Tuesday, February 16, 2010

Ijaz dah makin besar...huray!

hai, Assalamualaikum semua....


apa khabar sahabat2 umi semua? Ijaz disini. ingat Ijaz lagi tak? anak umisofie yang comel dan debab tu..... hehe. lama dah Ijaz tak celoteh di sini. umi pun pun lately sibuk sangat melayan karenah kak cik. sian tau, kak cik demam, batuk....umi dan abi risau. Ijaz pun risau jugak, sebab bila kak cik demam, umi dan abi banyak tumpu pada kak cik.

tak pe la... Ijazkan adik yang memahami. dari Ijaz dalam kandungan lagi umi dah didik Ijaz menjadi insan yang bersabar. masa Ijaz dalam perut umi, Ijaz dah merasai keperitan umi dan kak cik. masa Ijaz dalam perut umi jugak, ijaz dah rasa macam mana susahnya umi keluar masuk wad menjaga kak cik yang sakit. sian umi dan kak cik. Ijaz harap umi kuat dan bersabar .... Ijaz sayangkan umi.

sebenarnya, dah lama dah Ijaz nak celoteh tentang diri Ijaz yang makin ebab ni...hehe.... aunty semua nak tahu, umo Ijaz sekarang ni dah 4 bulan tau. last week umi bawa Ijaz pegi check-up kat KK Batu Arang, berat Ijaz sekarang dah 7.5kg. hahaha...patutla umi sakit bahu tiap kali dukung Ijaz. Ijaz dah seberat itu rupanya. ini semua gara-gara Ijaz suka minum susu umi. mmmm....nyum,nyum,nyum....sedap sangat susu umi ni. tu la sebabnya berat Ijaz makin naik.

Ijaz sekarang dah pandai macam-macam tau. Ijaz dah pandai gelak2 dengan abang2 Ijaz. Ijaz dah pandai nak tolong umi jemur kain. tiap kali umi nak jemur kain, Ijaz nangis nak umi dukung. umi pun akan dukung Ijaz guna baby wearing sambil jemur kain. Ijaz suka sangat bila umi dukung Ijaz macam tu, sebab....Ijaz boleh keluar tolong umi jemur kain. tapi, yang tak bestnya, sian kat umi la.....mesti umi urut bahu lepas selesai jemur kain. hehehe...nanti bila Ijaz dah besar, Ijaz urutkan bahu umi yer....

haaa.... satu lagi, Ijaz sekarang dah pandai angkat montot Ijaz yang debab ni. bila meniarap, Ijaz cuba angkat2kan montot Ijaz. umi kata Ijaz comel sangat masa buat mcm tu. hahahah.... tapi, sebab Ijaz ni debab sangat, Ijaz cepat penat tiap kali Ijaz angkat montot.

lagi satukan, aunty, Ijaz sekarang dah pandai tahan tangan bila Ijaz meniarap. tapi, penat la.... sakit tangan Ijaz. ala....Ijaz tak kisah pun. yang penting Ijaz dah pandai buat semua tu. umi suka gelak2 bila umi tengok Ijaz angkat montot dan tangan Ijaz. nanti umi akan cakap...." Ijaz, good boy la. anak umi ni dah pandai" Ijaz suka sangat dengar umi cakap Ijaz good boy!

mmmm...apa lagi Ijaz nak cakap yer. ok la tu. Ijaz tak nak la celoteh panjang2. nanti aunty semua boering pulak nak baca. lain kali Ijaz celoteh lagi, key. Ijaz sekarang ni nak tenangkan hati kejap. sebab Ijaz tengah sedih sekarang. kak cik Ijaz yang cantik tu belum berapa sihat lagi. ijaz pun sedih bila tengok umi dan abi Ijaz asyik tak tentu hala.

Ijaz tak nak kak cik masuk wad. sian kat kak cik. kalau kak cik masuk wad, mesti umi pun akan susah hati. ye la....bila umi jaga kak cik kat wad, sapa nak jaga Ijaz kat rumah? Ijaz dah la minum susu susu umi. Ijaz tak nak umi sumbat Ijaz dengan susu lembu. Ijaz tak nak! Ijaz nak susu umi jugak! jadi, semua kawan-kawan umi doakan la untuk kak cik Ijaz yer. supaya kak cik Ijaz cepat sembuh dan tak perlu lagi duduk kat wad. sian kat kak cik. sian jugak kat umi dan abi. Ijaz sayang semua...

ok, jumpa Ijaz lagi di lain entry. ala... tu pun kalau umi rajin nak taipkan celoteh Ijaz ni...hehe.


3 comments:

  1. alahai ijaz yang baik..aunty syg ijaz..sabar ye sayang..ijaz pandai berdikari..semoga selalu jadi kebanggaan abi dan umi :)

    ReplyDelete
  2. heheh.. pandai pulak adik ijaz mengarang ye.?. ijaz, jom jadi anak angkat acik zaza

    ReplyDelete
  3. alahai comelnya ijaz.. anak yang baik dan memahami...
    alhamdulillah...
    :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....