Friday, February 05, 2010

Fiza tak sihat?

assalamualaikum....Bismillahirrahmanirrahim....




semalam, seharian tak menjengah blog, tak berfacebook dan tak berforum di RH. dan semalam, merupakan hari yang sangat serabut bagiku, namun aku bersyukur kerana diberi ujian ini.

tak tahu mengapa, bangun subuh kurasakan tubuhku amat lemah sekali. aku tak boleh nak angkat tangan kananku, terasa sakit yang amat. seusai solat subuh, setelah mengejutkan iwan utk bangun bersiap ke sekolah, aku gagahkan juga diri ini membuat sarapan. iwan minta nasi goreng. jadi, aku turutkan juga kehendaknya walau diri terasa amat lemah sekali. aku kuatkan hati....

selepas iwan dan abang pergi kesekolah, aku membasuh najis kucing sapa tah yang tiba2 bertepek dihalaman rumahku. walaupun tangan terasa sakit yang amat, kukuatkan juga tanganku ini untuk mengangkut baldi yang berisi air....nak buang najis kucing punya pasal. selesai kerjaku di luar rumah, aku masuk ke rumah....

niat dihati nak selesaikan semua kerja2 rumah dgn cepat sementara Hijaz dan Sofie belum bangun tido. namun, kenapa tah, kurasakan tubuhku makin lemah dan lesu. tangan dan kakiku terasa sejuk sekali, badan menggeletar. nak bercakap pun tak boleh.... aku ambil tuala berdekatan dan balut tubuhku dgn tuala. mujurlah tuala besar....rasa tak tahan sangat. rasa nak menangis, air mata dah jatuh berlinangan. Ya Allah! kenapa dengan aku ni?

kebetulan Hijaz dan Sofie bangun serentak. sempat juga kubancuhkan susu untuk Sofie dalam keadaan terketar-ketar. Amniy yang sudah bangun dari pagi, juga kubancuhkan susu. Amniy tanya, "umi kenapa?" aku cuma jawab, "ntah la....umi rasa macam nak demam" pagi tu, Amniy tak banyak minta macam2, mungkin sebab dia nampak keadaan uminya yang sebegitu.

Hijaz menangis minta susu. dalam keadaan badan yang menggeletar, aku susukan Hijaz. semasa Hijaz menyusu, aku rasakan betapa sakitnya B ku sebelah kanan. kenapa ni? kubiarkan Hijaz teruskan penyusuan. badan makin tak tahan. walaupun Hijaz menyusu begitu banyak sekali, namun ia tak mengurangkan kesakitan. B aku bertambah bengkak dan bengkak....

aku terus mencapai handphone dan sms pada abang, mengatakan keadaanku. abang balas sms dgn menyuruhku makan madu campur habbatussawda`. aku buat....namun, kesakitanku tak berkurangan. tangan dan kaki masih menggeletar. B makin sakit. ku rasakan suhu badanku makin tinggi. mungkin aku demam... call abang minta abang balik segera, kerana aku dah tak tahan menanggung semua ini.

abang balik kerumah...terus bawa ku ke klinik. aku lesu sekali nak berjalan. sampai ke klinik Najihah, mujurlah orang tak ramai.

dr. Najihah check suhu badanku....39.6darjah celsius?????? mmg tinggi gilerrrr.... yang sedihnya, doktor kata B aku dijangkiti kuman. tu sebab sakit dan bengkak. so, doktor tak bagi aku menyusukan Hijaz dgn B sebelah kanan. dia menyuruhku pam dan buang susu tu. sedih sangat. tapi, tak pe la. tak kan nak bagi Hijaz minum susu yang dah bercampur kuman.

sampai di rumah, ku terus mandi dan memulakan proses mengepam susu. selepas aku ambil ubat yang diberikan oleh doktor, aku terus tido sambil menyusukan Hijaz, gunakan B sebelah kiri. kesian Hijaz. macam tak puas dia....biasa dapat kedua-dua belah....

kerja-kerja rumah semua diuruskan oleh abang. memasak, membasuh pinggan dan mengemas sedikit keserabutan di rumah. terima kasih, abang...atas bantuanmu. terima kasih juga kerana sanggup bersekolah separuh hari demiku....

dan....saat menaip entry ini, ku rasakan diri hampir pulih. alhamdulillah, Kau kurniakan nikmat kesihatan buatku kembali. aku redha dengan kesakitan semalam, terasa betapa Allah Maha Pengasih dan Penyayang...dan Dialah Maha Penyembuh.

13 comments:

  1. alhamdulillah...makin sihat. tu sebab boleh online. kalau tak, pandang pc pun tak daya...huhu.
    tq ye, sudi gak jengah blog kita.

    ReplyDelete
  2. kesiannya kak fiza...
    kalau demam mesti tak larat nak buat apa pun kan, badan semua lenguh2...
    akak makan ubat, rehat n minum air masak banyak ye kasi sejuk badan...
    moga akak cepat sembuh sepenuhnya...
    insyaAllah...

    ReplyDelete
  3. alahai..cian akk..demam..nak urus anak kecik lagi..kumemahami nya..akk mkn ubat ok..semoga cepat sembuh ye :-)

    ReplyDelete
  4. yer lady...
    tgh nak pulihkan badan semula.
    kena minum air byk, kalau tak mana la sumber utk hijaz minum....hehe. tq,lady.

    ReplyDelete
  5. sasha,
    tq yer...
    anak kecik bukan sorg,sha...
    huhu...tapi, skrg, alhamdulillah dah ok!

    ReplyDelete
  6. Salam Fiza..
    Kesian kat Fiza dan juga Hijjaz ye.
    Tapi Fiza dah sembuhkan..Alhamdulillah..lepas ni jaga kesihatan elok2 ye.. Kalau Fiza sakit, sian kat Sofie & Hijjaz kan.

    ReplyDelete
  7. salam fiza,,,,,,,
    semoga cepat sembuh...
    camni la kita sebagai ibu, wlu sakit camane pun tetap usaha untuk layan anak2..

    ReplyDelete
  8. terima kasih semua doakan kesihatan fiza....sayang korang semua!
    sekarang, alhamdulillah, syukur sgt, makin sihat si fiza ni. ibu kalau sakit pun terpaksa jadi sihat sebab ingatkan anak2 dan suami.

    ReplyDelete
  9. klu sakit cpt mkn ubat yer fiza..ksian lak akak bc

    ReplyDelete

Terima kasih kerana membaca coretan ini. Komen anda sangat saya harapkan untuk perbaiki segala kesilapan. Komen yang membina yer....