Wednesday, February 03, 2010

Ais Krim Malaysia.

Assalamualaikum.

Rasa lama pulak tak update blog ni. mesti kawan2 tertunggu2, bilalah umisofie ni nak update blog (hehe...perasan tak sudah aku ni. macam la ada org ikut blog ko ni.) sibuk menguruskan anak2 kecil, sampai tak tertinjau blog sendiri. online kejap je, pastu jeling2 manja kat blog....terus off!

ntah kenapa sejak akhir2 ni aku begitu rajin membuat ais krim malaysia. sejak anakku, iwan bersekolah, kerajinanku semakin terserlah. bukan buat banyak pun. sekali buat dalam 10 batang je. tapi rasa puas sangat. kisah bermula, apabila iwan balik sekolah dia beli aiskrim kat sekolah. bila dia makan aiskrim dari sekolah, malam tu iwan batuk teruk. tapi, yg anehnya, bila makan aiskrim yg ku bikin sendiri, elok je. mungkin air tangan ibu,kan.

so, sekarang ni, tiap pagi, kalau ada lebihan air masa bersarapan, aku akan membuat aiskrim malaysia ni. kenapa ye dipanggil ais krim malaysia? mungkinkah sebab ais krim jenis ni hanya di jual di malaysia shj. pada pembungkusnya pun tertulis, "Malaysia Ais Krim". lihat lah gambar dibawah tu.....



dan sekali lagi, semalam dan hari ini aku meluangkan masa seketika membuat ais krim. jangan tak tahu tau, ku bungkus ais krim ni sambil menyusukan Hijaz..... kan aku ni 'super mom'....heheh. lihatlah gambar dibawah ini juga.... hasil yg aku bikin semalam dan pagi tadi. mungkin esok akan bertambah lagi......



ais krim milo, ais krim bandung, dan yang putih tu, jangan tak tahu. tu bukan ais krim tau. itu ialah dadih perisa laici yg kubuat aiskrim. sedap sangat makan bila cuaca panas.


mari! mari! beli ais krim....eh, bukan nak meniaga la....buat cuma utk suka2 je. iwan balik sekolah waktu tengahari, seronok betul tgk dia makan aiskrim. sehari sebatang je...hehe. kedekut umi dia ni. nanti habis.....wakakaka!!!! kalau habis tak pe, boleh buat lagi.

kadang2 kalau terlebih banyak ais krim yang aku buat, aku bagi sorang satu budak2 yang datang ngaji kat rumah. seronok tengok budak2 tu bila dapat ais krim free.

ok, that`s all utk entry kali ni.... jumpa lagi!

10 comments:

  1. sedapnya fiza.. post lah sikit kat sini.. ekkeke..

    ReplyDelete
  2. alamak sedapnya.. nak mintak satu yg perisa bandung tu hehe... bila akak sebut eskrem malaysia ni teringat lady kekecik dulu... kalau nak pi mengaji mesti makan eskrem ni.. maklum lah nak gi mengaji tengah panas naik basikal... dapat makan eskrem ni mmg nikmat...
    :)

    ReplyDelete
  3. kak fiza..terliur pulak tgk yg pink kaler tu..ehehe..
    ni yg buat ku bercita2 tinggi nak bikin aiskrim malaysia tuk alya bila dia da besar nnti..hehe

    ReplyDelete
  4. kelly, fiza makankan utk kelly.
    slurpppp...mmmmm, nyum,nyum,nyum. sedapnya.

    ReplyDelete
  5. ye la lady,
    masa sekolah rendah dulu pun macam tu. nak gi sekolah agama waktu tgh hari, mesti beli esrkim ni.macam2 perisa ada...sedap,kan?

    ReplyDelete
  6. sha, buat la.
    puas hati tau dpt buat eskrim sendiri.
    seronok je tgk peti..hehehe.

    ReplyDelete
  7. spai sekarang fisa still beli aiskrim nie...hehehe kat umah mak siap wat stok lagi tu...laku time panas terik...:P

    ReplyDelete
  8. Salam Fiza,
    Hmmm..sedapnya makan aiskrim ni..dah lama tak makan aiskrim ni..Nanti Adam dah besar, sure kita nak buat untuk dia makan. Sedapnya dadih laici dibuat aiskrim..kita nak 1 lah Fiza..eheheh..

    ReplyDelete
  9. kak fisa,
    kat peti masih ada stok lagi.
    skrg makin rajin saya mmbikin eskrim ni....

    ReplyDelete
  10. eyta, dadih laici mmg sedap di buat eskrim.
    masa makan, struktur dia lembut je, tak de berkaca2....
    ada lagi dlm peti tu...nak ke? hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....