal orang lain nak dukung je, pasti buat muka macam tu. Sian Ijaz....heheDalam perjalanan, kami singgah Masjid Simpang Lima, Sungai Besar untuk solat Asar. Itu pun dah terlewat. Solat Asar jam 6.30 petang..... Tapi, masih ramai orang di masjid. Mungkin pengguna-pengguna jalanraya datang singgah di masjid tersebut.
Layan lagi pic-pic yang disnap ketika di masjid yer.... syok betul! Asyik ambil gambar anak-anak.
Iwan dan Amniy. 2 beradik yang suka bergaduh dan cepat baik kembali. Lucu perangai dorang ni. Suka buat umi dan abi marah dan ketawa semula....hehe.
Paling best tengok Ijaz...seronok betul berenang atas lantai masjid. Bagai nak terbang dah gamaknya..... alahai anak bujangku sorang ni....buat umi geram jer.Aduhai....sungguh penat perjalanan kami semalam. Anak-anak semuanya kepenatan. Saya menyiapkan entry ni pada waktu pagi selepas solat subuh tadi, anak-anak dan my lovely hubby masih terbongkang, tidur..... Itulah kisah kami sekeluarga semalam. Enjoy,key...!!!!














































