Monday, February 22, 2010

Flash Card Untuk Anak

Antara flash card yang ada di rumah saya

Orang kata mendidik anak menggunakan flash card ni bagus. Di rumah saya pun memang banyak flash card yang dibeli khas untuk anak-anak. Macam-macam tajuk ada, ABC, 123, haiwan, buah-buahan dan sayur-sayuran, anggota badan. Mmmm.... tapi, sejauh mana kita menggunakan benda yang dah ada depan mata ni dengan sebaik mungkin? Saya sendiri kurang pasti.

Sebenarnya penggunaan flash card dalam mendidik anak2 ini adalah satu kaedah yang murah dan berkesan. Bagi yang rajin boleh juga membuat flash card sendiri. Bayi seawal usia 2 minggu dah boleh diajar menggunakan flash card. Dan sebenarnya ada pelbagai cara kita boleh memanfaatkan flash card. Saya terjumpa satu blog yang menyarankan kita membuat satu aktiviti dengan anak2 menggunakan flash card.

Salah satu aktiviti yang disarankan adalah aktiviti Ujian Memori. Cara yang dianjurkan adalah meletakkan beberapa flash card di atas lantai dalam bentuk bulatan dan biarkan bahagian yang bergambar di atas. Dalam masa seminit, suruh anak anda mengingati kesemua gambar2 tersebut, dan arahkan anak anda menyenaraikan kesemua objek yang mereka boleh ingat.

Latihan ini amat sesuai untuk menguji memori kanak-kanak disamping memberi mereka satu jenis senaman minda. Apa yang penting ialah anda perlu mereka aktiviti sebegini sebagai satu permainan kepada kanak-kanak itu dan bukan membuatnya sebagai satu latihan. Ini untuk memastikan mereka seronok dengan aktiviti itu dan tidak merasa tertekan untuk menghafal kad-kad imbas itu.

Bagus juga idea ni. Boleh cuba terapkan pada anak-anak saya. Selain itu, flash card juga boleh digunakan dengan menunjukkan objek yang terdapat dalam gambar tersebut umpamanya, ABC, 123, dan seumpamanya. Tunjukkan pada anak-anak setiap hari selama seminggu, insya-Allah anak-anak berupaya mengingati objek atau huruf pada kad tersebut. Ini disebabkan hasil kerja keras otak kanan anak kita.

Saya sebenarnya ada juga bermain dengan flash card sebagai permainan Sofie. Kalau rajin ( ???) Sofie memang saya akan ajarkan dengan menggunakan flash card ini. Tapi, manusia bukannya perfect, right? Saya juga ada sifat malas yang harus saya kikiskan demi anak saya. Lihat saja Sofie dan abangnya, Amniy bersama flash cardnya.... tanpa bimbingan umi mereka. Hehehehe.... sesekali kedengaran Amniy seperti mengajar Sofie ABC dan 123.


Amniy bersama Sofie


Amniy yang agak leka dengan flash card 123


Sofie lebih gemar kad ABC yang agak besar saiznya, colourful lagi...

Hai la fiza, rajinkanlah dirimu berflash card bersama anak-anakmu.....mmmmmm.

5 comments:

  1. ina siap buat flash card sendir..sampai tak ter flash..hehe

    ReplyDelete
  2. rajin, ina. kak fiza tak rajin. beli je semuanya...hehehe...

    ReplyDelete
  3. irfan pun dh ader flash card...
    setiap kali time untuk berflash sure die nak flash sorang2...hahaha pastu bile dh buhsan terus die campak buang kad2 tu...hehehe

    ReplyDelete
  4. sebenarnya samalah dengan sofie. tapi, mmg suka tengok gambar kat flash card tu. pastu dia buat2 berenang kat atas flash card pulak.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....