Wednesday, February 10, 2010

alahai Sofie, alahai Hijaz, alahai anak2ku!!

dah tak tahu dah umi nak cakap apa. nak solve this problem pun umi dah tak tahu macam mana. anak2 umi yang 2 orang ni berebut buaian. selalu macam tu. tak de sapa nak mengalah. umi jugak yg terkontang kanting menguruskan 2 orang anak kecil ni.

lately, Sofie dan Hijaz banyak ragam. dua-dua nak tido dalam buai. especially time pagi. biasanya time ni umi banyak sangat kerja nak buat. nak mengemas, memasak, membasuh..... tapi, anak2 umi ni tak mo tido kalau tak masuk dalam buai.

Sofie, merengek je...tido kat bawah tak lena. bila nampak adik Hijaz masuk buai, Sofie merengek dan terus merengek. sian Sofie....umi hampir terabaikan Sofie. Sofie pun pandai dah sekarang. kalau umi ambil adik Hijaz, nak nyusukan adik, Sofie akan pandang umi sambil merengek. kadang tu umi sedih sangat tengok Sofie. masa abi ada, tak pe lagi. bila umi dengan adik Hijaz, abi ada melayan Sofie. jadi Sofie tak la terabai. kalau abi pergi sekolah, atau ke surau....memang umi rasa terkontang kanting sorang2. tapi, umi kena kuat la.... belum layan 2 orang abang sofie tu lagi. selalunya, umi minta abang iwan dan abang amniy mengalah kejap. bagi umi layan Sofie dan Hijaz dulu.


Sofie memang lena sangat tido dalam buaian. masalahnya satu je, lepas sofie tido, sofie tak mo stop enjut. so, umi dan abi terpaksa beli electric cradle utk Sofie. umi gunakan low speed utk Sofie. masa Sofie tido dalam buai ni, Hijaz terpaksa la umi dukung ke hulu ke hilir....

adik Hijaz pula, bila time kak cik masuk buai, memang tak boleh tido, melainkan adik Hijaz bergantung dengan umi. teruk la umi macam ni, sayang. umi pun nak buat kerja lain lagi. selalunya, umi akan buat kerja sambil dukung adik Hijaz. Ya Allah....tak larat dah umi,sayang. adik Hijaz dah la debab dan tembam. nak dukung sentiasa.....sakit dah bahu umi. time umi jemur kain, umi terpaksa dukung adik Hijaz gunakan baby wearing. memang sakit la bahu umi ni sayang.....


dan bila adik Hijaz dapat buai, adik Hijaz boleh tido dengan lena sekali. kadang sampai 4 jam tido tak bangun2. masa tu umi boleh pulun pelbagai kerja nak dibuat. adik Hijaz pun umi gunakan low speed. sayang, sayang....!


umi dah tak sabar dah menunggu anak2 umi ni besar dengan cepat. cepat la besar, sayang. senang sikit umi nak buat macam2 kerja. paling umi tak sabar menanti saat Sofie berjalan sendiri. senang sikit. sekarang umi terpaksa ulang alik mendukung sorang2 anak anak umi...lagi time nak bawa naik ke bilik atas. penat memang penat la....tapi, umi kena harungi juga.

saat umi menulis entry ni pun, umi terpaksa berhenti-henti sebab Hijaz bangun nak nyusu. maklumlah, kak cik dapat masuk buai dulu. kalau dulu, sambil menaip entry, boleh sambil menyusukan Hijaz. sekarang dah tak boleh. sebab anak umi ni dah makin membesar. Hijaz pun dah pandai nak menaip juga,kan....

Sofie jangan kata la. bawa Sofie depan pc, pasti umi tak boleh nak update blog umi ni. jadi, selalu umi melayan Sofie dengan Fisher - Price game. Sofie suka bermain kat website tu. kat situ sofie boleh belajar ABC, dengar lagu, main pek-a-boo.... Sofie suka sangat. nanti bila Hijaz dah pandai minta2, Hijaz pun akan minta nak buka website tu jugak. tak pe la...yang penting anak2 umi membesar bagai johan,kan.....hehehe....

apapun, umi sayangkan anak2 umi ni. walaupun banyak karenah, umi berbangga menjadi umi kalian. nanti dah besar, anak2 umi jadi anak yang berguna tau. boleh berbakti pada umi dan abi.

satu yang umi pelik, kenapa yer....umi sibuk dgn anak2, tapi umi tak kurus2 jugak.... kenapa ye, sayang.? huhuhu.....

13 comments:

  1. Salam Fiza..
    Alahai ciannyer..masing2 nak tido buaian ye..nasib baik masing2 tak meragam bila salah seorg masuk buai ye. Semoga anak2 Fiza cepat membesar dan akan membantu ummi pula.

    ReplyDelete
  2. Btw cantik la template baru ni Fiza..nampak lebih ceria. Kita suka la.

    ReplyDelete
  3. ye ke cantik eyta....hehe. tq.
    jemu dgn yg lama. nak update pun rasa best jer...hehe

    ReplyDelete
  4. eehhh blog akak dah berubah wajah...cantik laa kak..

    seronok baca celoteh akak
    ..nuyue xleh imaging kalau nuyue kat tempat akak sekkarang..nuyue anak baru sorang pun ..kalau hubby xder dah rasa terkontang kanting..syabas kak...

    ReplyDelete
  5. alahai..comeinya Sofie ngan Hijaz tido lena dalam buai tu

    kak fiza, bile dah besar sikit nanti mesti lagi banyak benda adik beradik ni nak rebut kan? hehehe

    p/s ; cantiklah 'rumah' baru :-)

    ReplyDelete
  6. wah, rumah baru nampak!
    sian fiza.. bunyi cam luahan perasaan je..
    takpe, satu hari nanti mana tau anak2 terbaca coretan fiza ni.. hmmm,
    semoga mereka membesar menjadi anak2 yg soleh dan solehah..

    ReplyDelete
  7. waduh kak fiza..kalau kita lah,dah pengsan agaknya..respect la kat akk :)
    alya pun masih tidur buaian kak..dah 1y 7m tau..tak tau camne nak stopkan..huhu

    ReplyDelete
  8. nuyue,
    cantik ke...tq. byk nuyue yg tolong akak kan dulu...tq so much.

    eeemmm...nuyue, sebenarnya, alah bisa tegar biasa.(betul ke ni?) masa akak anak first dulu cam nuyue gak. kalau hubby tak de, mmg terkontang kanting la. skrg, dah biasa....
    mulut akak ni pun skrg dah pandai pot pet pot pet...hehe

    ReplyDelete
  9. wina,
    buaian je nak bagi dorang tido lena...masalahnya buai kat rumah ni satu je. terpaksa sorang mengalah bila sorang guna.

    umah akak cantik ke, wina. alalala....tq yer....

    ReplyDelete
  10. terima kasih, kak sue...
    nak kata luahan perasaan tu...tah la...ye jugak kot. hehe...
    bukan apa kak, kdg tu rasa penat yg amat.maklumlah anak2 kecil semuanya. tak sabar nak tunggu dorang besar.

    ReplyDelete
  11. terima kasih la sasha sebab respect ngn akak yg tah hapa2 ni....
    kdg tu rasa gak nak pengsannya. tapi, kuat....kalau tak kuat, mau tunggang langgang jadinya...hehe.

    ReplyDelete
  12. cantik layout baru kak fiza.. :)

    cian kak fiza, sabar ye kak.. ni semua pengorbanan seorang ibu.. pengorbanan murni.. :) satu masa nanti bila anak2 dah besar mesti rindu saaat manis ni kan...

    tapi suka tgk cara akak dengan anak2... nampak keibuan...
    :)

    ReplyDelete
  13. lady,
    layout cantik ker? hehehe...tq2x.
    alahai lady, nampak keibuan ke? lady belum lagi nampak kesingaan akak..hahaha...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....