Tuesday, February 23, 2010

~Sofie Lagi......~

Assalamualaikum pembaca budiman.....

Sofie hari ini....sangat ceria! Umi sukakannya, sayang.....

Bukan main lagi pembuka kata yer.... update kali ni saya ingin sekali berbicara tentang Sofie. Rasa lamanya tak update berkaitan anak dara saya yang sorang ni. Sejak Sofie demam 2 minggu lepas, saya seolah-olah tak de mood nak cerita tentang Sofie. Sebagai ibu, perasaan risau dan bimbang dah tentu ada dalam diri.

Namun, setelah lebih 2 minggu Sofie demam, batuk dan selsema, keadaan Sofie hampir pulih. Cuma, masih ada sisa batuk dan selsema. Aduh! Sofie amat susah nak pulih dengan cepat. Almaklum saja, antibodi Sofie amat lemah jika dibandingkan dengan kanak-kanak normal lain. Saya pasrah..... namun, saya tak berdiam diri. Usaha harus diteruskan demi anak tercinta.

Hari ini keadaan Sofie jauh berbeza dengan 2 minggu lepas. Sofie lebih ceria dan gembira bermain bersama abang-abangnya. Kadangkala, Sofie sangat gemar bermain bersama adiknya, Hijaz. Ini memang kena perhati betul2. Silap hari bulan, Sofie jadikan Hijaz sebagai kuda. Hahahah... memang lucu sekali bila tengok Sofie naik belakang Hijaz ketika Hijaz meniarap. Kesian dak Hijaz tu, termengah-mengah dikerjakan dek si kakak. Tapi, sayang...aksi-aksi sebegini tak sempat saya rakamkan. Mungkin akan datang......

Cuma yang merisaukan saya dan abisofie ialah, Sofie susah nak makan sekarang. Selera makan Sofie amat-amat berkurangan. Tengahari tadi, saya cuba masakkan bubur nasi untuk Sofie. Sofie cuma makan 4 sudu saja. Risau juga hati saya ni..... tak tahu nak kata apa lagi. Bagi biskut marie cicah milo pun, Sofie tolak. Mungkin esok saya perlu tukar menu untuk Sofie. Saya akan cuba membuat sup spiral untuk Sofie, atau mungkin juga sup cendawan makan bersama roti? Saya akan cuba..... Sofie kena makan, sayang. Sofie nak cepat besar,kan? Nanti umi tolong yer.

Walau apapun ALHAMDULILLAH! Syukur pada Allah kerana keadaan Sofie yang semakin sihat. Semoga Sofie terus menjadi anak yang sihat dan ceria.

7 comments:

  1. alhamdullilah..
    syukur.. suke acik zai tgk sofie ceria n nmpk sihat.. moga sofie sihat2 ceria slalu hendaknye ye.. amin..

    ReplyDelete
  2. Salam Ummu dan Abu Sofie dan Sofie tntunya..
    alhamdulillah, Sofie makin ceria.
    gembira hati makcik...

    ReplyDelete
  3. suka tgk sofie yang ceria.. semoga sentiasa ceria ye sofie sayang..
    :)

    ReplyDelete
  4. seronok dgr sofie sihat...semoga cpt2 besar ye...lots of kissess for sofie...muahhhh

    ReplyDelete
  5. SYUKUR sofie dah sihat...

    sis, nanti e-mail kite ye...

    ur address, nama penuh, no phone!

    ReplyDelete
  6. Link exchange is nothing else however it is just placing the other person's weblog link on your page at proper place and other person will also do same for you.
    Here is my blog - insomnia

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....