Wednesday, February 17, 2010

Ijaz Anak Yang Kuat

Malam tadi ntah kenapa, tak pasal2 Ijaz demam. sian kat Ijaz. umi tido tak tido malam tadi. abi relax je tido, Ijaz, jangan kata la...asyik merengek je. mungkin tak selesa, badan panas, kepala Ijaz pun panas. baru je kak cik pulih dari demam. ni Ijaz pulak kena. tak pe, sayang. umi kan ada jaga Ijaz.

so, malam tadi, umi lap2 kepala dan badan Ijaz dengan kain lembap. letak kain lembap kat kepala Ijaz. menjelang subuh, suhu badan Ijaz agak sejuk. cepat2 umi solat subuh, sebab masa tu Ijaz lena tido. sian Ijaz, ngantuk sangat...malam, tak boleh nak tido.

lepas solat subuh, umi rasa ngantuk yang amat sangat. umi angkat Ijaz masuk ke bilik. dan masa tu umi rasa kepala Ijaz panas lagi. hati umi jadi risau semula. umi cuba lagi letakkan kain lembap kat kepala Ijaz. Ijaz sambung tido sambil menyusu....

alahai anak umi sayang..... umi tahu, Ijaz anak yang kuat. dah lama dah umi ajar Ijaz supaya jadi anak yang kuat,kan? tu sebab Ijaz tak meragam banyak sangat. abi pun relax je.... kalau tak, masa anak demam, abi la orang yang paling tak tido malam. tapi, malam tadi, umi sorang je jaga Ijaz....mmmm abi, abi!. tak pe la. umi tak kisah pun. sebab umi tahu, abi pun dah berapa malam tak tido sebab kak cik tak sihat.

pagi tadi, umi bangga dengan Ijaz. alhamdulillah, Ijaz dah kembali sihat. umi mandikan Ijaz pagi tadi, Ijaz siap gelak2 dalam sinki. senyum2 sambil lompat2....siap pee-pee lagi kat baju umi. umi dah mandi pagi la,sayang....heheh.....suka umi tengok Ijaz macam tu. lepas je mandi, Ijaz rasa mengantuk sangat. apa lagi, Ijaz pun minta susu dengan umi, dan sambung semula tido sampai ke tengahari.

good boy, Ijaz! umi sayang Ijaz! sayang sangat-sangat. Ijaz anak umi yang kuat, anak umi yang tabah dan penuh bersemangat. umi nak Ijaz terus bersemangat sampai Ijaz besar yer.....mmmmuuuuaaaahhhh!!!!!! sayang anak umi!

pic ni umi sempat snap jam 4 pagi tadi.....
tengok la anak umi tu, demam pun sempat lagi pandang kamera. tu menunjukkan Ijaz anak yg kuat, kan, kan....hehehe....

p/s: umi sedih la sebenarnya tengok anak umi macam ni. sian anak umi sayang.

7 comments:

  1. Kesian nyer hijaz.. comel betul.

    ReplyDelete
  2. alaaa ciannyer hijjaz
    demam yer...
    semoga cepat sembuh yer syg

    ReplyDelete
  3. semuga ijaz sembuh cepat. mak ayah mana yang tak risau kalau anak2 sakit.

    ReplyDelete
  4. salam. ijaz demam ye? ala .. kesiannya! Semoga cepat sembuh ye syg?

    ReplyDelete
  5. terima kasih semua doakan Ijaz cepat sembuh. sekarang, alhamdulillah ijaz dah agak sembuh. cuma batuk je sikit...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....