Thursday, February 11, 2010

pankek

Assalamualaikum dan selamat pagi semua....

wah, begitu rajin saya ni memasak sekarang ye. hehe...hari2 pun memang kena rajin memasak. kalau tak berasap dapur tu, alamatnya anak2 bising la. cik suamiku pun akan bising jugak. eh, ye ke? tak la.... kalau saya tak masak, cik suami tak bising pun. yang akan bising Iwan dan Amniy.

so, today, i want to share with u alls satu makanan yang biasa korang makan. orang kampung panggil, lempeng. tapi, lempeng yang orang kampung buat tu, bahannya so simple. yang saya nak share ni, pankek. iwan dan amniy memang suka sangat dengan pankek yang umi buat. sedap katanya....yela, bagi anak2, mana ada makanan yang ibu buat tak sedap,kan? roti cicah milo pun sedap. janji milo tu ibu yang buat. tak guna bebel panjang lebar ni. jom kita layan bahan2 utk pankek ni.

bahan-bahannya:
- tepung gandum
- susu cair
- sebijik telur
- soda bikarbonat (sikit je)
-gula dan secubit garam
- air

caranya- campurkan semua bahan dalam satu bekas, dan kacau. sebelum tu, sebolehnya, telur tu dipukul dulu dgn garfu bagi kembang sikit. kacau adunan hingga sebati. lepas tu, boleh la masakkan kat kuali, kalau ada non-stick pan lagi bagus. cantik je nanti pankeknya. saya tak de non-stick pan, so, gunakan mana yang ada kat rumah jer.

nak tengok pankek yang saya buat? tak de la cantik mana.... tapi, sedap di makan. inilah dianya....

biasanya, anak2 gemar makan pankek ni dengan madu ini:


kadang kala, kalau kat rumah ada kismis, saya akan masukkan kismis dalam bancuhan pankek tu. sedap rasanya....ada rasa manis2 buah campur rasa masam kismis.

sekian utk entry kali ni. nanti kalau saya rajin nak sharekan resepi, saya updatekan kat sini, key...wassalam...

2 comments:

  1. pandai nye akk..sha dah lama sgt nak cuba buat penkek ni..selalu resepi yg dapat susah..akk punya simple je..nnti nak cuba..tankiu :)

    ReplyDelete
  2. welkam,dear....
    cubalah,sha. mesti alya suka. lagi kalau makan dgn jem ke, madu ke, budak2 kan suka manis.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....